BAB 12 Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
BAB 12 Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor
12.1 Pendahuluan
12.1.1 Pemantauan kemajuan Kerja boleh juga menunjukkan tidak ada kemungkinan
Kerja akan disiapkan dalam tempoh masa yang munasabah. Perlakuan
Kontraktor boleh menyebabkan dirinya tidak berupaya menyiapkan Kerja atau
memperlihatkan niatnya enggan menyiapkan Kerja.
12.1.2 Apabila terbukti Kontraktor tidak mungkin dapat menyiapkan Kerja atau dia
memperlihatkan niatnya enggan menyiapkan Kerja atau telah menyebabkan
dirinya tidak berupaya menyiapkan Kerja, adalah perlu untuk menimbangkan
cara-cara lain bagi menyiapkan Kerja atau Pengambilan Kerja Kontraktor
hendaklah ditamatkan. Untuk menamatkan pengambilan kerja Kontraktor, satu
Notis Untuk Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor akan dikeluarkan
terlebih dahulu (rujuk lampiran 12A dan 12B), diikuti oleh satu Notis Penamatan
Pengambilan Kerja Kontraktor 1 (rujuk lampiran 12C dan 12D).
1
Surat Arahan KPKR :(26)JKR: KPKR. 020.050/03klt.7 bth. 4/10/06 dan Surat Arahan KPKR Bil 6/2009 bertarikh 2
September 2009 dan Surat Arahan KPKR Bil 1/2010 bertarikh 2 Mac 2010.
228
12.2 Pegawai-Pegawai Yang Diberi Kuasa Untuk Menamatkan Pengambilan
Kerja Kontraktor.
(a) Gagal memulakan Kerja di tapak dalam tempoh 2 minggu selepas tarikh
milik tapak bina; atau
(c) Gagal meneruskan Kerja dengan mengikut aturan dan tekunnya; atau
2
Surat Arahan KPKR :(24)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.7 bth.4/10/06 dan Surat Arahan KPKR Bil 6/2009 bertarikh 2
September 2009 dan Surat Arahan KPKR Bil 1/2009 bertarikh 2 Mac 2010
229
(d) Gagal melaksanakan Kerja mengikut Kontrak; atau
(f) Enggan atau berulangkali cuai mematuhi suatu notis bertulis daripada
P.P. berkaitan mana-mana kecacatan Kerja, atau peralatan dan bahan-
bahan yang tidak memenuhi kehendak Kontrak; atau
(a) Dengan tangan atau perkhidmatan kiriman cepat (courier) dan satu resit
pemakluman hendaklah diperolehi
(c) Dengan pos berdaftar dimana ia hendaklah disifatkan telah diterima dalam
tempoh tujuh hari dari tarikh kiriman.
3
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Sub-Contract Or Assignment
230
12.4.4 Kesan Penamatan sekiranya perjanjian ditamatkan di bawah klausa 51.1(b) 4
Syarat-syarat Kontrak P.W.D 203/203A (Rev. 2007) seperti berikut:
(iv) Mengosongkan tapak bina di dalam tempoh yang dinyatakan oleh P.P.,
mengeluarkan semua bangunan sementara, loji, alat, perkakas, barang-
barang dan bahan tak pasang yang belum di bayar oleh kerajaan seperti
yang ditentukan oleh P.P.. Jika Kontraktor gagal, kerajaan boleh (tetapi
tidak bertanggungjawab ke atas apa jua kerugian atau kerosakan)
mengeluarkan dan menjual mana-mana harta kepunyaan kontraktor,
menyimpan hasil jualan itu selepas ditolak segala kos yang terlibat
sebagai kredit kepada kontraktor;
(i) Menamatkan semua kontrak dengan pihak ketiga yang terlibat dengan
kontrak ini atau;
(ii) Menyerahhak kepada Kerajaan jika dikehendaki oleh P.P. tanpa kos dan
perbelanjaan kepada kerajaan, faedah yang diperolehi daripada sebarang
perjanjian untuk membekal bahan-bahan atau barang-barang dan/atau
pelaksanaan mana-mana kerja atau perkhidmatan untuk tujuan kontrak
ini atau;
4
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Termination (Default Of Obligation)
231
(iii) Membenarkan pihak ketiga untuk memasuki kontrak dengan Kerajaan
atau mana-mana pihak yang difikirkan perlu untuk menyiapkan Kerja ini
dengan syarat Kerajaan tidak bertanggungjawab membayar kepada pihak
ketiga untuk sebarang bahan atau barang yang dihantar atau sebarang
kerja yang dilaksanakan atau perkhidmatan untuk tujuan kontrak ini
(sama ada sebelum atau selepas tarikh penamatan) dimana kerajaan
telah membayar tetapi kontraktor gagal membuat bayaran kepada pihak
ketiga.
(iii) Berhak menjalankan dan menyiapkan Kerja samada oleh jabatan sendiri
atau melantik pihak lain untuk menyiapkan Kerja; dan
5
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Certificate Of Termination Costs
6
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Certificate Of Termination Cost
232
12.4.5 Walau bagaimanapun, tiada apa jua dalam klausa 51.1 7 atau mana-mana
bahagian di dalam kontrak ini yang mengikat kerajaan, dalam apa jua cara yang
menyebabkan Kerajaan bertanggungjawab ke atas sebarang pembayaran akibat
penamatan.
12.5 Kemungkiran Am
(a) Klausa 51.1 (c)(i) dan 51.1(c)(ii) 8 akan digunapakai jika penamatan Kontrak
dilaksanakan di bawah klausa 51.2 9.
7
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Default of Obligation
8
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Consequences of Termination
233
(b) Tiada apa jua dalam klausa 51.2 atau mana-mana bahagian di dalam kontrak
ini yang mengikat kerajaan dalam apa jua cara yang menyebabkan Kerajaan
bertanggungjawab ke atas pembayaran akibat penamatan.
(a) Satu tuntutan mestilah dibuat terhadap bank atau syarikat insurans yang
mengeluarkan Bon Pelaksanaan dan Jaminan untuk Wang Pendahuluan,
sekiranya terdapat baki Wang Pendahuluan yang belum didapatkan
kembali.Tuntutan ini hendaklah disegerakan dan dibuat tidak lewat dari dua
(2) minggu dari tarikh penamatan sungguhpun tempoh kuatkuasa Bon
Pelaksanaan hanya berakhir setahun selepas tarikh pemansuhan
Kontrak.Tindakan yang sama hendaklah juga diambil untuk merampas
sebarang baki bayaran balik Wang Pendahuluan yang belum diterima
daripada penjamin bagi Jaminan Wang Pendahuluan. Sekiranya bank,
syarikat kewangan atau syarikat insuran tidak melunaskan bayaran jaminan
di dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh tuntutan, perkara tersebut
hendaklah dirujuk dengan serta-merta kepada Penasihat Undang-undang
Kementerian Kerja Raya untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya Wang
Jaminan Pelaksanaan (WJP) dipilih bagi menggantikan Bon Perlaksanaan,
rampasan hendaklah dibuat oleh P.P. daripada akaun amanah dan dibayar
kepada akaun hasil Kerajaan. 10
(c) Tutup tapak bina dan dapatkan perkhidmatan pengawal keselamatan dua
puluh empat (24) jam sehingga tapak bina diserahkan kepada Kontraktor
baru, untuk memastikan tiada sesiapa pun dibenarkan masuk atau berada di
9
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – General Default
10
Surat Arahan KPKR :(26)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.7 bth. 4/10/06
234
tapak bina tanpa kebenaran P.P dan tiada sesuatu apa jua pun dibawa
keluar dari tapak bina tanpa kebenaran bertulis daripada P.P..
(f) Pastikan keselamatan kerja-kerja yang belum siap seperti tetulang keluli
yang belum dituang konkrit, disapu simen slurry untuk mengelakkannya dari
berkarat, lubang-lubang penggalian yang dalam hendaklah dilitupi, ditimbus
dan dilindungi bagi mengelakkan kecederaan dan pembiakan nyamuk.
(i) Baki skop kerja, spesifikasi bahan dan kerja, bagi kerja yang akan
dilaksanakan hendaklah tidak berbeza daripada yang asal. Sekiranya
perubahan kepada kerja diperlukan, ianya perlu dinyatakan dengan jelas di
11
Surat Arahan KPKR :(31)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.8 bth. 7/11/08
235
dalam dokumen-dokumen tender yang memudahkan penyelesaian akaun
dengan Kontraktor. 12
(ii) Kerja yang siap dan/atau bahan dan barang yang dibekalkan tetapi tidak
mematuhi Kontrak mesti dikenalpasti dan pengeluaran, pembaikan,
perlaksanaan semula, atau penggantiannya dimasukkan ke dalam kontrak
baru. 13
(iii) Satu peruntukan mesti dibuat bagi membenarkan kredit kepada Kerajaan
untuk loji, perkakas, kelengkapan serta bahan-bahan dan barang-barang
takpasang yang ditinggalkan di Tapak Bina untuk kegunaan atau untuk
dimasukkan ke dalam kerja oleh kontraktor baru 14.Inventori yang disediakan
tidak akan dimasukkan didalam dokumen tender untuk tender
semula.Kontraktor hendaklah menentukan sendiri kuantiti item tersebut.
(v) Sebaik sahaja Kontraktor baru dilantik, satu penilaian terhadap kos dan/atau
kerugian atau kerosakan kepada Kerajaan mestilah dibuat dan satu tuntutan
dibuat terhadap Kontraktor. Surat tuntutan tersebut hendaklah dihantar
secara Akuan Terima Berdaftar ke alamat terkini Kontraktor, sebaik sahaja
nilai ini diketahui tetapi hendaklah tidak lewat dari sembilan (9) bulan selepas
12
Surat Arahan KPKR :(31)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.8 bth. 7/11/08
13
Surat Arahan KPKR :(31)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.8 bth. 7/11/08
14
Surat Arahan KPKR :(26)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.7 bth. 4/10/06
236
kontrak ditamatkan pengambilan kerja kontraktornya. 15 Satu perakuan yang
menyatakan jumlah kos dan/atau kerugian atau ganti rugi yang dituntut
terhadap Kontraktor hendaklah dikeluarkan. Sekiranya Kontraktor gagal
untuk membayar tuntutan tersebut walaupun beberapa peringatan telah
diberi kepadanya untuk berbuat demikian, perkara tersebut hendaklah dirujuk
kepada Penasihat Undang-undang Kementerian Kerja Raya bagi projek-
projek Persekutuan atau Penasihat Undang-undang di negeri bagi projek-
projek Negeri untuk tindakan selanjutnya.
(ii) Jumlah bayaran interim yang telah dibayar kepada kontraktor asal;
15
Surat Arahan KPKR :(26)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.7 bth. 4/10/06
16
Surat Arahan KPKR :(26)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.7 bth. 4/10/06
237
(ii) Nilai Bersih Pelarasan Jumlah Harga Kontrak Asal;
12.6.3 Bayaran Akibat Penamatan mengikut tatacara yang diperuntukan di bawah Klausa
50 17 atau 5218.
(a) Sekiranya kontrak ditamatkan di bawah klausa-klausa ini, baki kerja yang
perlu dibayar kepada Kontraktor meliputi perkara-perkara berikut :
(ii) Jumlah yang kena dibayar yang berkaitan dengan kerja-kerja awalan
atau Kerja atau perkhidmatan yang telah dilaksanakan dengan
sempurna boleh dibayar mengikut nisbah yang munasabah
17
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Suspension Of Works
18
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Termination Of National Interest
238
(v) Kos yang munasabah untuk melindungi kerja dan mengeluarkan
peralatan dan kemudahan di tapak bina akibat dari penamatan seperti
yang diperuntukkan dalam Kontrak ini.
(b) Setelah Kontrak ditamatkan di bawah Klausa 50 atau Klausa 52, Perakuan
Muktamad Kontrak ini hendaklah disediakan dan dikeluarkan oleh P.P..
(a) Sebaik sahaja urusan bagi menyiapkan Kerja dibuat oleh Kerajaan yang
membolehkan P.P membuat penilaian yang tepat dan munasabah bagi kos
yang muktamad kepada Kerajaan untuk menyiapkan kerja berikutan
Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor dan perlantikan Kontraktor atau
individu lain, dan kerugian langsung dan / atau kerosakan kepada Kerajaan
disebabkan oleh penamatan yang telah ditentukan oleh P.P., maka P.P.
boleh mengeluarkan Perakuan Kontrak Yang Ditamatkan dengan
menyatakan Kos Penyiapan dan Harga Kontrak Asal Terlaras
(i) Jumlah bayaran yang telah dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan;
(ii) Jumlah yang dibayar atau kena dibayar kepada Kontraktor atau
individu lain yang dilantik oleh Kerajaan untuk menyiapkan Kerja;
239
(v) Amaun kerugian langsung dan / atau kerosakan kepada Kerajaan
akibat dari penamatan.
(c) Pengiraan Jumlah Harga Kontrak Asal Terlaras Meliputi Jumlah Seperti
Dibawah:
(ii) Jumlah Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan yang dikenakan ke atas
kontraktor berdasarkan tempoh dan Ganti Rugi Tertentu dan
Ditetapkan. Jumlah ini hendaklah dipotong dalam pengiraan.
(f) Sekiranya penyiapan kerja dibuat secara Jabatan, amaun untuk diperakukan
sebagai kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan hendaklah
19
Surat Arahan KPKR :(26)dlm.JKR.KPKR.020.050/03klt.7 bth. 4/10/06
240
termasuk kos penyeliaan, faedah dan susutnilai loji dan perbelanjaan asas
(overhead) dan keuntungan seolah-olah kerja disiapkan oleh Kontraktor atau
pihak lain.
12.7.1 Pegawai yang diberi kuasa di dalam Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak
boleh pada bila-bila masa mengarahkan kontraktor untuk menggantungkan
sebahagian atau keseluruhan kerja.
12.7.4 Kerajaan boleh mengarahkan kontraktor menyambung semula kerja pada bila-
bila masa. Sebaik sahaja menerima arahan, Kontraktor perlulah menyambung
semula kerja dan kedua-dua belah pihak perlu membuat pemeriksaan yang
bersama kerja yang terlibat daripada penggantungan kerja tersebut. Kontraktor
hendaklah membaiki segala kesusutan atau kecacatan atau kerugian ke atas
kerja tersebut yang berlaku sepanjang tempoh penggantungan. Kontraktor perlu
mengambil tindakan sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan yang terlibat.
20
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Suspension And Resumption of Works
241
Masa di bawah klausa 43 21 dan peruntukan tersebut hendaklah dipatuhi
sepenuhnya.
12.7.6 Kontraktor tidak layak diberi Lanjutan Masa sekiranya penggantungan kerja
disebabkan oleh kesalahan Kontraktor sendiri, dan ia tidak akan dipertimbangkan
untuk pembayaran ke atas perbelanjaan dan kerugian jika kontraktor :
(iii) Obligasi bayaran termasuk semua kos dan perbelanjaan yang ditanggung
oleh kontraktor hendaklah ditentukan sebagaimana yang diperuntukan di
bawah klausa 54 24.
12.8.1 Sekiranya Kerajaan merasakan penamatan ini perlu demi kepentingan negara,
polisi negara, atau keselamatan negara, Kerajaan boleh menamatkan Kontrak
dengan memberikan notis bertulis kepada Kontraktor tidak kurang daripada 30 hari
dari tarikh Kontrak yang akan ditamatkan.
21
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Delay And Extension Of Time
22
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Suspension And Resumption of Works
23
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Consequences of Termination
24
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Payment Upon Termination
242
12.8.2 Hanya Kerajaan yang boleh mentafsirkan apa yang dimaksudkan dengan
”kepentingan negara”, ”polisi negara” dan ”keselamatan negara”, dan ianya tidak
boleh dipertikaikan.
12.8.3 Kesan-kesan penamatan jika penamatan kontrak di bawah klausa 52.1 25 seperti
berikut:
(i) Obligasi bayaran termasuk segala kos dan perbelanjaan yang dikeluarkan
oleh kerajaan dan kontraktor hendaklah ditentukan berdasarkan klausa 54;
dan
(ii) Klausa 51.1(c)(i) dan klausa 51.1(c)(ii)(B) dan (C) 26 hendaklah digunapakai.
(a) Kontraktor sama ada pegawai, kakitangan, ejen, pekerja atau mana-mana
subkontraktor, memberi atau menawarkan rasuah, hadiah, saguhati atau
komisen sebagai dorongan atau hadiah; atau
(b) Untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa tindakan yang ada hubungan
dengan kontrak atau lain-lain kontrak kerajaan; atau
(c) Untuk menunjukkan atau menahan diri dari menunjukkan pilih kasih kepada
seseorang yang ada hubungan dengan kontrak ini atau lain-lain kontrak
kerajaan.
12.9.2 Pegawai Yang Diberi Kuasa di dalam Lampiran kepada Syarat-Syarat Kontrak
berhak menamatkan kontrak pada bila-bila masa secara bertulis kepada
kontraktor.
25
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Termination (Default Of Obligation)
26
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Consequences of Termination (Default Of Obligation)
243
12.9.2 Kesan penamatan jika kontrak ditamatkan di bawah sub-klausa (a) diatas seperti
berikut:
(i) Kerajaan berhak menuntut keatas segala kerugian, kos, kerosakan dan
perbelanjaan termasuk kos dan perbelanjaan sampingan yang ditanggung
oleh Kerajaan akibat daripada penamatan tersebut;
(ii) Klausa 51.1 (c) (i) and (ii) 27 hendaklah dipatuhi; dan
(iii) Tiada apa-apa jua dalam klausa 53 28 atau sebarang kandungan dalam
kontrak ini akan menyebabkan Kerajaan bertanggungjawab terhadap apa-apa
bayaran akibat penamatan tersebut.
27
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Consequences of Termination (Default Of Obligation)
28
P.W.D Form 203/203A (Rev. 2007) – Termination On Corruption
244
LAMPIRAN 12A
A. Tajuk Notis
B. Butir-Butir Kontrak
245
LAMPIRAN 12A
C. Kandungan Notis
*ii) hingga hari ini tuan belum lagi (i) & (ii) – tarikh milik tapak
memulakan kerja sungguhpun tuan
patut memulakannya pada tarikh
milik tapak yang telahpun ditentukan
pada _____________
*iii) tuan didapati tidak menjalankan (iii) – tarikh siap kerja atau tarikh
kerja dengan bersungguh-sungguh siap kerja dilanjutkan,
dan kerja tuan dijangka tidak akan peratus kerja yang
dapat disiapkan pada Tarikh Siap Kontraktor sepatutnya
Kerja yang telah ditentukan pada telah disiapkan mengikut
_____________. Kerja tuan program asal atau yang
sepatutnya sudah ______% siap telah disemak, dan peratus
tetapi kemajuan yang dicapai kerja sebenar yang telah
setakat ini adalah hanya _____%. disiapkan.
246
LAMPIRAN 12A
247
LAMPIRAN 12A
248
LAMPIRAN 12A
(f) Para 4
D. Edaran Notis
- Pengarah Kerja Raya, * (i) Sila beritahu Pejabat ini sama ada
J.K.R. Negeri ______________ kontraktor mematuhi kehendak
*__________________________ perenggan tiga (3) di atas dalam
tempoh 14 hari dari tarikh tuan
- Jurutera Penguasa/Kanan, menerima surat ini.
J.K.R. Unit ________________
* ________________________
Jurutera Kerja/Kanan,
J.K.R. Daerah ______________
* _________________________
249
LAMPIRAN 12A
sk -
Pengurus
Bank/Syarikat Insurans Bank yang menjamin/syarikat insurans
bagi bon pelaksanaan dan jaminan
Surat Jaminan wang pendahuluan perlu dimaklum
No.:__________________ juga. Ia merupakan “hak”nya supaya
ada kaitan. dimaklumkan mengikut terma-terma
gerenti. Nombor rujukan jaminan
- Juruukur Bahan _________ tersebut hendaklah dinyatakan
(JUB yang terlibat dalam projek). dengan terang.
250
LAMPIRAN 12B
CONTOH
NOTIS UNTUK TUJUAN PENAMATAN
PENGAMBILAN KERJA KONTRAKTOR
____________________
Tarikh: ______________
________________________
________________________
Nombor Kontrak :
Tajuk Kontrak :
Harga Kontrak :
Tajuk :
___________________________________________________________________
…/2-
251
LAMPIRAN 12B (Samb)
-2-
_______________________________________
Pegawai Yang Dinamakan Dalam Kontrak / Pegawai Penguasa
- Pengarah Kanan,
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan,
Ibu Pejabat J.K.R.,
Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur.
- Ketua Setiausaha,
Kementerian Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
Kuala Lumpur.
(u/p: Bahagian Pembangunan Usahawan)
- Pengurus,
Bank/Syarikat Insurans.
Surat Jaminan No.: ____________________ ada kaitan.
252
LAMPIRAN 12C
PERINGATAN
A. Tajuk Notis
Kandungan dan susunkata notis
NOTIS PENAMATAN PENGAMBILAN KERJA hendaklah merujuk kepada Notis Untuk
KONTRAKTOR Tujuan Penamatan Pengambilan Kerja
Kontraktor yang telah dikeluarkan.
B. Butir-Butir Kontrak
C. Kandungan Notis
(a) Para 1
253
LAMPIRAN 12C
254
LAMPIRAN 12C
(d) Para 3
255
LAMPIRAN 12C
(e) Para 4
(f) Para 5
256
LAMPIRAN 12C
D. Edaran Notis
sk - Notis penamatan hendaklah disalinkan
Ketua Pengarah Kerja Raya, kepada semua pegawai-pegawai JKR
Ibu Pejabat JKR Malaysia,., yang berkenaan. Potong mana yang
Jalan Sultan Salahuddin, tidak berkenaan. Setelah penamatan
Kuala Lumpur. pengambilan kerja kontraktor,
(U/P: Pengarah Kanan Cawangan tindakan seperti di (i), (ii) dan /atau (iii)
______) diperlukan. Oleh itu, masukkan (i), (ii)
dan /atau (iii) di bawah mana-mana
- Pengarah Kanan, pejabat JKR yang berkenaan. Pusat
Cawangan Kontrak dan Ukur Khidmat Kontraktor juga perlu
Bahan, Ibu Pejabat J.K.R., dimaklumkan untuk membolehkan
Jalan Sultan Salahuddin, penyemakan semula dan tindakan
Kuala Lumpur. tatatertib ke atas pendaftaran
* _________________________ Kontraktor. Oleh itu masukkan (iv) di
bawah PKK dan nyatakan dengan
- Pengarah Kerja Raya, jelas kelas pendaftaran Kontraktor.
JKR. Negeri ______________ Bank /syarikat insurans yang
*__________________________ menjamin perlu dimaklumkan juga.
- Jurutera Penguasa/Kanan, Nombor rujukan jaminan tersebut
JKR. Unit ________________ hendaklah dinyatakan dengan terang.
* ________________________
*
Jurutera Kerja/Kanan, (i) Sila ambil tindakan dengan
JKR. Daerah ______________ segera untuk mempelawa tender
* _________________________ semula.
- Pengurus Bank/Syarikat
Insurans, Surat Jaminan No.
_______ ada kaitan.
257
LAMPIRAN 12D
CONTOH
KERAJAAN ……………………….
Rujukan…………………………………………
Pejabat……………….……
…………………….………
...……….…..……………...
Tarikh …………………………
Kepada………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
(Kontraktor)
Kontrak Untuk
.……………………………..………………………………………………………...
………………………………………………………………………………………...
Kontrak No………………………………
Harga Kontrak: RM……………………..
Tarikh Milik Tapak Bina: ………………
Tarikh Siap Kerja………………………..
…/2 -
258
LAMPIRAN 12D (Samb)
-2-
5. Kerja akan disiapkan sejajar dengan Fasal 51( c ) Syarat-Syarat Kontrak, dan
tuan adalah dikehendaki menanggung segala perbelanjaan berlebihan yang akan
timbul akibat dari penamatan pengambilan kerja tuan.
………………………………………………
Pegawai Yang Dinamakan Dalam Kontrak
259