Site Engineer.

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Site Engineer (Jurutera Tapak)

Membuat laporan kepada Project Manager


Menyelia dan menyelaras kerja di tapak bina
Memastikan kualiti kerja sub kontraktor
Membantu Project Manager dalam merancang dan mengawasi pembinaan
Berhubung dengan perunding
Memberi nasihat kepada sub kontraktor berkaitan dengan teknikal
Mengawal segala dokumen
Membuat laporan kemajuan kerja harian
Menghadiri mesyuarat bila diperlukan

Quantity Surveyor (Juruukur Bahan)


Membuat laporan kepada Project Manager
Menyediakan tuntutan bayaran kemajuan dan arahan perubahan
Membantu Project manager dalam menyediakan jadual bahan dan aliran tunai
Pengesahan kepada permohonan bahan
Menyediakan tuntutan bayaran sub kontraktor
Menghadiri mesyuarat bulanan yang dikendalikan oleh wakil klien/pelanggan

Penyelia Tapak
Menyelia tapak pembinaan
Menjaga kebajikan pekerja
Memastikan bahan binaan dalam keadaan baik (simen, bata dan lain-lain)

Tenaga Kerja Am
Tenaga kerja am ini tidak mempunyai sebarang kemahiran dan kepakaran di dalam

melakukan kerja-kerja binaan (Rojiah, 1995). Selalunya, tenaga kerja diperingkat ini
adalah dikalangan mereka yang baru mula bekerja dan ia biasanya menjadi
pembantu kepada tenaga kerja mahir dan tenaga kerja separa mahir di dalam
melakukan kerja-kerja binaan. Oleh itu, bekalan tenaga kerja untuk tenaga kerja ini
lebih mudah diperolehi daripada tenaga kerja mahir dan tenaga kerja separa mahir.
Upah yang diterima adalah lebih rendah. Tenaga kerja ini masih mempunyai
peluang untuk meningkatkan status mereka dengan memperolehi taraf kemahiran
mereka untuk menjadi tenaga kerja separa mahir dan tenaga kerja mahir
(Norlinda,1999). Ini diperolehi dengan pengalaman bekerja yang lama.

Tenaga Kerja Separa Mahir


Tenaga kerja separa mahir ini lazimnya akan bekerja bersama-sama dengan tenaga
kerja mahir di tapak bina. Walaupun begitu tahap kemahiran tenaga kerja ini tidak
semahir dan secekap tenaga kerja mahir yang banyak membuat keputusan dalam
menentukan cara kerjanya. Kebiasaanya tenaga kerja separa mahir ini adalah terdiri
daripada pelatih-pelatih lepasan-lepasan institusi kemahiran seperti IKBN, ABM, IKM
dan sebagainya yang baru menamatkan tempoh perintis. Pengalaman bekerja
mereka dalam bidang yang mereka ceburi itu kurang daripada 3 tahun.

Tenaga Kerja Mahir


Tenaga kerja mahir bolehlah ditakrifkan sebagai seorang pekerja yang telah
diiktiraf kebolehan dan kepakaranya serta cekap dalam bidang yang diceburinya
serta mempunyai mutu kerja yang berkualiti, (Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan "Tenaga Mahir Membina Negara"). Menurut Fairuz (1992), tenaga
kerja mahir ini didifinasikan sebagai seseorang yang mempunyai latarbelakang
kemahiran dari institus-institusi kemahiran tertentu dan dibuktikan dengan
pensijilan. Selain itu, seseorang yang telah menjadi perintis dalam sesuatu bidang

dalam tred kerja yang diceburi dalam bidang pembinaan untuk beberapa tahun dan
membuatkannya mahir dalam bidang tersebut sungguh pun tidak menjalani latihan
formal.
Tenaga kerja mahir ini biasanya melakukan kerja-kerja seperti tukang bata, tukang
pembengkok besi, tukang kayu, jurugegas dan sebagainya. Kepakaran yang
dimiliki oleh tenaga kerja mahir ini biasanya diperolehi daripada pengalaman,
pengetahuan dan bakat individu tersebut (Shafinaz, 2001). Seseorang buruh itu
dianggap sebagai tenaga kerja mahir jika ia mempunyai pengalaman bekerja
sekurang-kurangnya 3 tahun dan lebih selepas tempoh perintisnya. Biasanya upah
yang diterima ini lebih tinggi daripada tenaga kerja am dan separa mahir. Proses
untuk menjadi tenaga kerja mahir memerlukan masa yang lama dan panjang. Ini
memberi implikasi terhadap penghasilan tenaga kerja mahir berjalan dengan
perlahan dan tidak mampu memenuhi permintaan semasa. Pembayaran
perkhidmatan terhadap tenaga kerja mahir ini adalah paling tinggi berbanding
dengan kategori tenaga kerja lain mengikut kepakaran mereka.

Penjaga Stor
Menjaga dan mengawal bahan binaan yang disimpan dalam stor
Memastikan bilangan barang yang keluar dan masuk ke stor setiap hari

kerani gaji
-Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kita
-Membuat pengiraan yang sewajarnya
-Melaksanakan fungsi perakaunan dan simpanan kita yang terhad
-Mengira kos pengeluaran dan pengendalian
-Menyediakan senarai gaji dan rekod yang berkaitan untuk gaji pekerja dan bagi
tujuan penyimpanan rekod berkanun.
-Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi,
mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
-Menyediakan dokumen kewangan dan mengira faedah atau caj broker dan duti
sahan yang perlu dibayar.
-Memproses dokumentasi dan menyelenggara rekod bon, saham dan sekuriti lain
yang dibeli atau dijual bagi pihak pelanggan atau Majikan.
-Memeriksa, menilai dan memproses Permohonan kredit atau pinjaman serta
menyediakan syarat-syarat pinjaman dan butiran terperinci bayaran balik bagi
pinjaman yang diluluskan.
-Memberi bantuan dalam menyediakan penyata cukai syarikat dan menjawab
pertanyaan mengenai cukai.
-Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
-Menyelia pekerja lain.
Tugas dan tanggungjawab sebagai pengurus pengeluaran

Mencari input atau sumber mentah untuk tujuanpengeluaran.


Memastikan kualiti input dan pengeluaran.
Menyediakan jadual pengeluaran danmengumumkannya kepada semua ahli
syarikat.
Memastikan keselamatan stok.
Memastikan semua produk dan projek perkhidmatandihasilkan mengikut jadual yang
ditetapkan.
Memastikan stok sentiasa cukup untuk dijual

Anda mungkin juga menyukai