Pergi ke kandungan

Keterlarutan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 3297143 pada 17:28, 12 Oktober 2013 oleh SyahirSQRT2 (bincang | sumb.) (Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Keterlarutan''' (Inggeris: ''solubility'') ialah sifat boleh larut<ref>[http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=keterlarutan Pusat Rujuk...')
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Keterlarutan (Inggeris: solubility) ialah sifat boleh larut[1] bahan pepejal, cecair atau gas yang dinamakan zat terlarut (solute) dalam pelarut pepejal, cecair atau gas untuk membentuk larutan homogen zat terlarut itu di dalam pelarut. Keterlarutan suatu bahan bergantung kepada ciri-ciri fizikal dan kimia zat terlarut dan pelarut, di samping kepada suhu, tekanan dan nilai pH larutan tersebut. Setakat mana satu bahan terlarut dalam pelarut tertentu diukur sebagai penumpuan ketepuan, ketika mana zat terlarut tidak boleh lagi larut dalam pelarut dan tidak boleh menambah penumpuan larutan itu.

Selalunya, pelarut terdapat dalam bentuk cecair yang boleh jadi bahan tulen atau campuran. Terdapat juga larutan pepejal tetapi larutan dalam gas jarang didapati (sebaliknya, lihat keseimbangan wap-cecair).

Rujukan