1.2 Pile Cap, 1.3 Column Stump, 1.4 Ground Beam, 1.5 GF Slab 1.6 Column - Notes

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 35

DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 1 drp : 35

PEMBINAAN PILECAP WORK (TUKUP)

Dalam industrI pembinaan, cerucuk merupakan struktur bawah bangunan yang penting.Berperanan
sebagai asas menjadikan tapak binaan lebih stabil bagi mendirikan bangunan. Ia biasa diaplikasi
pada tanah yang lemah galas tanggungan

Apakah Tukup Cerucuk ?


Tukup cerucuk adalah struktur konkrit yang merupakan bahagian utama asas bercerucuk yang
dibina di atas cerucuk secara berkelompok.

Tujuan Tukup Cerucuk


Cerucuk biasa digunakan dalam pembinaan asas bangunan terutama bagi menanggung bebanan
yang besar di atas tanah keupayaan galas yang rendah.Beban yang terhasil dari atas ini dipindahkan
kepada cerucuk melalui binaan yang dikenali sebagai Tukup Cerucuk.

Membina Tukup Konkrit Diatas Cerucuk Secara Berkelompok

Penentuan kepupayaan cerucuk menanggug dan menyebar bebanan dari superstruktur banyak
begantung kepada panjang cerucuk yang digunakan, keluasan kerataan permukaannya dan semestinya
kekuatan yang terdapat pada tanah itu sendiri. Bagi menjamin kestabilan yang sempurna, tukup
cerucuk konkrit dibina di atas cerucuk yang ditanam secara berkelompok. Cerucuk-cerucuk yang
ditanam secara berkelompok dan digabungkan dengan binaan tukup konkrit akan memberi
kombinasi sokongan yang begitu padu supaya bebanan dari tiang dpat dipindahkan ke kepala cerucuk
dengan berkesan.

● Cerucuk berkelompok ialah sekumpulan cerucuk-cerucuk yang telah ditanam bagi menyediakan
satu rangkaian asas yang stabil.

● Bilangan cerucuk dalam sesuatu kelompok adalah berubah-ubah. Gandingan dua,tiga atau lebih
cerucuk di bawah sesebuah tukup cerucuk dikenali sebagai Sistem Tukup Cerucuk dan bilangan
cerucuk yang terkandung di dalam sesuatu sistem tukup bergantung kepada beban yang ditanggung
oleh tukup cerucuk.
● Beban yang diagih dari bangunan
menyebabkan tukup cerucuk mengalami
momen dan daya ricih. Oleh itu tukup
cerucuk perlu direkabentuk supaya ia
mampu menanggung momen dan daya
ricih serta mengagihkan beban ke cerucuk
tanpa mengalami kegagalan.
Penggalian Lubang Dan Peparit Cetek
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 2 drp : 35

Bagi membentuk peparit atau lubang, penggalian tanah merupakan kerja yang diperlu. Penggalian
adalah kerja mengorek peparit untuk asas bangunan,lubang-lubang asas tiang dan sebagainya yang
digali setakat ukuran panjang dan lebar seperti yang ditunjukkan dalam pelan-pelan dengan tepinya
dirapikan dan bahagian bawahnya dirata dan ditingkatkan seperti mana yang dikehendaki. Semua
penggalian hendaklah dijalankan sehingga ke paras tanah yang kukuh. Asas bangunan tidak boleh
sekali-kali terletak di atas tanah lambak. Dalamnya asas bangunan hendaklah diputuskan oleh P.P di
tapak bina, akan tetapi untuk tujuan membuat tender, kontraktor hendaklah menganggap penggalian
yang seragam pada keseluruhannya sedalam 1.5 meter di bawah paras yang dibentuk atau paras yang
ditunjukkan di dalam pelan-pelan.

Tafsiran Kerja-Kerja Penggalian Tanah

Kerja-kerja penggalian tanah adalah kerja yang melibatkan penyingkiran dan pembuangan tanah atau
batu dari tapak bina bagi membentuk permukaan yang terbuka,lubang ,peparit atau liang-liang
menggunakan peralatan,perkakasan atau bahan letupan

Penggalian Peparit Dan Lubang

Kerja-kerja menggali perparitan dan lubang-lubang


adalah menjadi suatu perkara biasa dalam sesuatu
kerja binaan. Parit-parit biasanya dibuat untuk
pembinaan asas, pemasangan paip-paip saluran
sanitasi serta pembinaan parit-parit longkang
sementara lubang-lubang pula dibuat untuk pembinaan
asas pad, tangki najis, ruang penapis kerja-kerja
cerucuk, kepala cerucuk ,penahan peparit
penyemburan racun anti serangga dan sebagainya.

1. Parit-parit atau lubang-lubang yang digali kadang-kadang perlu dibiarkan terbuka Untuk jangka
waktu yang lama sebelum ianya ditumbus semula. Oleh sebab itu sebagai langkah keselamatan
tebing-tebing penggalian tersebut perlu penyokongan sementara dengan tujuan:
● Untuk melindungi para pekerja yang bekerja di dalamnya.
● Untuk menahan tebing perparitan daripada runtuh dan menutup parit atau lubang sebelum
kerja-kerja pembinaan siap dijalankan atau tembok bawah tanah yang dibina cukup kuat
untuk menahan himpitan tanah jika tebing penggalian itu runtuh.

2. Untuk kerja-kerja yang boleh disiapkan serta-merta biasanya tebing-tebing parit tidak
memerlukan penyokongan sementara. Penyokongan tebing juga mungkin tidak diperlukan jika
tanah tebing penggalian itu cukup kuat serta dalamnya tidak melebihi 1.0m
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 3 drp : 35

3. Kaedah penyokongan tebing perparitan adalah bergantung kepada sifat semulajadi tanah di
mana parit itu dibuat. Selain daripada itu factor-faktor seperti dalam parit, keadaan cuaca dan
lama masa sesuatu kerja itu akan dijalankan perlu diambil kira. Ada empat kaedah menahan
tebing perparitan iaitu:
● Untuk tanah keras
● Untuk tanah yang mampat serta kukuh
● Untuk tanah gembur
● Untuk tanah lembik.

Spesifikasi Penggalian Tanah Tapak Bina

Terdapat beberapa jenis penggalian yang boleh dilakukan bagi persediaan dalam aktiviti
pembinaan:

● Penggalian adalah sebarang operasi yang bertujuan merendahkan aras bumi sedia ada kepada
kedalaman sehingga 1.5 m atau lebih.
● Penggalian cetek adalah sebarang penggalian yang merendahkan aras bumi sedia ada kepada
kedalaman kurang dari 1.5 m .
● Penggalian yang tidak disokong adalah penggalian dimana sisi lubang atau parit di paras
condong (battering)atau ditarah bertingkat (benching) tanpa diberi sebarang tupang atau
penahan peparit.
● Penggalian yang disokong adalah penggalian yang sisi-sisi lubang atau peparit disokong oleh
penahan terdiri dari kayu, keluli konkrit atau lain-lain bahan.
● Paras condong (battering),tarah bertingkat (benching) dan penahan peparit adalah cara untuk
mengawal risiko runtuhan tanah dan menghindari runtuhan dari menimpa pekerja

Tarah Bertingkat Paras Condong

Jenis-jenis penggalian

i. Oversite
✓ Menyingkirkan lapisan atas tanah
✓ Kedalaman antara 150mm – 300mm
✓ Perlu dilakukan kerana lapisan ini mengandungi bahan-bahan tanaman dan bahan
reputan menjadikan tanah longgar dan tidak stabil bagi menyokong bangunan.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 4 drp : 35

ii. Pengurangan Aras (Reduce Level)


✓ Diperlukan bagi tapak yang tidak seragam bagi membentuk permukaan yang aras
✓ Mengandungi operasi memaras dan menimbus
✓ Aras dimana tanah di kurangkan dipanggil “Aras Pembentukan”

iii. Penggalian Peparit


✓ Memerlukan kedalaman dan lebar yang diperlukan sebelum membina asas
✓ Penggalian dilakukan dengan kedua dua cara manual dan mekanikal.

Kaedah Penggalian
Jenis projek pembinaan yang dilakukan akan menentukan pemilihan kaedah penggalian samada
penggalian peparit/Trenching, terowong/Tunneling atau Shaft. Daripada ketiga-tiga kaedah
penggalian ini juga akan menentukan pemilihan peralatan dan jentera yang diperlukan untuk operasi.
Operasi penggalian yang dilakukan tidak kira samada secara manual atau jentera perlu melalui
langkah-langkah yang betul . Sebelum melakukan penggalian langkah-langkah berikut perlu diambil ;

● Periksa pelan plot bagi perkhidmatan bawah tanah


● Keseluruhan Kawasan kerja perlu diperiksa mengikut pelan perhkidmatan bawah tanah
dan perlu di imbas menggunakan peralatan penghindar kabel yang diluluskan bagi
memastikan kehadiran kabel elektrik dan perkhidmatan bawah tanah (pemasangan
perpaipan)
● Dapatkan permit kerja yng diperlukan dengan disokong oleh sijil penggalian..
Kerja-kerja penggalian yang dilakukan perlu mematuhi beberapa prosedur atau kaedah
penggalian tanah yang ditetapkan dengan didahului kerja-kerja merancang tanda ukuran
disekitar tapak bina.

Langkah-langkah Penggalian yang perlu dilakukan:

Rancang tanda ukuran bagi Penggalian


DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 5 drp : 35

Mengenalpasti dan memilih peralatan menggali

Penggalian secara manual biasanya memerlukan penggalian cetek kurang dari 1.5m di tanah lembut.
Peralatan yang digunakan tidak melibatkan mesin atau jentera.

Peralatan Penggalian Manual


Spade atau shovel adalah alat tangan yang paling biasa diguna untuk keja –kerja menggali. Pelbagai
jenis alat-alat mengali manual ditunjuk dalam rajah dibawah.

Jenis-jenis spade/Shovel

Jenis (a): Spade penggali tanah liat dengan bilah bulat yang boleh diguna untuk menggali kedua-dua
jenis tanah iaitu tanah liat dan tanah loamy berat

Jenis (b): Spade dengan bilah hujung persegi sesuai untuk memotong bahan gentian dan membuang
tumbuhan rumpai (cth: tumbuhan liar dipermukaan tanah dan rumput)

Jenis (c): Shovel Jurubina dengan sisi terbengkok ke atas bagi mengelakkan tanah dari tertumpah .
Alat penggalian tangan paling efisien ,ideal bagi tugas umum dan membancuh.

Type (d): Shovel berlengkuk dengan hujung berbentuk tirus . Ia bertujuan untuk mengendalikan kerja
asphalt dalam industry pembinaan. Kurang sesuai untuk kerja-kerja menggali atau membancuh bahan.

Type (e): pick-hoe sesuai diguna untuk menggali, memecah tanah keras dan berketul ketul. Amat
efisien untuk tugas penggalian dan membancuh. Selain dari pick hoe, rajah disebelahnya adalah alat
pickaxe dengan fungsi yang sama.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 6 drp : 35

Spade atau shovel mengandungi batang pemegang dengan panjang dan saiz bilah yang berbeza .
Bentuk standard spade ialah 29cm panjang dan 19cm lebar,sedangkan bilah shovel adalah 29cm
panjang dan 24 cm lebar.

Jenis Pemegang

Spade dan shovel yang ditunjukkan dalam rajah membariskan tiga jenis pemegang yang
berbeza.

● Jenis (a); A Pemegang bentuk-T mempunyai binaan agak ringkas dan mudah patah.
● Jenis (b): Berbentuk D yang boleh memberikan kawalan sepenuhnya ke atas spade atau
shovel tetapi mempunyai jangkahayat terhad kerana tanggam pada pemegang sering
terdedah kepada air yang boleh menyebabkan reput pramatang dan serpihan Pemasangan
pin keluli juga boleh menyebabkannya berkarat ,lemah dan serpihan pada kayu.
● Jenis (c): Pemmegang berbentuk ‘YD’ adalah paling selesa untuk dipegang.Saiznya yang
lebih besar dari bentuk D. Memberi kawalan yang lebih baik dan paling efisien digunakan.
Bagaimanapun ia paling mahal diantara ketiga-tiga jenis pemegang berban

Melakukan Penggalian Secara Manual - Kaedah Penggalian manual


DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 7 drp : 35

Penggalian manual adalah penggalian dengan tangan menggunakan peralatan menggali menggunakan
spade. Kaedah ini lebih sesuai untuk Penggalian Cetek.

i. Menentukan aras dasar penggalian

Seorang pekerja mestilah ditugaskan untuk membantu jentera menggali. Kebiasaannya aras dasar
penggalian akan diukur dari permukaan platform. Kaedah mengukur boleh dibuat dengan
menggunakan sebatang kayu yang telah ditandakan dengan kedalaman sesuatu penggalian tersebut.
Aras yang sebenar akan ditentukan dengan menggunakan alat dumpy level kemudiannya.Kaji
perincian pada pelan dan tentukan betul-betul kedalaman penggalian sebelum memulakan kerja.
Satu point rujukan aras mestilah didapatkan dari juru ukur sebelum memulakan kerja. Secara
konvensional, level dipindahkan dengan menggunakan sesalur getah. Namun begitu penggunaan
dumpy level adalah lebih praktikal kerana ianya tepat, cepat dan ringkas.Pada peringkat
menentukan level sebenar penggalian, pembetulan kepada aras tersebut dibuat secara manual oleh
pekerja dengan menggunakan cangkul. Dasar penggalian tersebut mestilah dipadatkan dan
diratakan dengan mesin pemampat (compactor)

Peralatan Penggalian Berjentera / Mesin-Mesin Penggalian


Jentera yang digunakan untuk kerja-kerja penggalian meliputi kerja penolakan tanah (dozer) dan
penggalian tanah dengan jengkaut (excavator).
Terdapat 2 jenis jentera yang sesuai untuk kerja-kerja penggalian dalam iaitu Jengkaut (excavator)
dan back hoe. Sekiranya kedudukan asas-asas berjauhan, mungkin penggunaan back hoe lebih sesuai
di mana penggalian secara individu dapat dilakukan. Namun begitu jika kedudukan asas adalah rapat
dan penggalian individu tidak mungkin dibuat, penggunaan Jengkaut (excavator) mungkin lebih
praktikal.Harus diingat, dalam pemilihan jenis Jengkaut ini biarlah sepadan dengan kerja yang akan
dibuat. Tidak guna menyewa Jengkaut berkapasiti besar sekiranya jengkaut yang kecil juga dapat
mencapai kedudukan asas-asas tersebut. Bagi sesuatu kawasan yang besar, penggunaaan lori mungkin
perlu untuk membawa keluar tanah yang digali supaya tidak mengganggu kerja-kerja membina asas.
Namun begitu, keadaan ini dapat dielakkan dengan perancangan penggalian berdasarkan pergerakan
jentera

Jentolak (Bulldozer)
Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan meratakan tanah
permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi,bertayar getah atau beroda. Disebelah
hadapan dilengkapkan dengan peparang berhidraulik untuk kerja menolak, menorah,memotong dan
meratakan tanah
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 8 drp : 35

Jentolak (Bulldozer) Jengkaut (Excavator)


Jengkaut (Excavator)
Jentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan peparit. Jengkaut didapati
dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak belakang (back hoe), jengkaut seret
(dragline) dan jengkaut serbaguna. Backhoe diperlengkapkan denan timba bergigi berukuran 0.13m3
hingga 1.6 m3 berjoran hidraulik sesuai di gunakan di ruang yang sempit, tanah lembut danmendaki
bukit.Jengkaut beroda rantai perlu diangkut dengan trailer semasadipindahkan dari satu tapak ke tapak
binaan yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil daripada jengkaut bajak belakang dan
sangat popular untuk kerja – kerja binaan yang kecil dan sederhana.

Bahagian-bahagian
Jengkaut Hidraulik

Penyelenggaraan Alat Alat Penggalian

 Bersih peralatan dan perkakasan pembinaan selepas menggunakannya. Mengelap dan


menyingkirkan kekotoran berat adalah kunci untuk memanjangkan jangkahayat setiap peralatan
selepas digunakan..
 Pastikan kord elektrik dilindungi daripada laluan penjalan kaki dan lintasan kenderaan pembinaan .
Forklift atau sebarang mesin bermotor boleh memotong atau meronyokkan kord dan hos. Tutup
kord elektrik dengan salut sarung/kasing.
 Minyakkan alat-alat pneumatik/tekanan udara sebelum digunakan. Pemeluwapan dalam saluran
udara /hos membentuk karat dalam alat-alat pneumatik. Salut komponen dalaman dengan minyak
atau air-tool oil akan menyingkirkan lembapan dan terhindar dari karat.
 Periksa dan baiki semua peralatan atau perkakasan setelah selesai kerja.Lakukan semua pembaikan
yang perlu untuk kerja-kerja pembinaan akan datang. Ini akan menggelakkan masa terbuang
dengan membaiki peralatan yang sememang sudah rosak.

Rekod Kemajuan Kerja-Kerja Penggalian

Merekodkan kemajuan kerja-kerja penggalian harian adalah amat penting. Pengurus projek
bertanggungjawab memastikan rekod projek disimpan dengan data rekod kemajuan yang tepat dan
mencukupi. Adalah lebih lengkap jika menambah data rekod dengan perjalanan dan situasi projek
dengan lakaran,gambar/foto,rakaman video atau lain-lain kaedah yang sesuai.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 9 drp : 35

Pengurus projek dan lain-lain personel projek perlu merekodkan maklumat projek melibatkan:

● Cuaca, personel kontraktor dan peralatan(termasuk senarai peralatan dan subkontraktor)


● Lokasi dan deskripsi kerja serta kuantiti anggaran yang dilakukan pada hari bekenaan.
● Ketibaan dan penghantaran peralatan major
● Keadaan kawalan trafik dan laluan,juga merekodkan perubahan perubahan penting atau masaalah
dengan kawalan trafik dan perkakasannya.
● Komunikasi yang signifikan dengan kontraktor, khususnya melibatkan jadual kerja, kaedah
kerja,bahan-bahan atau bayaran.
● Arahan-arahan yang diberi kepada kontraktor. Pengurus projek perlu menghantar memo atau surat
bagi mengesahkan instruksi lisan atau perjanjian yang dikeluarkan.
● Merujuk kepada surat-surat penting,minit mesyuarat dan kehadiran, laporan,foto,perbualan telefon
dan sebagainya.
● Ketidaksefahaman dengan kontraktor berhubung dengan kualiti kerja atau prestasi termasuk kerja-
kerja atau bahan yang ditolak.
● Penangguhan, kesukaran,kemalangan,kerosakan utility dan lain-lain kondisi yang luar biasa.
Huraikan factor atau keadaan yang boleh menghalang operasi kontaraktor dan sebab-sebab
penangguhan.Juga masukkan masa yang tertangguh atau ringkasan kerja dan penerangan .
● Perbandingan antara aktiviti kerja berjadual dan aktiviti kerja sebena. Jelaskan perbezaannya.
● Hari-hari atau masa apabila tiada progres kerja atau tiada kerja dilakukan dan alasan-alasannya .

Prosedur Keselamatan

Risiko bahaya sering dihadapi oleh pekerja apabila menggali secara manual. Bahaya keruntuhan tanah
dan tertimbus adalah bahaya utama penggalian manual Prosedur berikut perlu dipatuhi apabila
menggali lubang atau peparit dalam.

i. Pekerja tidak seharusnya berada dalam lubang atau peparit melebihi kedalaman 1.5m
kecuali dilatak penahan peparit.Kegagalan tanah untuk berada stabil disebabkan peresapan
air menyebabkan keretakan tegangan pada permukaan dan sisi lubang menjadi kembung.

Kawasan tegangan menunjukkan


tanah mula runtuh.
Satah gelinciran
Resapan sepanjang satah gelinciran
menjejaskan kestabilan tanah
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 10 drp : 35

Pekerja mengalami kecederaan


teruk dan mungkin tertekap muka
disebabkan tanah yang runtuh.
Berat tanah melebihi 1m panjang
parit dan 2 m dalam adalah kira kira
Tupang Dan Penahan Peparit
3 ton.
Tupang dan penahan peparit adalah binaan sementara yang sering digunakan untuk kerja menyokong.
Bagi tupang, ia amat sesuai untuk menyangga tembok yang meretak dan memerlukan pembaikan atau
menyangga struktur tertentu yang perlu diroboh. Penahan peparit pula sering digunakan dalam kerja-
kerja penggalian tanah dimana tebing tanah yang digali mungkin perlu ditahan bagi mengelakkannya
dari tertimbus semula.

Takrif Tupang :

Tupang adalah binaan sementara yang dibina bagi menyokong struktur bangunan yang kurang
selamat sehingga ianya diteguhkan atau selamat untuk digunakan.

3.0 TUJUAN PEMBINAAN TUPANG :

i. Bagi bangunan ia diguna untuk mencegah dinding-dinding (tembok) yang merbahaya daripada
meretak atau menyebabkan bertambahnya tanda-tanda keruntuhan. Ia boleh berperanan menyokong
struktur seperti rasuk dan lantai semasa tiang atau tembok dirobohkan. Dalam situasi ini penyokong
tegak diperlukan sebagai penyokong sementara menggantika tiang atau tembok tersebut.
Menyokong kestabilan struktur . Apabila terdapat kegagalan pada dinding atau tembok,
nyatalah struktur telah menerima beban atau tujahan yang berlebihan dan tidak dapat menahannya lagi.
Oleh yang demikian, suatu penyokong diperlukan dan tupang hendaklah disediakan untuk
mengukuhkan struktur tersebut.
ii. Bagi peparit ia berguna semasa kerja-kerja penggalian untuk menyokong tanah dari runtuh.

4.0 JENIS-JENIS TUPANG :

Terdapat 3 jenis tupang:


DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 11 drp : 35

i. Tupang Sadak (Raking Shore)


ii. Tupang Lintang ( flying Shore)
iii. Tupang Pugak atau tupang Mati (dead shore)
iv.
v. TUPANG SADAK :

● Mengandungi kepingan kayu yang ditempatkan dalam keadaan condong dengan satu hujung
bersandar pada permukaan dinding yang rosak dan hujung yang satu lagi di atas tanah.
● Sudut yang mudah dan baik untuk kegunaan praktikal ialah 60° yang boleh diubah-ubah kepada
75°.
● Ianya didirikan dalam rangka-rangka atau sistem dan bertujuan untuk menahan dinding runtuh
keluar.
● Ianya tidak digunakan untuk memberi sokongan tepat kepada mana-mana bahagian struktur.
● Hujung sebelah bawah tupang ini disokong dengan pengalas condong yang tertanam teguh di
dalam tanah untuk menyebarkan tekanan kepada tanah dengan selamatnya,
● Sistem tupang ini boleh dirapatkan lagi dengan penebat-penebat yang dipaku pada sebelah
tepinya. Ini memberikan lagi keteguhan sisian kepada tupang-tupang dan mengikatnya sekali
kepada satu rangka yang bersatu.

Rajah menunjukkan kecondongan tupang ditentukan mengikut kedudukan lantai dengan galas
tembok,lantai dengan galas plat tembok dan lantai selari dengan tembok
i. TUPANG LINTANG/UFUK :
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 12 drp : 35

● Terdiri daripada tupang Tunggal dan Tupang Berganda. Tupang Tunggal mempunyai satu
tupang lintang dan tupang berganda mempunyai dua tupang lintang, atas dan bawah.
● Digunakan untuk menyokong dua tembok yang bertentangan apabila salah satu atau kedua-
duanya menunjukkan tanda-tanda kerosakan.
● Jarak maksimum yang boleh disokong oleh tupang ini adalah lebih kurang 10-12 meter.
Bagi jarak yang lebih dari ini, tupang ufuk berganda digunakan.
● Satu tupang mengandungi sebatang kayu yang dipasangkan antara dua tembok yang hendak
disokong dengan hujungnya menyandar pada pendinding yang dipasang kepada dinding
tersebut. Ini diteguhkan dengan tupang-tupang condong di atas dan di bawah kepada setiap
hujung.

ii. TUPANG PUGAK ATAU TUPANG MATI

● Sistem tupang pugak ini digunakan apabila sebahagian daripada dinding bangunan dibuka,
dinding di bahagian atas hendaklah disokong sementara kerja-kerja pembinaan di bawahnya
diteruskan.
● Ia juga berfungsi untuk menyokong bangunan di sebelah atas semasa mendalamkan asas
bangunan yang sedia ada atau menggantikan asas yang lama dengan asas yang baru yang
boleh menerima beban yang lebih besar.
● Dalam sistem ini, jejarum dimasukkan melalui dinding-dinding dan disokong oleh tupang-
tupang pugak.
● Tupang pugak ini hendaklah didirikan pugak di atas pengalas atau pelapik yang mempunyai
asas yang padat.
● Hendaklah diperhatikan bahawa tupang-tupang yang digunakan adalah cukup kuat untuk
menanggung beban binaan dan dapat menyebarkannya sama rata ke tanah. Ini dilakukan
dengan menggunakan pelapik yang cukup lebar bagi tanah-tanah yang agak lembut.
● Tupang tegak merupakan sebatang tiang dan oleh kerana ia membawa beban yang sangat
berat, tupang ini tertakluk kepada tegasan yang besar. Bagi tupang yang tertakluk kepada
tegasan yang besar, kegagalan mungkin boleh berlaku. Oleh itu, nisbah yang betul mestilah
dipelihara antara panjangnya dan ukuran kelilingnya.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 13 drp : 35

Rajah menunjukkan kaedah binaan


tupang pugak/tupang mati yang
sedang menyokong struktur atas

5.0 PENAHAN PEPARIT

5.1 Takrif Penahan Peparit

Ialah binaan sementara terdiri daripada kayu atau keluli yang dibina disebelah tebing peparit atau
lubang bagi tujuan menahan tanah tebing khususnya tanah lembut atau berpasir dari runtuh.
5.2 Cara menahan peparit atau lubang yang diamalkan bergantung kepada tiga factor;

i. Keadaan dan sifat tanah


ii. Tekanan yang perlu disokong
iii. Kedalaman peparit atau lubang
iv. Aras air bumi/ Water table level
v. Cuaca semasa kerja tersebut dijalankan

Bagaimanapun bagi tanah yang keras dan kedalaman peparit atau lubang yang digali tidak melebihi 1m
, penahan peparit tidak diperlukan.Bagi tanah liat ,sokongan tidak diperlukan sehingga kedalaman
1.5m

5.3 Tujuan pembinaan penahan peparit :

i. Untuk menahan tebing perparitan daripada runtuh dan menutup parit atau lubang yang
digali sebelum kerja-kerja pembinaan siap dijalankan
ii. Bagi tujuan keselamatan pekerja yang berkerja di dalam peparit.

5.4 Rekabentuk Penahan Peparit


DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 14 drp : 35

Pembinaan penahan peparit cetek boleh dilakukan dengan 4 cara mengikut jenis dan keadaan tanah
iaitu:

i. Untuk tanah keras


ii. Untuk tanah mampat serta kukuh
iii. Untuk tanah gembur
iv. Untuk taanah lembik

Jarak minimum diantara tupang yang merentangi peparit hendaklah dihadkan kepada 1.8m supaya
tidak menganggu kerja-kerja didalam peparit .

Kaedah Sokongan

i. Tanah keras- Rembat Penyokong/Stay Bracing

Bagi penggalian melebihi 1.5 dalam tanah liat padat, biasanya mencukupi menggunakan sistem
tahanan terbuka. Penyendal antara papan penahan/poling board dipasang secara pugak pada
jarak 1.8m adalah bersesuaian bagi pekerja selesa berkerja didalamnya.

ii. Tanah mampat serta kukuh - Rembat Penyokong/Stay Bracing

Untuk tanah mampat dan agak lembut,adalah perlu menggunakan papan penahan yang
dipasang lebih rapat bagi mengelakkan tebing peparit antara penyendal runtuh. Bagi
menyokong kayu penahan,susur penahan /walling dipasang melintang peparit atau papan
penahan. Kaedah pemasangan adalah sama seperti penahan peparit tanah keras. Bezanya pada
bilangan papan penahan lebih banyak kerana jarak pemasangannya lebih rapat.

iii. Tanah Gembur /berpasir- Penahan Kotak melintang/ Box Horizontal Sheeting
Bagi peparit pada tanah gembur berpasir, adalah perlu menggunakan papan penahan/sheeting
dengan dipasang rapat melintang menutupi keseluruhan teping peparit. Papan penahan ini
diperkuatkan kedudukannya dengan sokongan penahan tegak.

Tanah Lembik/longgar- Penahan Kotak


Pugak /Box Vertical Sheeting

Tanah lembik memerlukan papan penahan yang


dipasang rapat antara satu sama lain. Berbeza cara
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 15 drp : 35

6.0 REKABENTUK DAN JENIS TERKINI DALAM SiSTEM TUPANG


PENAHAN PEPARIT –

➢ Sistem Penahan Peparit Aluminium


Unit tupang aluminium mempunyai sokongan
tebing sehingga kedalaman peparit 1.75m,
sangat lazim digunakan untuk meletak saluran
gas dan air.Bagi tupang penuh, panel –panel
dihubungkan dengan pepasang dan pin-pin

➢ Jenis-jenis Tupang Terkini

➢ Tupang Pneumatic/hidraulik
➢ Tupang Jek berskru
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 16 drp : 35

➢ Aplikasi tupang hidraulik aluminium pada peparit cetek

Sistem sokongan hidraulik biasa digunakan bagi menyediakan sokongan sementara atau sokong
yang boleh bergerak sementara sokongan lain (timbering) dipasang padanya. Apabila peparit
telah ditupang sepenuhnya,sistem sokongan hidraulik ini perlu ditanggalkan bagi mengelakkan
kerosakan.

KERJA PEMOTONGAN CERUCUK

Secara lazimnya, terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam bidang pembinaan iaitu :

(i) Cerucuk Spun (berbentuk bulat)

Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diamond Cutter. Ini kerana pemotongan dengan kaedah
ini lebih selamta dan kurang risiko jika dibandingkan dengan pemotongan Hacker. Ia juga boleh
mengelakkan kerosakan pada cerucuk spun yang sememangnya mudah rosak jika disalah potong.

(ii) Cerucuk RC (berbentuk segiempat)

Cerucuk RC biasanya dipotongan dengan menggunakan Hacker. Ini kerana cerucuk RC tidak mudah
rosak.

Pekerja sedang memotong cerucuk


DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 17 drp : 35

Pekerja sedang membantu untuk mengalihkan lebihan cerucuk menggunkan kren

Cerucuk yang telah dipotong


Pemotongan cerucuk adalah proses mengerat dan menyingkirkan cerucuk konkrit terlebih yang
telah ditanam dilokasi tapak bina. Melalui kaedah penggunaan mesin, yang dapat memegang
kedudukan cerucuk dengan kemas bagi membenarkan sebarang sudut incision disamping
memudahkan penyingkiran bahagian yang tidak diperlukan dengan selamat.

● Cerucuk perlu dipotong pada jarak spesifik.panjang yang dipotong perlu mencukupi bagi
membolehkan penyingkiran semua bahan yang musnah.Shell keluli atau sarung konkrit untuk
cerucuk konkrit tung ditempat/ in situ perlu dipotong pada jarak menegak spesifik sebelum diisi
dengan konkrit.

● Cerucuk konkrit Pratuang dan sarung konkrit perlu dikerat dalam kaedah yang boleh
menghindari kerosakan kepada bahagian cerucuk yang lain atau sarung atau kepada tetulang
yang terunjur yang diperlukan bagi menyambung cerucuk kepada struktur

Cerucuk kayu yang kepalanya perlu


ditutup dengan cap perlu dipotong
dengaan tepat supaya galasan yang tepat
diperolehi dan tidak memerlukan
pelapik/shims
Foto: Cerucuk yang sudah ditanam
sebelum dikerat
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 18 drp : 35

Alat-alat mengerat:

Hand-held Cut-off Saw


Powered Cut-Off Saws
Jackhammer
Heavy pneumatic breaker

Kaedah Automatik - Hydraulic pile breaking

Kaedah ini melibatkan penggunaan perkakasan hidraulik dipanggil beavers yang memecahkan
cerucuk pada arah melintang bersudut tepat dengan paksi cerucuk. Melalui kaedah ini Cerucuk di
mampat dengan dua rahang hidraulik yang memberi mampatan seragam pada empat sisi cerucuk.
Daya menegak selari dengan paksi memanjang cerucuk dikenakan bagi melengkapkan proses
keratin.

KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK (PILECAP)

Selepas kerja pemotongan cerucuk, kerja pembinaan yang seterusnya ialah kerja pembinaan pilecp.
Pilecap dibina sebelum pembinaan rasuk tanah. Pilecap ini dibian dari konkrit bertetulang. Jenis gred
konkrit yang digunakan dalam pembinaan pilecap ialah G25 nisbah bancuhan yang digunakan ialah
1:1½:3 dan jenis simen yang digunakan ialah simen Portland biasa.

Kerja penimbusan tanah untuk menutupi pilecap dijalankan selepas kerja pemotongan cerucuk selesai.
Kerja penimbusan ini dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan pada pilecap.

Konkrit alas mengandungi batu baur, pasir dan simen yang dibancuh dengan sebati dan dicampur air.
Prosedur yang digunakan untuk menempatkan konkrit alas adalah sama seperti mana proses
konvensional penuangan konkrit. Penempatan konkrit alas amat perlu terutama dalam kerja
pengkonkritan struktur bawah seperti asas,rasuk bawah dan lantai bawah padu.

2.0 KONKRIT ALAS/ LEAN CONCRETE

i. Konkrit alas dibuat dengan kadar bancuhan simen yang rendah. Ini bermakna bancuhannya
tidak sekuat seperti mana bancuhan konkrit normal. Bancuhannya juga boleh menggunakan
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 19 drp : 35

bahan konkrit yang standard. Keadaan ini menjadikan konkrit alas lebih murah, mudah dibuat
dan digunakan.
ii. Bancuhan konkrit alas melibatkan penggunaan batu baur , kandungan simen dan air yang
rendah.
iii. Bahan dilapis tanpa sambungan selain dari sambungan binaan,dimampat dan diawet.

Kegunaan :

i. Ia digunakan dalam ruang dimana sokongan dan kekuatan tidak kritikal. Kontraktor mungkin
menggunakan konkrit alas bagi memenuhi ruang atau sambungan dan bukan untuk tugasan
struktur. Ini boleh membantu mengurangkan kos bagi keseluruhan projek pembinaan. Bancuhan ini
juga lebih cair berbanding konkrit biasa.

ii. Menyediakan permukaan yang rata bagi menerima besi tetulang dan struktur asas utama seperti
asas rakit, asas pad , lantai bawah padu dan sebagainya ditempatkan.

50mm konkrit alas

iii. Bagi melindungi asas utama daripada tanah dibawahnya yang menjejaskan dan melemahkan
konkrit disebabkan kelembapan atau bahan kimia dalam tanah seperti sulfat.

iv. Menyediakan permukaan yang teguh bagi memastikan lapisan membrane kalis lembab tidak
terkoyak disebabkan batu kelikir tajam. Jika lapisan membran terkoyak, lembapan dari bawah tanah
akan menyerap melalui tindakan kapilari dan boleh menyebabkan lantai bawah basah atau lembab.

v. Menghindari dari berlaku mendapan yang boleh menyebabkan tiangnya tenggelam dan memberi
kesan kepada arasnya.

Komposisi

● Konkrit alas / Lean concrete terdiri dari bancuhan simen Portland, batu baur halus dan air dengan
nisbah bancuhan yang sesuai .
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 20 drp : 35

● Nisbah bancuhannya adalah pelbagai. Nisbah atau ratio bancuhan nominal adalah 1:3:6 / 1:4:8 /
1:5:10 / 1:8:16 diletak dibawah asas konkrit. Bagaimanapun melalui ekperimen pembinaan sebenar
yang nisbah 1:8:16 mampu mengurangkan kos pembinaan asas konkrit.

Rajah dibawah menunjukkan keratan asas dengan lapisan konkrit alas dibawahnya.

TIANG TUNGGUL

Tunggul tiang merupakan komponen sub struktur yang pugak dimana ia ialah komponen tiang yang
berada di bawah tanah juga dikenali sebagai Column Stump.

Apakah Tunggul Tiang?


Tunggul tiang dibina di atas tukup cerucuk dan terus bersambung dengan tiang bangunan.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 21 drp : 35

Tujuan Tukup Cerucuk.


Tunggul tiang merupakan komponen yang memindahkan beban daripada rasuk dan bumbung ke
tukup cerucuk dan terus ke cerucuk dan tanah dibawahnya.

Membina Tunggul Tiang

● Tunggul tiang dibina di atas tukup cerucuk dengan menggunakn konkrit bancuhan 1:3:6.
● Tetulang bagi tunggul tiang disediakan terlebih dahulu.
● Kotak acuan bagi tunggul tiang disediakan dan dikukuhkan pada kedudukannya.
● Konkrit dituang kedalam acuan.

GAMBARAJAH TUNGGUL TIANG

Rajah: Kumpulan-kumpulan Cerucuk


DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 22 drp : 35

KERJA PEMBINAAN RASUK BUMI

Dalam Pembinaan bangunan, struktur rasuk bumi berada diparas ketiga selepas struktur asas dan
stump. Rasuk bumi dibina di atas tiang tunggul / stump yang perlu diunjurkan 1'-0" bagi memudahkan
febrikasi tetulang. Oleh itu kotak bentuknya perlu dibina dan didirikan di atas tiang tunggul / stump
yang menyokongnya. Pembinaannya memerlukan penyediaan ruang yang teliti di mana ruang
kedudukan rasuk dibersihkan, dibuat peparit dan mungkin perlu dibina dalam peparit yang disediakan
tersebut.

Prinsip Pembinaan Kotak Bentuk Rasuk Bumi

Prinsip pembinaan kotak bentuk rasuk bumi memerlukan penelitian secukupnya sebelum kotak bentuk
difebrikasi menutupi besi tetulang berkenaan. Beberapa kaedah perlu dipatuhi bagi menghasilkan
kualiti struktur yang baik. Di antara kaedah yang perlu diberi perhatian adalah :
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 23 drp : 35

● Besi t tetulang dari tiang tunggul / stump perlu diunjur keluar supaya besi tetulang tiang dan besi
tetulang rasuk bumi yang difebrikasi melintang di atas stump dapat diikat dan dikemaskan
posisinya.
● Terdapat dua cara mendirikan kotak bentuk iaitu sama ada mendirikannya setelah besi tetulang siap
di tempat dan dipasang pada posisinya sepenuhnya atau mendirikan kotak bentuk terlebih dahulu
diikuti pemasangan besi tetulang.
● Setelah siap pemasangan besi tetulang pada posisinya, kotak bentuk didirikan pada kedua-dua belah
sisi rasuk. Kedudukannya perlu betul-betul kemas, rapat dan teguh bagi mengelakkan kehilangan
air konkrit yang boleh menyebabkan honey combing.
● Pembinaannya mestilah kuat dan kukuh untuk menahan getaran semasa kerja–kerja pemadatan
konkrit dijalankan.

Reka Bentuk Rasuk Tingkat Bumi Dan Komponen-Komponen Kotak Bentuk

Komponen kotak bentuk terdiri daripada dua unit pampan acuan / sisi yang dirikan antara sisi ke sisi
jarak mengikut ketebalan rasuk yang ditetapkan.

Reka bentuk kotak bentuk:

● Reka bentuk dan posisi rasuk bergantung pada reka bentuk bangunan di atas pelan.
● Ketinggian / kedalaman pampan tepi sebelah luar bagi Rasuk Sisi bangunan direka lebih tinggi
dari pampan tepi sebelah dalamnya. Ia bertujuan menerima atau menampung ketebalan lantai
yang akan bergabung dengan rasuk.

Pampan tepi luar lebih tinggi


dari pampan tepi dalam

Pampan tepi dalam

● Bagaimanapun kaedah ini tidak tetap bergantung pada kehendak pelan. Sekiranya lantai bawah
padu perlu dibina bersebelahan rasuk (tidak bergabung) maka ketinggian kedua-dua pampan tepi
acuan adalah sama.
● Jika struktur lantai, rasuk dan tiang bergabung maka reka bentuknya perlu disesuaikan dengan
pemasangan dan posisi besi tetulangnya.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 24 drp : 35

Mendirikan Kotak Bentuk Rasuk Bumi

Teknik mendirikan rasuk bumi adalah pelbagai mengikut kesesuaian kerja, lokasi dan posisi rasuk.
Terdapat dua cara pemasangan berpandukan gambar rajah di bawah iaitu:

(a) Dilakukan dengan memasang dan meletak tetulang di sepanjang kedudukannya terlebih dahulu
kemudian diikuti dengan memasang pampan tepi acuan.
(b) Mendirikan pampan tepi acuan terlebih dahulu dan diikuti dengan memasang dan meletak besi
tetulang.

(a) Menunjukkan besi tetulang (b) Menunjukkan kotak bentuk yang


didirikan di sepanjang posisinya, tiada siap dipasang, besi tetulang diletak di
kotak bentuk kelihatan didirikan di sepanjang posisinya, dengan ditahan
peringkat ini. oleh beloti.

Persediaan awal mendirikan kotak bentuk Rasuk Bumi

Sebelum mendirikan kotak bentuk berkenaan, beberapa penentuan perlu dilakukan bagi melancarkan
kerja. Apa yang perlu adalah dengan merujuk dan mentafsir pelan projek yang melibatkan binaan
rasuk bumi. Berdasar reka bentuk kotak bentuk :

i. Jika binaan rasuk bumi melibatkan kombinasi besi tetulang antara struktur lain, maka pembinaan
kotak bentuknya perlu disesuaikan dengan tetulang struktur berkenaan seperti tetulang lantai, tetulang
rasuk dan tetulang tiang.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 25 drp : 35

•Bagi struktur lantai yang digabung dengan rasuk bumi (rasuk sisi), Pampan acuan sisi di
sebelah luarnya akan lebih tinggi bagi menampung ketebalan lantai.
Bagi struktur tiang yang digabung dengan rasuk
bumi, tempatkan kotak bentuk tiang
mengelilingi besi tetulang tiang stump sedia
ada. Sangga dan topangkan pampan yang
didirikan bagi mengukuhkan kedudukannya

ii. Jika binaannya tidak melibatkan kombinasi maka saiz tinggi pampan acuan perlu dibina sama tinggi.
Oleh itu buat penentuan dan penetapan reka bentuk kotak terlebih dahulu.

Peraturan Keselamatan Pembinaan Kotak Bentuk

i. Pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina kotak bentuk mengikut penentuan-
penentuannya. Elakkan dari menggunakan bahan-bahan cacat
ii. Pemasangan kotak bentuk mestilah kukuh, disokong dengan tegak menggunakan papan pengalas
dan baji pada kaki jermang / tiang.
iii. Semua jermang / tiang hendaklah dipasak dengan rembat dan topang.
iv. Lakukan pemeriksaan sebelum menuang konkrit ke dalam kotak bentuk bagi memastikan
kekukuhannya.
v. Kawasan pembinaan kotak bentuk hendaklah dipagar.
vi. Permukaan dalaman kotak bentuk hendaklah disapu minyak, air sabun atau cat kapur supaya
konkrit tidak melekat dan menyukarkan kerja-kerja menanggal nanti.
vii. Basahkan pampan acuan dengan air supaya ia tidak menyerap terlalu banyak lembapan dari konkrit
basah.
viii. Jangan biarkan bahan-bahan tidak terpakai, alat-alat dan sampah sarap berselerak.
ix. Papan tanda amaran mengutamakan keselamatan hendaklah dipamerkan.

KERJA PEMBINAAN STRUKTUR SLAB - LANTAI KONKRIT BAWAH PADU

Konkrit yang dituang perlu ditahan sehingga ia keras secukupnya bagi membentuk struktur seperti
diperlukan. Dalam binaan struktur lantai bawah padu, konkrit basah dituang dan ditahan oleh penahan
sementara seperti pampan / shuttering yang dikenali sebagai kotak acuan atau kerja bentuk. Kerja
bentuk bagi lantai bawah tidak terlalu komplek dan lebih mudah. Bagaimanapun seperti kotak-kotak
acuan yang lain, binaannya hendaklah kukuh dan mampu menahan tekanan yang dihasilkan dari
konkrit basah.

Jenis-Jenis Kotak Acuan / Kotak Bentuk

Terdapat dua jenis utama kotak bentuk bagi membina lantai bawah padu iaitu Keluli dengan jenama
“Roadform” dan Pampan kayu.

Roadform
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 26 drp : 35

i. Roadform popular di kalangan kontaktor professional dan digunakan di tapak bina kerana
keteguhan dan kekuatannya. Ia juga mampu bertahan dalam keadaan tapak bina yang lasak dan
yang jelas ia tidak patah. Boleh diguna berulang kali dan tidak memerlukan kemahiran tinggi untuk
memasangnya.

Terdiri daripada seksyen-seksyen berbentuk saluran (channel-shaped steel ) yang biasanya 3 meter
panjang dan sama ada 100, 150 or 200mm kedalaman , dengan 3 pendakap pengikat yang dipasang
pada sisian belakang serta kelengkapan lidah gelungsor (sliding tongue-fitting) yang membolehkan
unit-unit bersebelahan digabungkan. Unit-unit di pacang bagi menyesuaikan dengan ketebalan konkrit
tetapi tidak melebihi daripada 2 unit tinggi roadform dengan ketinggian maksimum 400mm disebabkan
ketinggian pin keluli yang terbatas

ii Roadform dikemas pada kedudukannya oleh pin keluli yang panjangnya 600mm, dimasukkan ke
dalam staking bracket dan ditanam ke dalam tanah dengan penukul. Setiap seksyen Roadform
dijajarkan dan dikunci kedudukannya dengan mengetatkan baji pengikat supaya ia mencengkam pin
keluli dengan sokongan staking bracket.

Pin Keluli
baji Pendakap pacang

Pampan kayu / timber shuttering

i.Pampan kayu/ timber shuttering adalah salah satu unit dalam binaan kotak acuan. Kelebihannya
berbanding roadform adalah dari segi kaedah membinanya di mana kotak acuan kayu boleh dibina di
tapak bina bagi disesuaikan dengan sebarang keadaan,bentuk dan kedalaman maksimum. Bagi
struktur tegak,penggunaan rembat menjadi semakin komplek dan memerlukan reka bentuk pakar.
Begitu juga aplikasi baji bagi mengekalkan jajaran kotak acuan yang didirikan.

ii. Pampan acuan tepi direka dan dibina dalam dua cara iaitu :

● pampan kayu padu iaitu pampan acuan mengikut standard lebar papan
● pampan berangka iaitu pampan yang difebrikasi dengan penggunaan kerangka.
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 27 drp : 35

● Reka bentuknya lebih komplek dan kerja-kerja mendirikannya banyak melibatkan sokongan
rembat dan pacang-pacang kayu.

Mendirikan Kotak Acuan


INCLUDEPICTURE
"http://www.diyinfozone.com/
wp- Dalam proses mendirikan kotak acuan untuk binaan lantai bawah padu terdapat beberapa prosedur dan
langkah kerja yang perlu diikuti dan dipertimbangkan. Prosedur awal adalah memilih jenis kotak
content/uploads/2011/07/form
acuan. Pemilihan jenis kotak acuan perlu disesuaikan dengan keperluan dan lokasi.
work-for-laying-
concrete.jpg" \*
Mendirikan Kotak Acuan “Roadform”
MERGEFORMATINET

i. Bersih dan singkirkan lapisan tanah atas


ii. Tanamkan pin keluli / pancang keluli (staking pin) dengan teguh ke dalam tanah.
iii. Pasangkan Roadform dengan memasukkan pacang keluli ke dalam staking bracket dan
diperkemas dengan baji. Bilangan unit roadform bergantung kepada ketebalan struktur lantai.
Ketebalan lantai antara 100mm-200mm memadai dengan ketinggian satu unit roadform dan ia
boleh digandakan jika ketebalan melebihi 200mm sehingga 400mm

iv. Jajar, tegak dan araskan kedudukan roadform dengan bantuan rentangan tali atau
aras laser (laser level)
v.Ketinggian pin pacang keluli (steel stake pins ) hendaklah di bawah paras Roadform supaya kerja-kerja
penurapan permukaan lantai dapat dilakukan tanpa ada halangan
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 28 drp : 35

Rajah menunjukkan kotak bentuk Lantai bawah padu yang


dilengkapi dengan pemasangan tetulang

Langkah-Langkah Keselamatan

i. Pemasangan acuan mestilah kukuh. Acuan hendaklah disokong dengan tegak menggunakan papan
pengalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang pula hendaklah dipasakkan dengan rembat
atau topang.
ii. Pemeriksaan mestilah dibuat sebelum penempatan konkrit ke dalam acuan untuk memastikan
bahawa acuan adalah kukuh.
iii. Kawasan pembinaan tempat acuan dipasangkan hendaklah dilindungi dengan pagar supaya orang
awam tidak masuk dan juga tidak terlanggar oleh kenderaan.
iv. Permukaan dalam acuan hendaklah disapu dengan minyak, air sabun ataupun cat kapur supaya
konkrit tiak melekat padanya dan akan menyebabkan kesulitan apabila acuan tersebut dibuka nanti.
v. Bahan-bahan yang tidak dipakai, alat-alat dan sampah sarap tidak harus dibiarkan berselerak.
vi. Papan tanda memberi amaran bahaya dan mengingatkan pekerja-pekerja mengutamakan
keselamatan hendaklah didirikan.

KERJA PEMBINAAN STRUKTUR TIANG

Kotak bentuk untuk tiang disebut juga sebagai kotak tiang kerana binaannya yang menyerupai kotak
yang menutupi keempat-empat sisi. Komponen kotak bentuk tiang terdiri daripada 4 unit. Pampan sisi
boleh dibina daripada papan padu atau plywood setebal 12mm dan keluli yang siap disediakan dalam
saiz tertentu. Kotak tiang selalunya dibina dan didirikan serentak dengan pemasangan besi tetulang
yang dipasang (diikat) pada tetulang yang terjulur keluar dari rasuk bawah dengan panjangnya melebihi
kotak bentuk. Ia dilakukan untuk membolehkan pula besi tetulang baru disambung bagi membina tiang
seterusnya atau lantai di atasnya.

Prinsip-Prinsip Pembinaan Kotak Bentuk Tiang

Kotak bentuk Tiang Persegi

i. Fungsi utama kotak bentuk tiang ialah untuk membentuk tiang (bentuk persegi atau bulat) bagi
membolehkan pembinaan tiang yang telah ditentukan .
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 29 drp : 35

ii. Seperti mana struktur lintel, kotak bentuk tiang dibina dengan 2 cara mengikut cara tuangannya
iaitu
● Tuang kemudian /cast in- situ
● Pratuang / Precast
iii. Kedua-dua cara ini menggunakan kotak bentuk kayu atau keluli. Bagaimanapun cara tuang
kemudian sering menggunakan kotak acuan kayu. Kotak ini difebrikasi terlebih dahulu dengan
memasang kayu-kayu pelapis .
iv. Cara Pratuang / precast biasanya menggunakan kotak bentuk keluli kerana mudah ditanggal
dan diguna semula tanpa berlaku kerosakan. Unit-unit panel digabung antara satu sama lain
dengan aplikasi apit serta bol dan nat. Panel-panel boleh difebrikasi dalam jumlah yang banyak
dengan bentuk dan saiz yang diperlukan. Amat sesuai bagi struktur-struktur bulat dan
melengkung.
v. Kotak bentuk Pratuang / precast keluli sering menjadi pilihan bagi memenuhi keperluan
projek-projek berskala besar dan dalam situasi di mana jumlah maksima panel-panel
pampan boleh diguna semula .
vi. Bagi kotak tiang kecil, saiz belebas dan rempatnya adalah 25mm x 50mm dan bagi kotak tiang
yang lebih besar, saiznya berubah kepada 50mm x75mm atau 50mm x 100mm. Semuanya ini
difebrikasi pada jarak yang sesuai bergantung kepada saiz kotak dan posisinya sama ada
bahagian atas atau bawah kotak.
vii. Pembinaannya tidak terhad kepada satu unit sahaja malah dibina dalam jumlah tertentu mengikut
keperluan pembinaan tiang-tiang yang telah ditetapkan. Unit-unit kotak tiang ini didirikan sejajar
dengan tiang-tiang lain yang bersebelahan, tembok dan muka bangunan.
viii. Pampan-pampan tepi kotak dicantum dengan memaku “hidup” dan pemasangannya dikuatkan
dengan menggunakan pengapit-pengapit. Kerja-kerja pengapit boleh menggunakan pengapit-
pengapit khas keluli atau pengapit kayu “kuk” menggunakan 2 batang bar keluli pengikat yang
boleh diketatkan dengan bol dan nat serta bantuan baji.

a) Pengapit Keluli
Paku bagi menahan sementara
apit

Hujung apit dikunci


dengan lengan

Apit kolum keluli berlaras


Lengan apit sedia untuk dikunci
disekeliling kotak bentuk

b) Kuk & Bar Pengikat


PAMPAN TEPI Baji
BEROTI Lengan apit
PELAPIK
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 30 drp : 35

Ø16mm Bar
Pengikat

Apit Kolum dalam posisi pemasangan


BEROTI
PENETAP

Kotak bentuk Tiang Bulat

i. Binaan Kotak tiang bentuk bulat lebih complicated dengan penglibatan komponen yang lebih
khusus. Struktur kotaknya dibina 2 unit separuh bulat dengan pampan-pampan sisi yang
difebrikasi melengkung / bulat menggunakan kayu. Penggunaan kotak bentuk tiang keluli adalah
lebih mudah dan popular khususnya bagi binaan pratuang.
ii. Kotak acuannya memerlukan beberapa unit anggota dipanggil collar atau yoke yang dibentuk
melengkung. Pampan-pampan mengandungi 2 unit (separuh bulat) dan terdiri daripada kayu
(lagging) dibelah halus dengan saiz bergantung kepada garis pusat kolum cth: 50mm x 32mm.
Dipaku pada bahagian lengkung kolar / collar yang susun pada jarak yang tertentu
iii. Khusus bagi tiang-tiang utama bersaiz besar sama ada bulat atau persegi, bahagian tengah dibuat
berongga dengan menggunakan paip Fiber atau paip plastik yang dipasang sebagai acuan kekal
atau sebagai saluran paip air hujan.
RIB Kolar dalam 2 unit
separuh bulat

bol & nat

Lagging

BAJI
2 unit Keluli pugak separuh bulat
untuk kotak tiang separuh bulat
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 31 drp : 35

Reka bentuk bagi kotak bentuk tiang Oktagon

Kotak Bentuk Tiang Oktagon

Pampan-pampan diikat dan dikemaskan dengan menggunakan apit standard untuk tiang. Pepenjurunya
dilapik menggunakan kayu. Sebagai altenatif, tali pengikat keluli / metal strap digunakan bagi
mengemaskan pemasangan pada pepenjuru kotak.

Rekabentuk Kotak Bentuk Tiang Dan Komponen

Komponen kotak bentuk

Komponen kotak bentuk Kolum/Tiang terdiri daripada panel-panel pampan yang digabung menjadi
bentuk yang dikehendaki seperti empat persegi, bulat dan oktagon

Reka Bentuk Kotak Bentuk

Keperluan dan reka bentuk pembinaan kotak bentuk tiang berubah-berubah mengikut ketetapan
spesifikasi dan posisinya dalam bangunan. Secara spesifik terdapat tiang yang bersambung dengan
rasuk dan slab. Oleh itu ia perlu direka bentuk bagi memenuhi keperluan tersebut. Gambar rajah
berikut menjelaskan sebahagian reka bentuk yang dimaksudkan.

BAHAGIAN ATAS KOTAK BENTUK TIANG


BERSAMBUNG DENGAN KOTAK BENTUK
RASUK ATAS DAN GELEGAR
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 32 drp : 35

Untuk kotak tiang bersaiz kecil, pelapis-pelapis boleh difebrikasi pada jarak 600mm dan bagi kotak
yang lebih besar, jaraknya pada bahagian bawah dirapatkan pada ukuran 350mm kerana tekanan sisi
konkrit basah pada bahagian ini lebih kuat. Jarak –jarak pelapis ini dijauhkan pada bahagian atas
sehingga 600mm.
Lihat gambar rajah di bawah.
Pampan-pampan tepi boleh difebrikasi sama ada dengan kayu padu, plywood atau tersedia dari keluli.
Bagi pampan yang menggunakan plywood tebal 12mm, ia perlu difebrikasi dengan membuat kerangka
di sekelilingnya (memasang komponen waler & Noggin- kompetensi 1) Lihat gambar rajah di bawah

Sesetengah bahagian permukaan dalaman kotak bentuk tiang bulat direka bentuk bagi membolehkan
lapisan kepingan aluminium disalut untuk menghasilkan permukaan konkrit yang licin.

Mendirikan Kotak Bentuk Tiang/Kolum (Tuang Kemudian)

Kotak bentuk tiang didirikan secara bersendirian . Walaupun kerja-kerja mendirikannya dibuat
melebihi satu unit,binaannya masih tidak disandarkan pada struktur lain. Oleh itu ia memerlukan
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 33 drp : 35

tupang, perembat atau beloti penetap untuk memegang antara kotak tiang dengan kotak tiang yang
lain.

Persediaan Awal Membina Kerja Bentuk Tiang

i. Sediakan ruang dan permukaan bukaan tembok


ii. Sedia dan bawakan komponen-komponen kotak bentuk yang diperlukan ke tempat kerja.
iii. Sebelum kerja-kerja mendirikan kotak bentuk tiang, adalah penting memeriksa lokasi grid
berkaitan kedudukan anggota–anggota struktur yang sedang dibina dengan tepat. Lokasi, saiz
tiang, tinggi, penyudahan perlu diperjelaskan daripada dokumen tapak. Lazimnya pancang
ukur tapak akan membataskan posisi grid lokasi, oleh itu offset mungkin diperlukan. Adalah
menjadi tanggungjawab kontraktor sebelum mendirikan kotak bentuk, memeriksa dokumen
tapak untuk memastikan posisi tepat anggota struktural berkenaan. Berikut adalah beberapa
perkara yang perlu dilakukan sebelum memulakan kerja mendirikan kotak.
● Ketahui urutan mendirikan kotak bentuk tiang
● Pasangkan jika perlu kayu-kayu sisi, keluli pepenjuru,kepingan aluminium dan kepingan
arris pada bahagian dalaman kotak
● Sebelum meletakkan kotak pada posisi, periksa besi tetulang bagi memastikan ianya tersedia
untuk difebrikasi.
● Bina tunggul konkrit atau Kicker di atas rasuk (optional). Tunggul ialah papak konkrit
setinggi 75mm menjadi sebahagian kaki tiang. Ia dibuat dengan menggunakan acuan
berasingan dengan saiz lebih kecil daripada saiz lubang kotak tiang.

MENDIRIKAN KOTAK BENTUK TIANG (Pratuang / precast)

Cara membina Kotak bentuk Tiang Pratuang


i. Pembinaan tiang pratuang memerlukan kotak bentuk yang lebih fleksibel mudah alih
dan boleh diguna semula.
ii. Mendirikan kotak bentuk tiang persegi hanya memerlukan empat komponen iaitu:
● Panel dari pelbagai saiz
● Sesiku Luar / external corner angles
● Set baji untuk tiang
● Tiang atau penyangga boleh laras
/ adjustable prop
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 34 drp : 35

iii. Semua unit panel kotak bentuk digabungkan dengan memastikan besi tetulang berada
dalam kotak pada posisinya. Dirikan dan tupang mengikut prosedur yang ditetapkan.
Rujuk arahan daripada pihak pengilang.
iv. Tuang Konkrit ke dalam acuan dengan mematuhi prosedur konkrit.
v. Struktur yang telah tersedia akan dibawa ke tempat kerja untuk pemasangan.

tupang

Sesiku Luaran
Kotak bentuk Tiang Pratuang
DCA 1343 BUILDING CONSTRUCTION 1 Muka : 35 drp : 35

PERATURAN KESELAMATAN PEMBINAAN KOTAK BENTUK

i. Pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina kotak bentuk mengikut penentuan-
penentuannya. Elakkan dari menggunakan bahan-bahan cacat
ii. Pemasangan kotak bentuk mestilah kukuh,disokong dengan tegak menggunakan papan pengalas
dan baji pada kaki jermang / tiang.
iii. Semua jermang/tiang hendaklah dipasak dengan rembat dan tupang.
iv. Lakukan pemeriksaan sebelum menuang konkrit ke dalam kotak bentuk bagi memastikan
kekukuhannya.
v. Kawasan pembinaan kotak bentuk hendaklah dipagar.
vi. Permukaan dalaman kotak bentuk hendaklah disapu minyak,air sabun atau cat kapur supaya konkrit
tidak melekat dan menyukarkan kerja-kerja menanggal nanti.
vii. Basahkan pampan acuan dengan air supaya ia tidak menyerap terlalu banyak lembapan dari konkrit
basah.
viii. Jangan biar bahan-bahan tidak terpakai, alat-alat dan sampah sarap berselerak.
ix. Papan tanda amaran mengutamakan keselamatan hendaklah dipamerkan.

Rujukan:

1. Mohd Nasarudin Ali (2015). Asas Pengurusan Pembinaan. IBS Buku Sdn. Bhd.
2. R. Barry (2007). Kursus Seni Bina Jiid 1. IBS Buku Sdn. Bhd.
3. Jahiman Badron (2015). Teknologi Binaan Bangunan. IBS Buku Sdn. Bhd.
4. Zuklifi Hanafi (2009). Reka Bentuk Bangunan Dalam Iklim Panas dan Lembap di Malaysia.
Amber-Solara Publication.
5. A.M Neville & J.J Brooks (2012). Teknologi Konkrit. ITBM

Anda mungkin juga menyukai