Cerita Aku
Cerita Aku
Cerita Aku
Di dalam kelas kami sangat rapat dan selalu berbual antara satu sama lain.Sehingga berlaku satu
peristiwa dimana Zulaika,ahli homeroomku memberitahu guru penasihat homeroom bahawa aku
suka padanya.Zulaika hanya ingin membalas dendam terhadap aku kerana aku sudah memberitahu
mak homeroomku bahawa dia suka pada Hazwan.Sejak itu aku sudah tidak bercakap lagi dengan
dia.Dalam kelas juga dia mengambil keputusan untuk tidak bercakap denganku.Selepas beberapa
hari dia menukar tempatnya dengan Aidil.Sejak itu aku tidak pernah bertegur sapa dengannya
sehingga hari ini.Aku tahu dia ingin menghindarkan diri dari aku.Tetapi aku tidak kisah kerana ia
dapat membantu aku dalam melupakan dia.Aku akan berusaha untuk melupakan dia walaupun aku
tahu ia sangat sukar bagiku untuk berbuat demikian.Ramai temanku menghalang aku untuk
melupakannya kerana kata mereka lama- kelamaan cinta aku akan terbalas juga suatu hari nanti.Aku
tidak percaya sama sekali kerana bagi aku dia tidak sukakan aku.Sudah tiga tahun menunggu dia
tetapi masih tiada jawapan dan aku juga sudah berputus asa dalam mengejar cinta yang bertepuk
sebelah tangan ini.Apapun yang berlaku aku akan sentiasa mendoakan agar dia sentiasa bahagia
dengan orang yang dia sayang dan semoga dia berjaya dalam hidupnya.Jikalau ada jodoh mungkin
aku akan bertemu dengannya suatu hari nanti.
Kini dengan jayanya pelajar tingkatan 3 MRSM Beseri telah menduduki satu peperiksaan yang
sangat penting dalam hidup.Aku bersama dengan rakan-rakanku telah menduduki PMR dan hanya
menunggu keputusan saja.Sementara menunggu keputusan diumumkan pihak MARA telah
mengadakan program yang wajib kami sertai iaitu program MIGTY.Kami diwajibkan mengikuti
program tersebut.Guru-guru telah membahagikan kami kepada 20 kumpulan.Aku sangat berharap
agar aku dapat berada dalam satu kumpulan dengan dia.Tetapi aku tahu itu tidak mungkin akan
berlaku.Jangkaanku memang benar.Aku telah ditetapkan untuk berada dalam satu kumpulan
dengan Ernie Nazira,Fatin Azira ,Nabila,Nazri,Ammar Tarriqq dan Hafiz Akmal.Aku berasa sangat
seronok kerana mereka semua sangat sporting.Buat seketika aku dapat melupakan dia.Kata orang
kita hanya dapat lupa seseorang yang kita sayang untuk seketika.Unit Bahasa Inggeris telah
menganjurkan satu program yang dipanggil MINI MALAYSIA.Kumpulanku telah mendapat negeri
Pahang.Kami digabungkan dengan kumpulan Mustakim.Ahli kumpulan tidak berapa suka akan
kumpulan tersebut tapi apa boleh buat kami terpaksa.Pada satu ketika sampailah giliran kami untuk
mempersembahkan apa yang telah kami siapkan.Setelah selesai semuanya kami pun
pulang.Program itu tidak tamat sampai disitu sahaja tetapi akan disambungkan pada malam
keesokannya.
Pada malam keesokannya tibalah giliran kumpulan Mustakim untuk mempersembahkan apa
yang telah mereka rancangkan.Malam itu aku bersama dengan rakan sebilikku berjalan-jalan sambil
melihat pelajar-pelajar yang lain membuat persembahan.Tiba-tiba tanpa disangka aku telah melihat
dia berjalan dengan dua orang budak perempuan dan salah seorang daripadanya ialah Zahwa.Pada
mulanya memang aku cemburu tapi bila difikirkan balik aku tiada hak untuk berbuat demikian
kerana dia bukan sesiapa padaku.Sehingga hari ini aku masih tidak tahu adakah dia juga menyukai
aku sebagaimana aku telah menyukai dan menyayanginya.Aku hanya berpegang pada satu prinsip
iaitu "kalau ada jodoh tak kemana".Aku menanam tekad untuk memberitahunya bahawa aku sangat
suka padanya tetapi aku tidak sempat berbuat demikian.Aku terpaksa pulang awal kerana salah
seorang daripada ahli keluargaku telah meninggal dunia.Aku sedar siapa aku.Kata rakan-rakanku
aku tidak seperti gadis lain yang selalu dikejar oleh lelaki.Lagakku seperti seorang lelaki tetapi aku
tidak pernah lupa bahawa aku adalah seorang perempuan.Mungkin kerana itulah kaum lelaki tidak
menyukaiku.Aku tidak kisah kerana bagiku lelaki hanya akan mencari perempuan yang suka
mencicit-cicit di keliling mereka.Aku tidak suka menjadi perempuan seperti mereka.Pada pendapat
aku biarlah diriku begini daripada aku menjadi seperti mereka.
Setiap perempuan menginginkan seorang teman di samping mereka yang dapat berkongsi suka
dan duka bersama.Mungkin belum sampai masanya untuk aku mempunyai teman lelaki.Ramai
rakanku yang sudah mempunyai teman lelaki bahkan ada yang telah beberapa kali mempunyai
teman lelaki.Tetapi tidak bagiku.Aku ingin mengekalkan prinsip agar tidak mudah kalah dengan
pujuk rayu lelaki.Biarlah aku keseorangan daripada aku menderita dikemudian hari.Mungkin bukan
masanya untuk aku berkasih sayang.Pada usiaku sebegini aku seharusnya memikirkan tentang
pelajaran dan bukannya cinta.Cinta akan datang dengan sendirinya apabila sudah tiba masanya
nanti.Cinta sejati boleh dicari tapi teman sejati sukar didapati.Kawan lebih penting daripada
cinta.Aku sangat menyayangi rakan yang berada di sekeliling aku.Kami mungkin akan terpisah
apabila kami meneruskan pelajaran kami dalam tingkatan 4 nanti.Tetapi aku akan ingat mereka
sampai bila-bila begitu juga dia.Kerana dialah orang pertama yang berjaya membuat hati aku
berdegup dengan pantas.Mungkin satu hari nanti aku akan bertemu dengannya lagi.Kalau kenangan
itu dapat disimpan di dalam cakera akanku mainkan setiap hari kerana kenangan dan pengalamanlah
yang mengajar kita erti kehidupan.
Kunci kepada kehidupan adalah cinta dan kasih sayang.Jika tanpa cinta dan kasih sayang maka
pintu kehidupan tidak akan terbuka.Cinta dan kasih sayang bukan sahaja kepada manusia tetapi juga
kepada Sang Pencipta yang telah mencipta kita berpasang-pasangan.Tanpa Dia tidak wujudlah kita
didunia.Ibubapa jangan dilupa kerana tanpa mereka siapalah kita.Kehidupan tidak boleh diisi dengan
kebencian,kemarahan,dendam dan ketegasan kerana kehidupan adalah satu pengertian
hidup.Jangan kita lupa bahawa cinta kepada manusia tidak kekal selamanya tetapi cinta kepada
ALLAH kekal sehingga akhir hayat.Janganlah kita mengagungkan cinta dunia kerana cinta akhirat
lebih penting.
Sampai disini sajalah coretan saya tentang kehidupan saya.Terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang telah menjadi pencetus idea kepada saya dan juga ucapan terima kasih saya kepada dia iaitu
Muhammad Istifar B. Ismail kerana telah hadir dalam saya walau hanya untuk seketika.
SEKIAN