0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
361 tayangan18 halaman

Bab 3

Cerucuk digunakan untuk menyalurkan beban bangunan ke tanah. Terdapat pelbagai jenis cerucuk seperti bakau, keluli, kayu berat, konkrit terpintal dan konkrit bertetulang. Jenis-jenis mesin pembenam cerucuk termasuk penukul hidraulik, jatuh bebas, diesel dan jenis 'jack-in'. Pemeriksaan cerucuk perlu dilakukan sebelum dan semasa pembenaman untuk memastikan kualiti dan kesesuaian cerucuk
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
361 tayangan18 halaman

Bab 3

Cerucuk digunakan untuk menyalurkan beban bangunan ke tanah. Terdapat pelbagai jenis cerucuk seperti bakau, keluli, kayu berat, konkrit terpintal dan konkrit bertetulang. Jenis-jenis mesin pembenam cerucuk termasuk penukul hidraulik, jatuh bebas, diesel dan jenis 'jack-in'. Pemeriksaan cerucuk perlu dilakukan sebelum dan semasa pembenaman untuk memastikan kualiti dan kesesuaian cerucuk
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Format Tersedia
Unduh sebagai DOC, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 18

BAB 3

CERUCUK

3.1

Pengenalan
Cerucuk adalah sejenis asas di mana beban dari bangunan dibawa dan
disebarkan ke aras yang sesuai di dalam tanah melalui tiang yang dinamakan
cerucuk. Kadang-kala, penggunaan aras-aras yang biasa tidak menjimatkan.
Hal ini demikian kerana lapisan tanah yang dapat menggalas terletak terlalu
dalam dari permukaan bumi. Dalam hal ini, penggunaan salah satu jenis
cerucuk dapat mengurangkan kos pembinaan. Selain itu, cerucuk juga sesuai
digunakan apabila beban bangunan tidak seragam. Oleh yang demikian,
bahagian yang menggalas beban yang lebih besar perlu disokong dengan
menggunakan bilangan cerucuk yang lebih banyak untuk meluaskan
permukaannya. Cerucuk dapat diperolehi dalam berbagai-bagai bentuk dan
bahan binaan. Pemilihan jenis cerucuk yang sesuai untuk digunakan
bergantung kepada jumlah beban, keadaan tanah dan kos yang terlibat dalam
sesuatu pembinaan.

26

3.2

Jenis-jenis Cerucuk
3.2.1

Cerucuk Bakau
Cerucuk ini terdiri daripada batang pokok bakau yang kebiasaannya
berada dalam bentuk yang lurus. Ianya sering digunakan pada masa
dahulu sahaja. Ini kerana pada masa kini hutan bakau semakin
menghadapi kepupusan dan kerajaan membuat tindakan untuk tidak lagi
menggunakan cerucuk jenis ini. Cerucuk jenis ini digunakan pada
kawasan yang mempunyai tanah lembut dan bergantung kepada
geseran badan cerucuk tersebut.
Keupayaan galasnya rendah, iaitu di antara 5kN hingga 10kN sebatang
dan dihadkan kegunaan oleh kerajaan untuk bangunan tidak melebihi 2
tingkat sahaja. Saiz cerucuk yang biasa digunakan ialah di antara
berdiameter 75mm hingga ke 100mm dan panjangnya sehingga 6m.
Hanya satu sambungan sahaja yang dibenarkan dan cerucuk ini
biasanya ditanam pada jarak minima 300mm. Bagi cerucuk jenis ini
yang mempunyai saiz hampir sama adalah lebih ekonomi apabila
digunakan.

Gambar 3.2.1.1 Cerucuk Bakau

27

3.2.2

Cerucuk Keluli (Steel Piles)


Cerucuk jenis ini terdiri dari bentuk tube, box, dan H-section. Cerucuk
jenis ini sesuai untuk hampir semua keadaan tanah tetapi kurang
digunakan kerana harganya agak tinggi. Kebaikkan cerucuk ini adalah
anjakan tanah adalah kecil, boleh dipotong dan disambung di manamana bahagian dan juga boleh menahan hentaman yang tinggi serta
kuat ketahanan lenturnya.
Cerucuk ini senang disambungkan dengan teknik kimpalan. Saiz
cerucuk adalah di antara 200mm x 200mm hingga 350mm x 350mm dan
keupayaan galas strukturnya ialah dari 510kN hingga 1650kN.

3.2.3

Cerucuk Kayu Berubat (Tanalised Timber Piles)


Cerucuk ini dibuat dari batang pokok kayu kempas yang masak dalam
bahan kimia penolak ulat. Ia juga digunakan bila cerucuk bakau tidak
sesuai digunakan. Saiz biasa adalah 125mm x 125mm dan 150mm x
150mm serta panjangnya adalah 6m. Keupayaan beban galas di antara
120kN hingga 150kN. Proses pengwetan bagi cerucuk ini dijalankan di
kilang. Cerucuk ini tahan lasak dan digunakan untuk projek yang kecil
dan sederhana besar sahaja.

3.2.4

Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Piles)


Cerucuk ini adalah berbentuk silinder (kosong di dalam) dan
menggunakan dawai besi berprategasan untuk tetulang cerucuk.
Cerucuk jenis ini sesuai untuk kebanyakan jenis keadaan tapak. Gred
konkrit biasannya di antara 60 ke 80 dan saiznya ialah dari 250mm
hingga ke 1000mm. Panjangnya pula ialah sehingga 15m. Cerucuk ini
mempunyai keupayaan galas di antara 400kN hingga 4000kN. Cerucuk

28

ini menyampaikan bebanan yang ditanggung kepada tanah melalui


permukaan cerucuk pada bahagian badan cerucuk.

Gambar 3.2.4.1 Cerucuk Konkrit Terpintal (Spun Piles)


Cerucuk ini ditanam pada kedalaman yang telah direkabentuk. Ujian
beban cerucuk dijalankan selepas empat minggu cerucuk ditanam.
Pengangkutan bagi cerucuk ini adalah mudah kerana ianya berada
dalam keadaan yang ringan.

3.2.5

Cerucuk Konkrit Tetulang (Reinforced Concrete Piles)


Cerucuk jenis ini adalah cerucuk yang paling banyak digunakan dan
sesuai untuk kebanyakkan tapak pembinaan. Disamping itu,
penggunaannya perlu diberi perhatian yang lebih untuk kawasankawasan seperti batu kapur dan sebagainya lagi. Saiz cerucuk ini ialah
dari 150mm x 150mm hingga ke 600mm x 600mm dan panjangnya ialah
sehingga 12m. Keupayaan beban galas bagi cerucuk ini ialah sehingga
1450kN.

29

Cerucuk ini mempunyai bentuk segi tiga, segi empat, heksagon,


oktagon, dan bulat. Cerucuk ini menghasilkan bunyi bising semasa
kerja-kerja melantaknya dijalankan. Selain itu, ia juga susah untuk
diangkut dan dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
kerana ianya panjang serta berat. Ia terbahagi kepada 2 kelas :
Kelas 1 : Konkrit gred 40 untuk tanah yang keras
Kelas 2 : Konkrit gred 25 untuk tanah yang lembut

Gambar 3.2.5.1 Cerucuk Konkrit Tetulang (Reinforced Concrete Piles)

3.2.6

Cerucuk Keping (Sheet Piles)


Cerucuk in ditanam untuk sementara ataupun tetap. Sesuai untuk kerja
bawah paras tanah, kerana dapat mencegah air daripada masuk dan
juga dapat mengelakkan tanah runtuh. Cerucuk ini juga mudah karat
dan kerja penyambungannya agak sukar.

30

3.3

Jenis-jenis Mesin Pembenam Cerucuk


3.3.1

Penukul Hidraulik
Dari segi prinsipnya penulul ini adalah sama seperti penukul jatuh bebas
di mana perbezaannya adalah cara penukul itu diangkat ke atas iaitu
dengan menggunakan sistem hidraulik. Berat penukul ialah di antara
1.3 tan hingga 7.0 tan dan penukul dipasangkan pada mesin roda
berantai. Kadar hentaman adalah di antara penukul jatuh bebas dan
penukul diesel. Proses penanaman cerucuk dapat dijalankan dengan
cepat apabila menggunakan mesin ini. Hentaman juga dapat dikawal
dan ia juga sesuai untuk kawasan batu kapur kerana ia mengurangkan
pencemaran udara serta kurang menghasilkan bunyi yang bising.

3.3.2

Penukul Jatuh Bebas


Penukul ini adalah jenis yang termudah di mana lantakan cerucuk
dijalankan dengan kejatuhan tukul ke atas kepala cerucuk. Biasanya
berat penukul ini adalah di antara 0.5 tan hingga 2.0 tan dan digunakan
untuk cerucuk yang bersaiz kecil. Cara kenaikkan tukul adalah dengan
tali penarik dan ditarik dengan menggunakan motor penarik. Kawalan
penarikan dan kejatuhan tukul dijalankan secara manual dan kadar
hentamannya agak rendah. Sesuai untuk kawasan batu kapur kerana
kawalan kadar hentaman yang bagus tetapi kadang kala melebihi had
ketinggian yang diperlukan.
Untuk saiz cerucuk kecil, mesin pelantak yang digunakan ialah dari jenis
rangka (A Frame) di mana pergerakan di antara satu kedudukan ke
kedudukan yang lain adalah agak perlahan. Ada juga terdapat penukul
jenis ini pada mesin roda berantai (Crawler Machine) di mana perjalanan
penanaman cerucuk adalah lebih cepat. Jenis penukul ini sesuai untuk
projek yang kecil kerana kosnya yang agak rendah. Ia juga kurang

31

bising dan kurang pencemaran udara. Kelemahannya pula ialah


pergerakannya agak perlahan dan tidak begitu ekonomi serta tidak
sesuai untuk cerucuk yang bersaiz besar iaitu melebihi 200mm.

3.3.3

Penukul Diesel
Penukul ini menggunakan diesel untuk menolak tukul ke atas. Berat
tukul adalah di antara 1.3 tan hingga 6.0 tan dan biasanya ia digunakan
untuk cerucuk yang lebih besar (melebihi 200mm). Penukul diesel ini
direkabentuk untuk menyedut diesel masuk ke dalam ruang penukul di
mana diesel tersebut akan meletup apabila penukul jatuh dan menolak
semula penukul ke atas. Operasi penukul ini amat bising dan kotor
kerana ia mengeluarkan habuk berdiesel. Kadar hentaman penukul ini
adalah tinggi tetapi rentak hentamannya dan ketinggian turun naik tukul
susah untuk dikawal.
Jenis penukul ini lebih ekonomi untuk projek yang besar kerana ia boleh
menjalankan proses penanaman dengan lebih cepat. Kekuranganya
pula ialah mahal, bising, dan mencemarkan alam sekitar.

3.3.4

Pembenam Cerucuk Jenis Jack-In


Pembenam cerucuk jenis Jack-In ini menggunakan tekanan dan
bukannya lantakan untuk menanam cerucuk di mana bicu hidraulik
digunakan untuk menekan ke dalam tanah. Penggunaan ini agak
perlahan tetapi cara penanaman cerucuk ini tidak bergegar, kurang
bunyi, dan sesuai untuk kawasan yang sempit. Ia banyak digunakan di
kawasan Bandar dan kerja-kerja penyokongan struktur. Setiap cercuk
yang ditanam diuji kemampuannya semasa ditanam. Ianya lebih
ekonomi berbanding dengan sistem penukul.

32

3.4

Kerja Cerucuk Di Tapak Bina


Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang sangat penting sekali
di dalam sesuatu projek pembinaan. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap
dan asas ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika terdapat
kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekirannya kesilapan atau
kerosakkan disedari apabila struktur telah didirikan.
Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan panjang cerucuk yang perlu
ditanam bagi suatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di
dalam perihal kerja-kerja penanaman cerucuk selalunya dikategorikan sebagai
provisional, di mana ukuran semua akan dibuat nanti. Berdasarkan fakta-fakta
tersebut, penyeliaan di tapak bina sebelum, sewaktu dan selepas penanaman
cerucuk perlu dikemaskan.

3.5

Pemeriksaan Cerucuk Sebelum Kerja Pembenaman


3.5.1

Penurunan Cerucuk Dari Lori


Penurunan cerucuk hendaklah menggunakan kren dalam keadaan yang
sesuai dan dikendalikan oelh operator kren yang berpengalaman.
Cerucuk hendaklah diangkat dan diletakkan secara perlahan-lahan dan
berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan.

33

Gambar 3.5.1.1 Menurunkan Cerucuk Dari Lori

Gambar 3.5.1.2 Mengangkat Cerucuk Dengan Kren


3.5.2

Pemeriksaan Cerucuk
Cerucuk hendaklah diperiksa ketika penurunan dari lori pengangkut
supaya tidak terdapat kerosakan atau salah cerucuk semasa kerja-kerja
penanaman cerucuk dilakukan. Pemeriksaan juga hendaklah dijalankan
untuk jenis, saiz, dan panjang cerucuk. Pemeriksaan juga dijalankan
untuk mutu permukaan cerucuk, keretakan jika ada, plat pada hujung
cerucuk samada rata, lurus atau pecah.

34

3.5.3

Penyusunan Cerucuk
Cerucuk hendaklah diletakkan atau disimpan di kawasan yang rata dan
keras supaya cerucuk tidak tercecah pada permukaan tanah bila
dilapiskan dengan kayu pelapis. Kayu pelapis yang sesuai hendaklah
diletakkan di bawah besi penyangkut dan di atur selari melintang di
semua lapisan. Cerucuk di atur satu lapisan sahaja untuk cerucuk yang
bersaiz 230mm x 230mm ke atas dan hanya dua lapisan untuk cerucuk
yang bersaiz 200mm x 200mm ke bawah. Cerucuk hendaklah di atur
dengan dekat dan menuju ke mesin pelantak supaya penarikannya tidak
terlanggar atau menghiris cerucuk yang lain. Penarikan hendaklah
dilakukan dengan perlahan-lahan serta berhati-hati.

Gambar 3.5.3.1 Penyusunan Cerucuk

35

Gambar 3.5.3.2 Penarikan Cerucuk Oleh Mesin Pelantak


3.6

Kerja-kerja Melantak Cerucuk


Berikut adalah prosedur-prosedur di dalam kerja-kerja melantak cerucuk :
1)

Mesin pembenam cerucuk diperiksa secara teliti terlebih dahulu sebelum


kerja-kerja pembenaman cerucuk dimulakan.

2)

Setiap 0.3m kedalaman cerucuk ditanda dengan menggunakan minyak


hitam. Cerucuk yang digunakan bermula dari 0 hingga 12m dalam
mengikut seperti mana yang terdpat di dalam pelan bagi sesuatu
pembinaan.

3)

Jentera pelantak hendaklah berada pada kedudukan yang sesuai, untuk


memudahkan kerja pengendalian cerucuk iaitu ditarik ke atas oleh
jentera pelantak dan diletakkan betul-betul pada kedudukan pancang
tanda berwarna merah, yang ditandakan pada permukaan tanah
berdasarkan pelan setelah kerja-kerja pengukuran dijalankan atau
dibuat.

4)

Selepas cerucuk berada di bawah tetopi kepala cerucuk dan tegak pada
rangka jentera palantak, pemeriksaan kepugakan cerucuk dibuat.
Cerucuk tersebut dipastikan tegak dan selari dengan rangka jentera
dengan menggunakan pelambap dan diikat dengan tali dan alat
pengimbang, dari dua arah yang membentuk 900.

5)

Semasa hendak menanam cerucuk, tukul yang digunakan mestilah tidak

36

terlalu berat supaya cerucuk tidak pecah. Cerucuk boleh dibenamkan


dengan menggunakan pelbagai jenis tukul seperti tukul diesel, tukul
hidraulik, dan sebagainya. perlu diingati bahawa tukul yang digunakan
mestilah bersesuaian dengan saiz, bentuk dan kegunaan cerucuk itu.
6)

Seterusnya, jarak cerucuk terbenam untuk setiap 10 hentakan


direkodkan dalam borang yang disediakan.

7)

Proses melantak cerucuk diberhentikan apabila sampai kepada satu


di mana cerucuk ini perlu disambungkan supaya tahap kedalaman yang
dikehendaki tercapai. Penyambungan boleh dibuat dengan cara
kimpalan antara kaki cerucuk dengan kepala cerucuk. Kimpalan
haruslah dibuat disekeliling kepala cerucuk yang disambungkan.
Setelah dikimpalkan cat anti karat disapukan dan dibiarkan kering
seketika.

8)

Apabila sampai pada tahap kedalaman yang dikehendaki, hentaman


diberhentikan. Sekiranya tidak SET, kiraan dilakukan dan sekiranya
perlu satu lagi point cerucuk ditambah.

9)

Sekiranya cerucuk telah sampai ke permukaan tanah keras. Kerja


pengambilan bacaan set dijalankan. Bacaan set diambil untuk 10
hentakan terakhir.

10)

Kertas graf dilekatkan pada cerucuk dan sebatang kayu kecil diletakan
dibawah kertas graf tersebut. Satu garisan mendatar dibuat pada kertas
graf dan pensil diletakan pada kertas graf. Bacaan diperolehi apabila 10
hentakan dibuat.

11)

Sekiranya nilai set tidak diperolehi cerucuk dilantak sehingga ia


mencapai kedalaman yang telah direkabentuk atau seperti yang
dinyatakan di dalam pelan yang dibekalkan.

12)

Lokasi yang dipilih untuk kerja melantak cerucuk mestilah betul supaya
pergerakan jentera pelantak menjadi mudah.

37

Gambar 3.6.1 Kerja Kimpalan Cerucuk

Gambar 3.6.2 Cara Mengambil Set


13)

Sekiranya berlaku kerosakan semasa melantak cerucuk, kerja-kerja


pembaikan haruslah dijalankan atau mencabut keluar cerucuk yang
rosak tadi.

14)

Sebaik sahaja cerucuk habis ditanam, paras cerucuk perlu diambil. Ini
adalah untuk menampung kemungkinan penolakan tanah ke atas
cerucuk (heaving). Jika ianya berlaku, penanaman semula perlu dibuat
hingga set.

38

3.7

Pemeriksaan Ke Atas Kepugakan Cerucuk


Kepugakan cerucuk diletakan pada kedudukan yang betul dengan
menggunakan jentera pelantak, iaitu cerucuk berada pada betul-betul di bawah
topi tukul. Pemeriksaan terhadap kepugakan dibuat sebelum proses lantakan
dimulakan. Pemeriksaan dibuat dengan dua cara iaitu dengan menggunakan
pelambap yang disambung dengan benang dan alat pengimbang. Sebelum
pemeriksaan dibuat, haruslah dipastikan cerucuk berada selari dengan jentera
pelantak. Alat pengimbang merupakan alat yang digunakan untuk menentukan
kepugakan cerucuk secara kasar. Ia diletakan pada bahagian tepi cerucuk
tegak dan pastikan gelembung udara berada dalam keadaan neutral iaitu di
tengah-tengah. Seterusnya isyarat diberikan kepada operator jentera untuk
menggerakkan rangka supaya cerucuk dapat digerakkan. Pemeriksaan
seterusnya pula adalah dengan menggunakan pelambap yang diikat pada tali.
Satu pelambap diletakkan selari dengan cerucuk dan rangka jentera pelantak
manakala satu lagi diletakan pada sudut 900. Seterusnya, kedudukan pelambap
dengan benang bahagian tepi cerucuk dilihat supaya selari dengan benang
yang diikat dengan pelambap dan juga kedudukan rangka jentera. Sekiranya
tidak selari operator haruslah menggerakkan jentera pelantak supaya
kedudukan tegak diperolehi dengan arahan daripada pekerja yang sedang
membuat pemeriksaan dari kedua-dua arah. Jika cerucuk telah berada dalam
keadaan tegak, kerja melantak akan dijalankan.
Pemeriksaan menggunakan pelambap tidak harus diberhentikan sehingga
cerucuk telah menusuk sedalam 6m. Ini kerana kedudukan cerucuk akan
berubah di mana ia akan berhayun semasa kerja melantak dijalankan
disebabkan oleh getaran. Menurut kehendak syarikat penyimpangan atau
pesongan cerucuk maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi cerucuk
yang telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75. Oleh itu, pemeriksaan yang
dijalankan tidak memberikan kepugakan yang betul-betul tegak tetapi dapat
mengurangkan kewujudan penyimpanga. Di mana cerucuk yang sudah
sendeng berlebihan tidak seharusnya ditegakkan dengan paksaan kerana ini

39

hanya akan merosakkannya. Jika pada awalnya cerucuk didapati sudah mula
lari dari kedudukan asal, ia hendaklah diperbetulkan secepat mungkin. Jika
kontraktor gagal melakukannya, cerucuk mestilah dicabut dan ditanam semula
di atas perbelanjaan mereka sendiri.

3.8

Kerosakan Cerucuk Ketika Dilantak


Dalam menjalankan kerja-kerja melantak cerucuk, terdapat satu masalah yang
timbul iaitu kerosakan cerucuk ketika dilantak. Kerosakan biasa berlaku pada
bahagian kepala cerucuk dan keretakan pada bahian badan cerucuk.
Kerosakan pada kepala cerucuk merupakan perkara yang paling biasa berlaku,
dan ini adalah disebabkan :
1)

Lantakan penukul tidak sepaksi dengan cerucuk.

2)

Lindungan yang tidak cukup di kepala cerucuk seperti tetopi besi dan
pelapik kayu yang tidak cukup.

3)

Tidak berhenti selepas cerucuk telah mencapai set atau mencapai


kedalaman yang dikehendaki.

3.8.1

Sesuatu cerucuk boleh dikatakan mengalami kerosakan sekiranya


sifat-sifat berikut di perhatikan :
1)

Arah cerucuk berubah.

2)

Bunyi ketika melantak berubah.

3)

Penusukan tiba-tiba bertambah dan menjadi tidak seragam. Ia


bukannya disebabkan oleh formasi tanah seperti yang dikatakan
dalam siasatan tanah.

40

3.9

Penyambungan Cerucuk
Sambungan cerucuk haruslah dilakukan sehingga mencapai set ataupun
mengikut seperti mana yang dikehendaki di dalam pelan yang dibekalkan.
Biasanya terdapat dua jenis sambungan cerucuk iaitu Bar Splicing atau Butt
Welding dan Dowel Bar atau Pile Welding.

3.9.1

Bar Splicing atau Butt Welding


Konkrit dipecahkan disekeliling cerucuk sepanjang 30 kali saiz besi
tetulang yang terbesar dan segala links dikeluarkan. Besi tetulang yang
baru kemudian disambung kepada yang lama dengan splicing. Links
yang baru dipasang balik dengan jaraknya separuh dari jarak link dalam
cerucuk asal. Kotak acuan dipasang semula dan dikonkritkan dengan
konkrit bancuhan yang sama.

3.9.2

Dowel Bar atau Pile Welding


Di dalam kaedah ini, cerucuk sambungan disediakan dengan dowel bar
yang boleh dimasukkan ke dalam paip yang ada di cerucuk permulaan.
Kepingan besi lembut dari kedua-dua cerucuk kemudian dikimpalkan.
Jenis kimpalan yang dibuat ialah kimpal tentu. Kimpalan ini adalah
penting supaya sambungan cerucuk tidak terputus ketika kerja-kerja
melantak diteruskan.

3.10

Merekod Lantakan Cerucuk


Untuk kerja merekod pembenaman cerucuk, selalunya dua keputusan akan
diperolehi iaitu :

41

1)

Cerucuk SET (cerucuk telah sampai pada permukaan tanah)

2)

Cerucuk ditambah sehingga mampu menanggung beban bangunan


seperti yang terdapat dalam pelan.

Bacaan bagi cerucuk SET dapat diperolehi semasa kerja membenam cerucuk
dijalankan. Bacaan dan kemampuan menanggung beban bagi bilangan
cerucuk yang ditambah dapat diketahui setelah kiraan dilakukan menggunakan
rumus sesebuah syarikat itu sendiri.
Dalam borang merekod kerja pembenaman cerucuk, jarak cerucuk terbenam
direkodkan untuk setiap 10 hentakan. Sebelum kerja melantak dimulakan,
perkara-perkara berikut harus direkodkan terlebih dahulu :
1)

Saiz dan jenis cerucuk yang digunakan.

2)

Lokasi titik cerucuk berdasarkan pelan yang disediakan.

3)

Masa mula kerja melantak.

4)

Nilai beban yang akan ditanggung.

Seterusnya kerja-kerja melantak cerucuk dijalankan dan perkara-perkara seperti


berikut perlu direkodkan :
1)

Kedalaman cerucuk terbenam untuk setiap 10 hentakan.

2)

Cerucuk permulaan, penyambungan kedua, ketiga dan seterusnya.

3)

Bilangan sambungan yang dibuat.

4)

Nilai set untuk 10 lantakan terakhir dan nilai Cp + Cq daripada lakaran


set yang diambil.

5)

Panjang cerucuk yang telah menusuk.

42

3.11

Pemotongan Cerucuk
Cerucuk akan dipotong setelah semua cerucuk telah habis dilantak ke dalam
tanah. Ia bertujuan untuk membolehkan kerja seterusnya, iaitu pembinaan
struktur asas atau pile cap dapat dijalankan.

3.11.1 Berikut Adalah Prosedu-prosedur Bagi Pemotongan Cerucuk


1) Tanah pada sekeliling cerucuk akan dikorek keluar terlebih dahulu
dengan kedalaman lebih kurang 5 kaki.
2) Backhoe akan digunakan untuk melakukan kerja pengorekan tanah,
dan juga harus memastikan dasar lubang korekan dikorek dengan
rata. Selain itu juga, aras bagi korekan dipastikan sama dengan
menggunakan alat ukur aras.
3) Kemudian kerja pemotongan cerucuk dimulakan. Mesin pemotong
cerucuk yang digunakan dikenali sebagai Pile Head Cutter.
4) Mesin ini dijanakan dengan menggunakan mesin berkuasa diesel.
5) Mesin pemotong cerucuk ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
a) Penekan Hidraulik
b) Pemotong
6) Penekan diletakan pada tempatnya yang terdapat bilah pemotong
7) Pemotong harus memotong pada bahagian yang bertanda supaya
dapat dipotong dengan tepat.
8) Seterusnya penekan akan menekan bilah pemotong sehingga
cerucuk terpotong bersama-sama dengan tetulang yang terdapat
dalam cerucuk.

43

Anda mungkin juga menyukai