Pergi ke kandungan

Kereta Api Sanriku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta siri 36-600 milik Keretapi Sanriku model retro
Peta laluan-laluan Santetsu;
Merah: Laluan Kita-Riasu
Biru: Laluan Minami-Riasu

Kereta Api Sanriku atau Sanriku Raliway (三陸鉄道, Sanriku Tetsudō) ialah sebuah syarikat keretapi di Wilayah Iwate di bahagian utara Jepun. Syarikat dan jalurnya sering disebut sebagai Santetsu (三鉄). Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1981, Sebagai laluan keretapi "pihak ketiga" (separa BUMD, separa swasta) di negara ini, di luar kumpulan khas seperti laluan kargo di sekitar pelabuhan. Laluannya sebelumnya dimiliki oleh Keretapi Kebangsaan Jepun (JNR), yang akan ditutup. Santetsu mengambil alih laluan tersebut pada tahun 1984. Syarikat juga mengoperasikan agen perjalanan dan perniagaan yang lain.

Laluan Kita-Rias

[sunting | sunting sumber]
Laluan Kita-Rias 
Keretapi sampai di Stesen Shiraikaigan pada Mei 2008
Umum
Nama asal北リアス線
LokasiWilayah Iwate
TerminalMiyako
Kuji
Stesen16[dated info]
Operasi
PemilikKereta Api Sanriku
Teknikal
Panjang aliran71.0 km (44.1 bt)
Bilangan landasanJalur tunggal
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
PengelektrikanTiada

Senarai stesen

[sunting | sunting sumber]

Kesemua stesen terletak dalam wilayah Iwate.

Stesen Bahasa Jepun Jarak


(km)

Pemindahan Lokasi
Miyako 宮古 0.0 Laluan Yamada Miyako
Yamaguchi Danchi 山口団地 1.6
Ichinowatari 一の渡 6.2
Sabane 佐羽根 9.1
Tarō 田老 12.7
Settai 摂待 21.5
Iwaizumi-Omoto 岩泉小本 25.1 Iwaizumi
Shimanokoshi 島越 33.4 Tanohata
Tanohata 田野畑 35.6
Fudai 普代 44.9 Fudai
Shiraikaigan 白井海岸 48.3
Horinai 堀内 51.4
Noda-Tamagawa 野田玉川 55.9 Noda
Tofugaura-Kaigan 十府ヶ浦海岸 57.6
Rikuchū-Noda 陸中野田 59.9
Rikuchū-Ube 陸中宇部 63.3 Kuji
Kuji 久慈 71.0

Keretapi Kebangsaan Jepun (JNR) membuka bahagian Miyako menghala Taro pada tahun 1972 dan bahagian Kuji menghala Fudai pada tahun 1975. Syarikat ini membina bahagian Taro menghala Fudai, dan menyerahkan seluruh laluan tersebut kepada Sanriku pada hari pembukaan tahun 1984. Laluan ini mempunyai 42 terowong, termasuk terowong Masaki (6.532 m) dan Omoto (5.174 m) yang dibuka pada tahun 1984.

Laluan Minami-Rias

[sunting | sunting sumber]
Laluan Minami-Rias
Sebuah kereta tiba di Stesen Sakari pada bulan Julai 2014
Umum
Nama asal南リアス線
LokasiWilayah Iwate
TerminalSakari
Kamaishi
Stesen10
Operasi
PemilikKereta Api Sanriku
Teknikal
Panjang aliran366 km (227 bt)
Bilangan landasanJalur tunggal
Tolok landasan1,067 mm (3 kaki 6 in)
PengelektrikanBelum

Kesemua stesen terletak di wilayah Iwate.

Stesen Bahasa Jepun Jarak


(km)

Pemindahan Lokasi
Sakari 0.0 Ōfunato
Rikuzen-Akasaki 陸前赤崎 3.7
Ryōri 綾里 9.1
Koishihama 恋し浜 12.0
Horei 甫嶺 14.3
Sanriku 三陸 17.0
Yoshihama 吉浜 21.6
Tōni 唐丹 27.7
Heita 平田 33.1 Kamaishi
Kamaishi 釜石 36.6

JNR membuka bahagian Sakari menghala Ryori pada tahun 1970, dan memanjangkan laluan sehingga Yoshihama pada tahun 1973. Syarikat ini meneruskan pembangunan hingga ke Kamaishi dan memindahkan  seluruh laluan ke Sanriku pada hari pembukaannya pada tahun 1984. Laluan ini terdiri daripada 20 terowong.

Kerosakan gempa bumi dan tsunami 2011

[sunting | sunting sumber]

Kedua laluan mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi dan tsunami Sendai 2011.[1] Kedua laluan mengalami kerosakan pada 300 titik, termasuk jambatan dan bangunan stesen. Tsunami juga menenggelamkan 5.8 km laluan keretapi. Perkhidmatan baru boleh pulih pada bulan April 2014.[2]

Kereta rel diesel yang akibat gempa bumi dan tsunami digantikan dengan tiga rangkaian kereta rel diesel baru yang dibiayai oleh Kuwait. Kereta baru tersebut diperkenalkan pada Januari 2014.[3]

  1. ^ [1] [pautan mati]
  2. ^ "Tsunami-hit Sanriku line fully operational". The Japan Times. 5 April 2014. Dicapai pada 16 June 2014.
  3. ^ 三陸鉄道、新車両3両投入へ [Sanriku Railway to introduce 3 new cars]. Tetsudo.com (dalam bahasa Japanese). Japan: Asahi Interactive. 22 June 2012. Dicapai pada 22 June 2012.CS1 maint: unrecognized language (link) Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak diketahui (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]