Bendera Filipina
Bendera Filipina (Filipina: Pambansang Watawat ng Pilipinas , bahasa Inggeris: National Flag of The Philippines ) terdiri daripada sebidang dua warna biru dan merah dengan sebuah segitiga sama sisi putih di sisi tiang. Di tengah-tengah segitiga tersebut terdapat simbol matahari kuning dengan lapan sinar, masing-masing terbahagi menjadi tiga; di sudut segitiga terdapat bintang bersegi lima kuning. Bendera ini dipasang dengan warna biru di atas pada masa damai, dan warna merah di atas pada masa perang.
Bendera ini direkakan Emilio Aguinaldo pada tahun 1897 semasa dalam pembuangan di Hong Kong sebelum dijahit Marcela Agoncillo dan anaknya Lorenza serta anak saudara José Rizal, Doña Delfina Herbosa de Natividad; ia mula dikibarkan secara rasmi pada 12 Jun 1898. Pengunaan rasmi ini dilanjutkan melalui suatu pelulusan undang-undang pada tahun 1920.
Rekaan
Perlambangan
Warna-warna merah dan biru dikatakan datang daripada bendera Amerika Syarikat namun sudah diberikan maksud yang berlainan: jalur merah di bawah melambangkan patriotisme dan keberanian sementara warna biru di bahagian atas melambangkan perdamaian, kejujuran dan keadilan.
Suatu segitiga warna putih terletak di sebelah kiri bendera merupakan simbol pergerakan Katipunan yang memperjuangkan kemerdekaan Filipina dari Empayar Sepanyol - setiap bucunya melambangkan cogan kata revolusi yang masyhur iaitu "kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan". Dalam bentuk segi tiga ini pula adanya suatu Matahari kuning melambangkan persatuan, kemerdekaan, demokrasi rakyat, dan kedaulatan. Lapan sinar matahari melambangkan lapan provinsi utama yang memulakan pemberontakan menentang Sepanyol iaitu:[1][2]
Tiga buah bintang bersudut lima pada tiap sudut segitiga tiga kelompok kepulauan di Filipina iaitu Luzon, Bisaya dan Mindanao.
Spesifikasi
Bendera ini hendaklah mengikut susunan dan ukuran tertentu agar menepati rekaan rasmi. Panjang bendera hendaklah dua kali lebih lebar bendera. Bintang-bintang kecil ia pula hendaklah disusun agar satu bucunya searah dengan bucu segi tiga.[3] Jarak antara dua sinar matahari hendaklah sebesar lebar satu jalur di mana satu "jalur sinar" besar dua kali tebal daripada kedua-dua "jalur sinar" kecil yang mengiringinya.[4] Bentuk matahari pula dialihkan sedikit ke kanan daripada tengah bentuk segi tiga.[5]
Nisbah bendera ini berukuran 1:2.
Rincian warna rasmi yang dipakai ditampilkan beserta anggaran ia di bawah:[6]
Skema warna | Biru | Merah | Putih | Kuning |
---|---|---|---|---|
Cable No.[3] | 80173 | 80108 | 80001 | 80068 |
Pantone [6] | 286C | 193C | — | 122C |
RGB | 0-56-168 | 206-17-38 | 255-255-255 | 252-209-22 |
CMYK | C99-M80-Y0-K0 | C12-M100-Y87-K3 | C0-M0-Y0-K0 | C2-M17-Y91-K0 |
HEX | #0038A8 | #CE1126 | #FFFFFF | #FCD116 |
Sejarah
Bendera ini umum diketahui datang daripada bendera dikibarkan para pejuang Katipunan yang bergiat menentang Empayar Sepanyol dalam Revolusi Filipina:[7]
Bendera pertama dipakai Katipunan dari 1892. | |
Bendera dipakai puak Magdiwang di Cavite pimpinan Mariano Álvarez, tanda pada matahari putih merupakan aksara Baybayin ᜃ ka tidak sahaja bermaksud Katipunan tetapi juga Kalayaan ("kebebasan").[8]:105 | |
Bendera dipakai dalam suatu persidangan di Naic tahun 1897. |
Perekaan
Rekaan bendera terkini difikirkan Emilio Aguinaldo semasa dalam buangannya di Hong Kong pada tahun 1897; ia diilhamkan bendera-bendera Argentina dan Uruguay melalui perbagian unsur matahari mereka serta bentuk segi tiga yang diambil dari simbol kemasonan Eye of Providence.[9] Bendera ini dijahit oleh Marcela Mariño Agoncillo dan anaknya Lorenza dan seorang kenalan mereka Delfina Herbosa Natividad yang juga anak saudara José Rizal. Bendera ini pertama kali dikibarkan di Pertempuran Alapan pada 28 Mei 1898 sebelum tampil secara rasminya semasa pembacaan Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina pada 12 Jun 1898 di Kawit, Cavite.[10]
Rujukan
- ^ Philippine Declaration of Independence
- ^ "Origins of the Symbols of the National Flag". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2013.
- ^ a b "An Act Prescribing the Code of the National Flag, Anthem, Motto, Coat-of-Arms and Other Heraldic Items and Devices of the Philippines – Republic Act No. 8491". The Corpus Juris. 12 Februari 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2017..
- ^ "Executive Order No. 23, s. 1936 – Description and Specification of the Filipino Flag". Official Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2012.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNHIspecs
- ^ a b "Philippines". Vexilla Mundi. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2008. Dicapai pada 6 Jun 2007.
- ^ Quezon, Manuel L. III (April 2, 2002). "History of the Philippines Flag". Flags of the World. Diarkibkan daripada yang asal pada February 5, 2008. Dicapai pada June 6, 2007.
- ^ Alvarez, S.V., 1992, Recalling the Revolution, Madison: Center for Southeast Asia Studies, University of Wisconsin-Madison, ISBN 1-881261-05-0
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamahist2
- ^ Renato Perdon (2010). Footnotes to Philippine History. Universal-Publishers. m/s. 38. ISBN 978-1-59942-842-0.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bendera Filipina |