Komp 2 Earthwork Management
Komp 2 Earthwork Management
KERTAS PENERANGAN
KOD NAMA DAN
WTP TEKNOLOGI PEMBINAAN (DIPLOMA)
PROGRAM
1
TAJUK:
TUJUAN:
PENERANGAN
1.0 PENGENALAN -
Kerja tanah dilakukan untuk menghasilkan kawasan bertanah aras yang boleh
digunakan untuk kediaman, perniagaan dan rekreasi . ia juga bagi memastikan
kecuraman yang diperlukan untuk laluan atau jalanraya bersesuaian supaya pengguna
dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selesa. Kerjatanah
berkait rapat dengan pembinaan asas dan bangunan dan merupakan sebahagian dari
kebanyakan projek pembangunan yang dilaksanakan samada berskala kecil atau
besar. Oleh itu bagi memastikan proses dan pelaksanaan kerja tanah berjalan
mengikut prosedur dan kesan yang terhasil dari kerjatanah dapat ditangani,
pengurusan kerjatanah perlu dilakukan sebaik mungkin. Pengurusan kerjatanah pula
akan menumpukan kepada perancangan, cara mengendalikan pelaksanaan kerja
tanah dan kesan dari kerja-kerja tanah yang dijalankan
2.0 PENGERTIAN
Kerja tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) iaitu
aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menambun tapak seperti
yang dikehendaki dalam lukisan tapak. bagi menempatkan bangunan yang
dicadangkan
Pengurusan kerja tanah mengandungi kerja-kerja mengatur,menyelaras,
mengendali ,menanggani kesan dari kerja-kerja tanah yang dijalankan,
menyelesai masalah dan menentu cara kerja tanah dapat dilaksanakan mengikut
prosedur yang betul
2
Jawatankuasa ini diketuai oleh Pengurus Projek sebagai Pengerusi. Berfungsi untuk
membincangkan hal-hal berkaitan polisi dan membuat keputusan berhubung
perlaksanaan kerja tanah. Juga berfungsi sebagai orang tengah bagi komunikasi diantara
ibu pejabat dengan pejabat tapak..
Pelaksanaan dalam urusan kerja tanah ini adalah satu isu yang komplek. Ini
disebabkan oleh aktiviti kerja tanah yang cukup luas sepertimana juga kesan impak
pada persekitaran yang cukup besar yang terhasil dari kerja tanah yang dijalankan.
Bagimanana pun isu-isu yang berbangkit ini perlu diurus dan dirancang
penyelesaiannya . Jawatankuasa yang dibentuk ini juga bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin wujud semasa perlaksanaan projek kerja
tanah.
Urusannya perlu diteliti dan segala tindakan perlulah mengambilkira kehendak-
kehendak kontrak (Buat penelitian dan tafsiran kontrak dengan jelas bagi memasti
pematuhannya)
Melalui pengurusan kerja tanah dan perancangan yang baik, impak persekitaran
boleh dikurangkan .
3.1 Tujuan
mengendali sebarang kemusnahan yang berkaitan dengan kerja tanah dapat
dikurangkan, pembangunan tapak bina selamat dan stabil serta landskap dapat
dipelihara.
menyediakan dan mengatur kegunaan, pembangunan , perlindungan tanah serta
sumber-sumber fizikal dan dalam waktu yang sama menghindar,memulih atau
mengurangkan kesan negatif kerja tanah seperti kehilangan tanah dan mendapan
Menyediakan satu rekabentuk kerja tanah bagi meminimum risiko ketidakstabilan,
meminimum hakisan dan pergerakan mendapan diluar kawasan kerja terutama
terusan,sungai, dan kawasan berpaya
Merancang dan menganjurkan satu rekabentuk kerja tanah dan landskap dimana
yang perlu.bagi Mereflek rupabumi yang semulajadi
Mengendali pengangkutan tanah atau bahan bahan timbusan pembinaan
dikeluarkan daripada tapak bina, dkendalikan dengan cara selamat dan meminimum
kesan negatif .
5
Kaedah Pemotongan tanah dilakukan dengan menggunakan jentolak dan jengkaut,
tali seret dan pengorek-kaut. Pengorek. Jentolak dilengkapi dengan bilah pada
bahagian depannya.
Aktiviti pemunggahan dan pengangkutan diperlukan sekiranya tanah yang dikorek
perlu dikeluarkan daripada tapak. Tanah tersebut mungkin dipindahkan ke tapak lain
yang perlu ditambun atau dibuang di tempat buangan yang ditentukan. Jentera untuk
memunggah adalah jengkaut, jentera untuk mengangkut adalah lori dan trak .
Pemilihan loji pengangkut ditentukan berdasarkan muatan yang dapat diangkut dan
kelajuan bergerak di tapak.
Tambakan Batu
Bahan ini mengandungi batu berisipadu -3 yd atau lebih.Pada tambakan batu,
lompang-lompang antara batu terbentuk besar. Walaupun lompang diisi dengan batu
kecil pada atas atau sisi tambakan, lompang dalam tambakan masih kekal. Oleh
kerana batu-batu tambakan biasanya utuh, hanya sedikit gerakan kecil akan berlaku
dalam tambakan terzebut kerana geseran dan kekunci yang wujud antara butir batu,
6
Lubang-lubang pula dibuat untuk pembinaan asas pad, tangki najis, ruang
penapis kerja-kerja cerucuk, kepala cerucuk ,penahan peparit penyemburan
racun anti serangga dan sebagainya.
Sebelum kerja-kerja penggalian dimulakan, batasan penggalian dirancang tanda
seperti dinyatakan dalam pelan. Dan disahkan oleh Jurutera.
Dalam kerja penggalian, bahagian tanah berlebihan dan bahan-bahan lain seperti
log,tunggul,akar-akar akan disingkirkan dri tapak dan dilupus dilokasi yang
diluluskan.
Kaedah penggalian dan cara ia dilakukan telah dibincang dalam modul WTP 105
(Kompetensi 2 Setting Out and excavating trenches for shallow trenches)
6.4 Perbandingan antara kemajuan kerja sebenar dan kemajuan yang dirancang.
Carta gantt di bawah menunjukkan perbandingan antara kemajuan kerja yang
dirancang dan kemajuan sebenar yang dicapai.
Sebahagian besar tempoh yang dirancang bertepatan dengan kemajuan sebenar
8
CONTOH PROGRAM PERLAKSANAAN KERJA TANAH
SEBENAR
PERANCANGAN
9
fizikal tanah, bagaimana air sedia ada diagih dan mengalir dalam tanah, kedalaman
sehingga lapisan limit bawah tanah dan sebagainya. Penilaian dibuat melalui
pemantauan dan operasi pembinaan kerja tanah yang dijalankan.Pemantauan
dilakukan dalam dua situasi iaitu Pemantauan Sebelum dan semasa pembinaan
Projek :
Berikut adalah elemen-elemen yang memerlukan pemantauan
Pemantauan Sebelum pembinaan Projek :
Tanah dan kandungan batu baur, atterberg Limit, pemadatan CBR, pengecutan
Linear, kebolehtelapan
Mekanik batu batan, Ujian Beban Tumpu (Point Load Test), Unconfined
Compression test, Triaxial, Direct Shear Test
Kekuatan ricihan tanah
Pemantauan gegaran dan kebisingan
11
Sebelum sebarang kerja tanah dimulakan, kawasan pemotongan tanah dan tambunan
perlu di tanda dengan jelas. Pada bahagian bahagian yang perlu, pagar atau sekatan
secukupnya perlu dibina disekeliling pokok atau lain-lain objek yang mahu dipelihara
atau dilindungi. Semua aktiviti tapak termasuk pembersihan, penyimpanan,pemotongan
dan tambunan mestilah dijauhkan dari zon yang dilindungi tersebut.
Kerja tanah yang dijalankan hendaklah mematuhi keperluan STANDARD
SPECIFICATION FOR ROAD WORK JKR/SPJ/2013-S2: SECTION 2- EARTHWORK
12
Penyiasatan tapak Kerja Penggalian
Pemasangan saliran sementara Berm drain & Toe Drain
Penempatan Silt Trap/ Takungan/kolam Kerja Pemadatan tanah
tadahan kelodak
Membina struktur pengukuhan cerun
Pembersihan tapak Menanam rumput
Kerja Pemotongan Pengawasan kerja tanah
penambakan tanah
7.3 Perubahan
Semua perubahan kepada skop projek perlu direkod. Bagi mengawal sebarang
perubahan, Helaian Kawalan Perubahan (Change Control sheet) hendaklah disiapkan
dan sedia untuk merekod perubahan dan implikasi.
13
Keadaan sebenar tapak untuk perlaksanaan projek tidak ditentukan sehingga
pembinaan bermula. Keadaan bermasalah boleh juga dikesan diawal penyiasatan
tapak. Keadaan tanah boleh dinilai dengan cara desk-based review iaitu semakan
dokumentasi berkaitan dan sampel ujian trial pits and borehole. Bagaimamapun
terdapat juga perubahan sub permukaan diluar jangka.
Masalah yang berlaku ini boleh disebabkan keadaan cuaca atau perubahan dalam
keadaan tanah. Apabila ini berlaku , beberapa prosedur akan berubah , diantaranya
Rekabentuk
Rekabentuk semula projek diperlukan dan ini memerlukan perbelanjaan yang
besar
Pergerakan jentera
Perubahan pada keadaan permukaan tanah boleh mendatangkan masalah bagi
menggerakkan jentera dan perbekalan disekitar tapak,
Kerja penggalian dan pembinaan asas..
Melibat kaedah penahanan peparit dan tupang. Keadaan ini boleh menyebabkan
peningkatan kos dan pertambahan masa
Struktur organisasi adalah suatu susunan atau hubungan antara kemponen bahagian-
bahagian dan posisi dalam sebuah organisasi, komponen-komponen yang ada dalam
organisasi mempunyai kebergantungan antara satu sama lain.Sesuatu carta organisasi
meliputi pengagihan tugas dan juga bilanagan kaitangan tapak yang diperlukan untuk
melaksanakan projek pembinaan .Melalui carta organisasi setiap pihak dapat memahami
tanggungjawab,kuasa serta kedudukan tiap-tiap individu bagi membantu pemantauan
berkesan.
15
8.4 Senarai semakan pemantauan
Senarai semakan pemantauan untuk tindakan pembaikan dan pelindungan alam sekitar
semasa peringkat pembinaan projek ada dsediakan oleh JKR dan ia perlu diamalkan
sebagai prosedur kawalan dan pemantauan.Sebahagian prosedur kawalan dan
pemantauan dilampirkan dalam Apendik 2
RUJUKAN
16
5. Managing Earthworks - Quality Planning
www.qualityplanning.org.nz/index.php/planning.../managing-earthwork...
6. Guidelines for Earthworks - Taranaki Regional Council
www.trc.govt.nz/assets/taranaki/publications/regional.../earthwork.pdf
7. site/earthworks management plan - Proposed Parkins Bay
www.parkinsbay.com/Images/Pdfs/PBGC_APP.10(1of2).pdf
8. Soil management and earthworks - Department of Primary ...
dpipwe.tas.gov.a...
9. Earthworks - Introduction, Policies & Objectives -
Wellington .wellington.govt.nz/~/...and.../v1chap29.pdf
10. Jadual Perlaksanaan Kerja Tanah
www.mps.gov.my/.../a9f56a78-d9c6-497f-9583-1f43.
11. Code of Practice - Subdivision and Development - Opotiki ...
www.odc.govt.nz/
12. prosedur kawalan dan pemantauan kepada pematuhan ..
www.unitjkrkesedar.gov.my/.../JKR.PKO_.04E-8-Tin...
13. Understanding and Monitoring the Cost-Determining Factors
ec.europa.eu/regional_policy/sources/.../evaluation/..
CONTOH Apendik1
17
apendik2
18
19