1) Dasar Awam
Dasar Awam mempunyai banyak definisi. Namun secara umumnya, perkataan dasar
merujuk kepada tingkah laku beberapa aktor (pelaku) tertentu dalam pembuatan dasar
awam yang rasmi seperti agensi-agensi kerajaan atau badan perundangan dalam
linkungan aktiviti tertentu misalnya seperti pengangkutan awam, kemudahan
pendidikan dan perlindungan kepada pengguna. Selain itu dasar awam juga merujuk
kepada kepada keputusan kerajaan dalam memilih dan membuat ataupun tidak
sesuatu perkara. Mengikut (Anderson 2000:1) menjelaskan bahawa dasar awam dari
segi pelaksanaan dan perkembangannya yang secara sistematik berkaitan dengan
pengetahuan terhadap tingkahlaku politik dan tindakan yang diambil oleh pihak
kerajaan, dengan erti kata lain dasar awam secara saintifiknya membentuk
pemahaman asas kita dalam proses pembuatan dasar awam yang dikatakan sebagai
proses politik samada mempunyai matlamat “baik” atau “betul”. Oleh sebab itu,
(William N.Dunn 1994: 15) mengatakan proses pembuatan dasar awam merupakan
sesuatu siri yang bersifat intelektual yang melibatkan proses politik.
2) Pendekatan Logik-Positif
Pendekatan logik-positif ini yang sering kali dikenali dan dikaitkan dengan
pendekatan kelakuan atau pendekatan saintifik yang menganjurkan penggunaan teori
deduktif , model pengujian hipotesis, data mentah, kaedah perbandingan dan analisis
statistik mendalam ( rigorous). Saintifik dalam konteks ini mempunyai banyak makna.
Pertama ia bermaksud penjelasan penggunaan konsep utama dalam analisis
polisi,sebagai contoh konsep seperti pelaksanaan polisi didefinasikan dengan lebih
teliti berbanding dengan masa lepas. Sebelum ni , pelaksanaan telah didefinasikan
sebagai dikotomi “ya” atau “tidak” berbanding dengan proses merangka garis
panduan, memperuntukkan data, memantau prestasi dan menyemak semula statut.
Kedua ia bermakna melakukan pencarian daripada satu teori kelakuan polisi yang
eksplisit dan menguji teori ini dengan hipotesis. Ketiga ia bermaksud penggunaan
data ( hard data), membina pengukuran yang baik dalam sesetengah fenomena dan
(secara idealnya) menguji sesetengah penerangan melangkaui masa. Pendekatan ini
bermula dengan “revolusi kelakuan” dalam sains sosial selepas perang dunia kedua.ia
telah berkekalan selama lebih 50 tahun dan menjadi pendekatan epistemological yang
dominan dalam bidang sains politik. Pendekatan saintifik ni dikatakan dibuat
bukanlah tanpa kritikan.namun begitu mereka mendebatkan bahawa ia menganggap
proses polisi sebagai satu “projek nasional” . Sebetulnya proses polisi lebih kompleks
daripada perspektif ini, dan ia tidak bersandarkan dirinya kepada analisis . Kritikan ini
telah mengambil bentuk suatu nyah-pembinaan ( deconstructution postpositivst)
dalam kaedah kelakuan tradisional dan menghujah bahawa pendekatan penyertaan
dalam analisis polisi awam sebagai gantinya .
3) Pendekatan Penyertaan
Pendekatan penyertaan berkait dengan pendemokrasian penyertaan awam dalam
pembentukan polisi . Pendekatan ini digunakan untuk menilai peranan pelbagai
pelaku atau aktor dalam pembuatan polisi . pendekatan ini juga terlibat dalam sidang
dengar secara terbuka untuk semua pihak daripada pihak berkuasa hinggalah rakyat
biasa ,ia bertujuan supaya maklumat dikumpulkan agar pihak pembuat keputusan
boleh membuat cadangan dan keputusan yg lebih baik . ini penting sebagai petunjuk
dalam penetapan agenda, formulasi politik dan pelaksanaan polisi berbanding
peringkat lain dlm proses tersebut.
4) Dasar Substantif dan Prosedural
Dasar substantif melihat kepada apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan seperti
pembinaan lebuh raya, pembayaran faedah kebajikan kepada masyarakat,pencegahan
wabak penyakit , kawalan pencemaran dan sebagainya. Dasar substantive secara
langsung memberikan kelebihan dan kekurangan ( kelemahan ) atau kebaikan dan
keburukan serta faedah kepada rakyat.
Sementara dasar Prosedural ( peraturan) pula adalah sebaliknya . ia berkaitan dengan
persoalan bagaimana sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau dilaksanakan oleh
pihak kerajaan atau siapa yang terbabit dalam perlaksaannya dan bagaimana sesuatu
tindakan boleh diambil. Ia bermakna dasar-dasar procedural ini melibatkan
penyediaan undang-undang untuk penubuhan agensi-agensi pentadbiran, mencegah
perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang atau keadilan, menentukan
proses dan teknik yang boleh digunakan di dalam program mereka ( pembuat dasar)
dan menyediakan bidang tugas presiden atau perdana menteri , kehakiman dan lain-
lain di bawah kawalan operasinya.
5) Dasar Simbolik dan Material
Dasar simbolik merupakan suatu dasar yang bertujuan memberikan perangsang
kepada masyarakat dengan cara yang simbolik. Apabila disebut simbol, ia melibatkan
aspek-aspek tertentu dalam sesebuah negara sebagai lambang kebesaran. Contohnya
negara Malaysia , terdapat beberapa lambing kebesaran negara seperti bendera jalur
gemilang , bunga kebangsaan iaitu bunga raya dan rukun negara sebagai ideologi
negara serta lagu kebangsaan negaraku. Sekiranya lambing kebesaran negara seperti
ini dihina maka ia boleh menimbulkan kemarahan pemimpin dan rakyat sehingga
boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Dalam pada masa yang sama , dasar-
dasar simbolik ini juga boleh dikaitkan dengan semangat nasionalisme dan politik.
6) Model Deksriptif
Model Deksriptif ialah satu model di mana adalah untuk menerangkan dan untuk
meramal punca-punca serta kesan-kesan pilihan dasar “ sebagai contih, model yang
menentukan perbelanjaan kebajikan dalam lima puluh buah negeri di amerika telah
menemui bahawa pembolehubah ekonomi lebih penting daripada pemboleh ubah
politik menerangkan variasi atau kepelbagaian bentuk perbelanjaan di antara negeri-
negeri . dalam hal ini, pendekatan dalam menentukan dasar awam menggunakan
model dekskriptif untuk meramalkan dan menerangkan punca dan kesan dasar awam.
Salah satu contoh model terbaik yang menggunakan Model Deskriptif ialah Laporan
Coleman ( Coleman Report ) , di mana dengan pelbagai penerangan tentang
pencapaian pelajar yang telah dinilai di antara satu sama lain . secara ringkasnya,
model ini banyak digunakan dalam karya-karya atau kajian mengenai dasar awam.
7) Model Normatif
Model Normatif digunakan sebagai alternatif kepada model Deskriptif. Kegunaan
model normatif ini adalah tidak hanya menerangkan dan atau meramalkan tetapi juga
menyediakan peraturan-peraturan dan memperakukan ( menganjurkan ) bagi
mengoptimunkan pencapaian beberapa nilai” . sebagai contoh kita berminat dalam
memastikan cara terbaik untuk mencegah kebuluran di dunia, kita menilai beberapa
dasar-dasar pilihan seperti bantuan makanan , bantuan kewangan , rancangan kawal-
kelahiran , pendidikan dalam usaha atau bentuk sumbangan mereka bagi meringankan
kebuluran. Hasil yang ditemui bahawa bantuan adalah mencegah atau mengurangkan
kebuluran. Bantuan makanan akan menyumbangkan pertumbuhan populasi, di mana
ia meningkatkan jumlah mereka yang akan mengalami kebuluran . Sebaliknya ,
program pendidikan dan teknologi mengawal kelahiran adalah lebih berkesan dalam
mengurangkan bilangan mangsa kebuluran .oleh sebab itu,ada model yang menerang
dan meramal seperti cadangan mengenai cara mengoptimunkan nilai – dalam kes
seperti membasmi kebuluran di negara sedang membangun.
8) Teori Institusionalisme
Teori institusionalisme merupakan satu teori yang mana ia merupakan satu kegiatan
institusi-institusi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam proses perancangan ,
pembuatan, pelaksanaan, penguatkuasaan dan juga penilaian.institusi –institusi
( semua agensi kerajaan) mempunyai kuasa yang sah bagi melaksanakan dasar yang
telah diluluskan oleh pihak kerajaan .jika sesuatu dasar belum dilaksanakan lagi dan
boleh dikuatkuasakan oleh institusi –institusi kerajaan , ia tidak boleh dianggap
sebagai satu dasar .melalui institusi tertentu seperti yang dinyatakan , kerajaan
berupaya menyalurkan agar dasar yang telah dilaksanakan sampai kepada semua
lapisan masyarakat.
9) Teori Elit
Teori elit merupakan salah satu model yang berpengaruh dalam pembuatan dan
analisis dasar awam. Elit di sini merujuk kepada elit politik. Ia merangkumi golongan
pemegang kuasa dalam sistem dan badan politik iaitu kerajaan bagi sesebuah negara.
Idea asas dalam teori elit adalah dasar awam terhasil atau digubal berdasarkan nilai
elit yang memerintah. Dalam teori ini , rakyat dilihat sebagai apati ( mati rasa dan
tidak kisah) , di mana tidak begitu mengambil tahu tentang dan tidak peduli mengenai
dasar awam yang telah digubal. Sebaliknya, rakyat seperti “berserah” dan akur
dengan keputusan yang dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan asalkan dasar tersebut
tidak menjejaskan kepentingan dan membebankan mereka, serta tetap memberikan
faedah. ( Harold D. Lasswell 1952:13)
Dalam teori ini , arahan daripada pihak atasan – arahan mengalir dari atas ke bawah
iaitu dari segi aliran kuasa ( flow of power) , semakin tinggi kedudukan dari segi
hierarkinya, maka semakin tinggi kuasanya. Dalam konteks ini , pemimpin dalam
cabinet akan memberikan arahan kepada pegawai dan pentadbir . kumpulan ini pula
akan menyebarkan dasar serta member arahan kepada rakyat.
10) Dasar Perindustrian Negara
Dasar Perindustrian Negara merupakan salah satu daripada usaha pembangunan
kerajaan dalam memajukan ekonomi negara. kerajaan melalui dsar perindustrian
negara mahu mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor pembuatan
menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Sekaligus mampu untuk memacu
ekonomi negara setanding dengan ekonomi negara maju yang lain. Antara objektif
yang terdapat di dalam Dasar Perindustrian Negara ialah menjadikan sektor
perkilangan sebagai pertumbuhan perindustrian negara dan ekonomi
keseluruhannya.Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber-sumber asli negara.
Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan
sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
11) Islam hadhari
Islam Hadhari dari segi istilah perkataan “hadhari” membawa maksud “yang
Bertamadun” atau islam yang menekankan aspek tamadun.dalam bahasa inggeris
“Civilizational Islam” dan dalam bahasa arab sebagai “Al Islam Al Hadhari.
Manakala takrif Islam hadhari secara lengkap ialah “suatu pendekatan pembangunan
manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada
perspektif “tamadun islam”. Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa pendekatan
islam hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding
pendekatan islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti islam bersifat politik ( Islam
al-SIyasi), islam bersifat tasawwuf ( Islam Al-sufi) dan seumpamanya. Islam hadhari
membawa maksud ajaran islam yang membawa focus kepada kehidupan untuk
meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang
unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa
sempadan , ekonomi global, budaya materialism, krisis identiti,jati diri serta
penjajahan pemikiran.pendekatan islam hadhari , tidak menolak pentingnya aspek
ritual dalam pembinaan tamadun.Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan
jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang
luhur.
12) Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA )
Bidang Keberhasilan Utama Negara dirangka untuk mengatasi segala halangan bagi
mencapai Wawasan 2020. Program Transformasi Kerajaan ini memperincikan
objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaan dalam bidang yang dikenal pasti
sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA).terdapat enam NKRA yang
telah diputuskan cabinet iaitu mengurangkan jenayah (Kementerian Dalam Negeri),
membanteras rasuah (Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri),
mempertingkat pencapaian pendidikan (Kementerian Pelajaran malaysia),
mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah(Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), mempertingkatkan infrastruktur
asas luar bandar(Kementerian Luar Bandar dan Wilayah) dan memperbaiki
pengangkutan awam bandar (Kementerian Pengangkutan). Demi mencapai NKRA,
kerajaan akan memberi keutamaan dari segi perhatian pemimpin, pengagihan
kewangan dan mendapatkan khidmat pegawai yang berbakat. Di samping itu, segala
input dan maklumbalas dari peringkat akar umbi, sektor swasta dan lain-lain akan
diperolehi dan diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya
13) Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA)
Merupakan salah satu program di bawah ETP ( Economic Tranformation
Programme) , Bidang Ekonomi Utama Nasional ini menfokuskan kepada 12 bidang
ekonomi utama negara. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang
berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga;
Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan,
Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan
Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater Kuala
Lumpur/Klang Valley.Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan
ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan
termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat
perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi
seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan
pada NKEA. Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan
keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan
pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam
sektor-sektor lain.Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu
mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan
menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi keutamaan juga
akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-
sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha penyusunan semula polisi
tertentu sektor-sektor tersebut dan dan perubahan regulatori. NKEA akan mendapat
tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan
pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan. Kerajaan
adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan
NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA
berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor
inidalam memacupembangunan ekonomi negara.
14) Program Transformasi Kerajaan (PTK/GTP)
Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’
Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua
objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi
lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas
keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia
ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan
standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah
mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan
ianya adalah: Mengurangkan jenayah, Membanteras rasuah, Mempertingkatkan
pencapaian pelajar, Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan
rendah, Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan Mempertingkatkan
pengangkutan awam bandar.
15) Program Transformasi Ekonomi (PTE/ETP)
Program Transformasi Ekonomi (PTE/ETP) atau dikenali juga “Economic
Tranformation Programme ) adalah satu usaha komprehensif yang akan
mentranformasikan Malaysia kea rah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang
2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita malaysia lebih
kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih AS$15000 atau RM48000 pada
2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara-negara
berpendapatan tinggi yang lain. Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan
membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020.
Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan
ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah
ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhidmatan
berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama. Lebih 3.3 juta
pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan
menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat
pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan
ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia. Akhirnya, pertumbuhan
akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi akan datang melalui
inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan
pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.
16) Indeks Penunjuk Prestasi (KPI)
KPI adalah satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi
menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang
disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi
( PKPA Bil. 2/2005 ). Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur
dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi
organisasi. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi
organisasi. Tujuan KPI adalah untuk memberikan pengukuran ke atas faktor-faktor
utama yang akan memberikan kejayaan jangka panjang kepada organisasi. Jika
mahu melihat KPI berfungsi dan memberi faedah kepada organisasi, ia harus diukur
secara berterusan dan mempunyai hubung kait dengan bidang yang ingin dilakukan
penambahbaikan. KPI boleh digunakan dalam beberapa kaedah seperti Directional
KPI iaitu memberikan ukuran yang baik atau lemah dalam bidang perkhidmatan yang
spesifik dan memantau sama ada terdapat penambahbaikan. Quantifiable KPI
diwakili oleh angka dan memberikan ukuran yang tepat untuk menganalisis data.
Terdapat juga KPI yang menggunakan sifat seperti lemah, sederhana dan baik yang
boleh ditukarkan kepada skala nombor 1- 4. Secara keseluruhannya KPI menyediakan
peluang kepada organisasi untuk menyasarkan bidang-bidang yang perlu dilakukan
penambahbaikan dan seterusnya menjamin kecemerlangan organisasi.
17) Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RM10: 2011-2015)
Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RM10: 2011-2015) adalah kesinambungan pelan
rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK10
adalah bagi tempoh 2011 hingga 2015 dirangka amat kritikal bagi meneruskan agenda
pembangunan negara kea rah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara
maju serta berpendapatan tinggi . selaras dengan gagasan 1 Malaysia rakyat di
dahulukan Pencapaian Diutamakan .kerajaan menganggap rancangan ini untuk
member kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi dan
politik.selaras dengan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan, kerajaan
menyasarkan RMK10 adalah pemangkin kepada pencapain Wawasan 2020.ekonomi
yang berpaksikan pengetahuan, inovatif, kreatif dan berkemahiran tinggi, dijana oleh
sektor perkhidmatan akan melonjakkan aspirasi negara berpendapatan tinggi.RMK10
akan memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh
lima tahun tersebut.daripada jumlah itu, 55% diagihkan kepada sektor ekonomi,30%
kepada sektor sosial,10% kepada sektor keselamatan dan 5% untuk pentadbiran am.
18) Dasar Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan “ Kerajaan Negeri Terengganu
Dasar Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan ialah satu dasar pentadbiran yang
dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu. Dasar ini bertujuan untuk memberikan
penumpuan kepada rakyat yang dianggap sebagai penggerak utama kerajaan. Melalui
dasar ini kerajaan negeri Terengganu mahu menjadikan pentadbiran awam negeri
yang cemerlang berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini selaras
dengan matlamat “MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN”
untuk menjadikan sebuah negeri maju pada tahun 2020. Di samping perkhidmatan
negeri akan terus menjadi sebahagian daripada jentera yang mendokong slogan
merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.
19) Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Kerajaan Negeri Selangor
Merupakan dasar yang dibentuk dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Selangor pada
tahun 2008. Melalui dasar MES kerajaan negeri Selangor melaksanakan pelbagai
program dan aktiviti dan membangunkan pelbagai sumber supaya rakyat Selangor
tanpa mengira kaum , agama mahupun fahaman politik dapat sama-sama menikmati
hasil kekayaan selari dengan pertumbuhan pesat ekonomi negari Selangor. Terdapat 8
program di bawah MES iaitu tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas,
Pusat Khidmat Krisis Sehenti ( OSCC), Bekalan Air Percuma Bagi 20m, Hadiah
ANak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan ANak Pekerja Ladang dan Program
Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.
20) Dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Dasar Cekap, Akaunbiliti dan Telus ( CAT) merupakan satu dasar pentadbiran yang
dilaksanakan oleh kerajaan pulau pinang. Ia bertujuan bagi memberikan perkhidmatan
yang cekap, akauntabiliti dan telus kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik,
agama, bangsa dan kaum.
RUJUKAN