Bab 3
Bab 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Bidang kejuruteraan terutamanya pembinaan, perancangan yang teliti adalah amat penting bagi memastikan kelancaran sesebuah projek. Metodologi kajian adalah satu set perancangan yang rapi dari segi perjalanan projek dan kajian yang perlu diikuti bagi menghasilkan keputusan yang tepat dan merangkumi teori serta praktikal. Prosedur ataupun langkah langkah yang betul mestilah dipatuhi kerana ia merupakan langkah kerja yang kompleks dan teliti bagi mendapatkan hasil projek yang baik.
Dalam mendapatkan satu hasil kerja yang baik, carta alir adalah penting sebagai panduan perlaksanaan projek terbabit. Carta alir juga berfungsi sebagai bahan rujukan kepada pengkaji sekiranya terdapat sebarang masalah dalam menjalankan kajian.
Dalam metodologi kajian ini menerangkan tentang kesemua langkah kerja yang mesti dilakukan yang mana telah disenaraikan dengan ringkas dalam carta alir kajian metodologi.
31
Rajah 3.1
Mula
Pengumpulan maklumat
Maklumat yang diperolehi melalui pencarian dari buku rujukan, rencana, jurnal dan thesis pelajar universiti, berkaitan dengan kajian yang dilakukan Perancangan kajian
Membuat bancuhan konkrit, slump test, memasukkan konkrit ke dalam acuan Perbincangan, Cadangan dan Tamat
32
Rajah 3.2
Peringkat Awalan
Perancangan Kajian
33
3.2
Rekabentuk Kajian
3.2.1
Pendekatan Kajian
Kaedah pendekatan kajian yang pertama sekali dilakukan adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat yang mungkin mengenai kesan saiz, bentuk, jenis dan ciri-ciri fizikal batu baur terhadap kekuatan konkrit berkekuatan tinggi melalui pelbagai sumber seperti majalah, jurnal, kertas penyelidikan yang dahulu serta melalui penggunaan internet.
Berdasarkan segala maklumat yang diperolehi, maka penggunaan bahan kajian untuk membuat projek telah ditetapkan. Sampel disediakan dan ujikaji
makmal yang sesuai dilaksanakan bagi mengikut keperluan piawaian. Pendekatan terakhir adalah menganalisis data-data yang diperolehi dan seterusnya menyiapkan dan menghantar loparan kajian tersebut.
3.3
Penggunaan Bahan
Pada kebiasannya di dalam satu bancuhan konkrit, bahan-bahan yang biasa digunakan adalah terdiri daripada batu baur kasar dan halus, pasir, simen, air dan bahan tambah. Dalam kajian ini juga, batu baur kasar yang akan digunakan adalah yang didapati daripada makmal struktur dan bahan Falkulti Kejuruteraan Awam Politeknik Kuching. Kuantiti bahan yang digunakan adalah berdasarkan kepada jumlah sampel bagi setiap ujian yang hendak dilakukan. Semua bahan hendaklah bebas daripada sebarang kotoran yang boleh menjejaskan hasil kajian.
34
3.3.1
Simen Portland merupakan simen paling biasa digunakan. Ia merupakan bahan asas bagi konkrit, mortar pembinaan dan plaster. Jurutera British, Joseph Aspdin menghasilkan simen portland pada tahun 1824, dan ia dinamakan sempena tebing batu kapur di Kepulauan Portland Isle of Portland di England disebabkan warnanya, menyerupai batu yang dikuari di situ. Ia terdiri daripada campuran
Penggunaan simen adalah penting dalam bancuhan konkrit kerana ia adalah merupakan bahan pengikat antara bahan-bahan dalam konkrit. Ia mempunyai sifat lekitan (cohesive) dan lekatan (adhesive) yang membolehkannya mengikat ketulketul aggregat menjadi suatu jasad yang padu. Simen sesuai untuk sesuatu campuran dan akan menghasilkan konkrit yang kuat, tahan lasak dan tahan lama.
Terdapat banyak jenis simen yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluaran simen. Jenis-jenis simen yang ada di pasaran adalah seperti Simen Portland Biasa (OPC), Simen diubahsuai, Simen Mengeras Cepat dan Simen Haba Rendah. Dalam ujikaji ini, hanya Simen Portland Biasa (OPC) digunakan.
3.3.2
Batu baur adalah komponen utama dalam pembinaan struktur konkrit. Ia memainkan peranan yang penting dalam proses membancuh konkrit. Batu baur
35
kasar adalah terdiri daripada serpihan batu yang saiznya melebihi 5mm sehingga saiz maksimum yang dibenarkan untuk kerja-kerja konkrit yang tertentu, biasanya tidak melebihi 50mm.
Batu baur kasar digunakan untuk dicampurkan dengan batu baur halus, simen dan air dalam penghasilan konkrit. Saiz batu baur kasar dipengaruhi oleh jenis kerja yang akan dibuat. Bagi pembinaan konkrit bertetulang ia mesti dalam bentuk yang mudah diletakkan dan memenuhi kawasan sekeliling tetulang terutamanya pada zon penutup dan memenuhi sudut acuan. Bagi pembinaan rasuk, tiang, lantai
ataupun konkrit yang bertetulang, saiz batu baur yang digunakan ialah 20mm.
Bagi batu baur yang keras, padat dan tahan lasak menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi. Jenis batu yang lazimnya digunakan dalam industri pembinaan tempatan ialah batu granit dan batu kapur kerana kedua-dua jenis batu ini mudah didapati dan harganya murah. Bagi kebanyakan projek
Rajah 3.3
36
3.3.3
Pasir
Pasir adalah komponen utama dalam mortar dan juga komponen kedua terpenting dalam pembuatan konkrit. Dalam pembuatan mortar mahupun konkrit, ia mestilah bersih dan tidak mempunyai bahan bendasing di dalamnya semasa kerjakerja pembancuhan dilakukan. Ini adalah untuk meningkatkan mutu pembinaan dan mengelakkan sebarang kecacatan sesebuah bangunan.
Rajah 3.4
Pasir
Pasir bertindak sebagai bahan pengisi di dalam konkrit. Saiz pasir yang digunakan adalah melepasi ayak bersaiz 4.75mm < 5mm. Keadaan tepu kering diperlukan supaya nisbah air simen tidak dipengaruhi oleh kandungan air pasir. Pasir digunakan bersama simen untuk kerja-kerja pembinaan dinding, tiang, coping, aras lantai, rasuk tanah, tangga dan juga teres. Dalam projek pembinaan, biasanya dua gred pasir digunakan iaitu dari jenis 1:3 dan 1:6 iaitu bahagian pasir dan simen dicampurkan sekali.
37
3.3.4
Air
Air yang digunakan adalah air yang bebas dari bendasing yang boleh diperolehi daripada sumber air paip di Makmal Struktur dan Bahan. Sekiranya air yang digunakan kotor ia akan menyebabkan konkrit yang dihasilkan tidak kuat dan nilai bacaan yang diperolehi tidak tepat Jumlah air yang digunakan dalam bancuhan ini mestilah diperingkat minima bagi keperluan taraf kerja. Apabila kuantiti air telah ditetapkan, sedikit tambahan perlu dilakukan bagi penyerapan batu baur yang kering dan poros. Dalam kajian ini air yang digunakan adalah air paip yang diperolehi daripada sumber air paip di Makmal Struktur dan Bahan.
3.4
3.4.1
Ujian ayakan batu baur kasar dan halus adalah untuk mendapatkan saiz batu yang dikehendaki untuk membancuh konkrit. Justeru itu, dengan melakukan ujian ayakan ini, maka batu baur dapat digred dan ditentukan saiz yang akan digunakan. Berikut adalah langkah-langkah kerja untuk melakukan ujian ini. I. Batu baur yang telah dikeringkan di dalam ketuhar diasingkan dengan menggunakan ayak batu baur. II. Ayak beserta plat kemudian ditimbang bagi memudahkan pengiraan. Ayak disusun mengikut saiz di mana saiz terbesar terletak dibahagian atas.
38
III.
Batu baur seterusnya dimasukkan ke dalam ayak teratas sebelum memulakan ujian ayakan.
IV.
Kemudian alat penggetar dihidupkan dan dibiarkan selama 10 minit bagi memastikan batu baur terayak dengan baik
V.
Berat batu baur bersama ayak atau plat ditimbang. Langkah 1 hingga 5 diulang untuk batu baur halus.
Rajah 3.5
Pengayak batu
39
Keputusan bagi penggreddan jenis batu baur bagi batu baur kasar dan halus dapat dirujuk dengan jadual di bawah bergantung kepada peratusan telus batu baur.
Peratus melalui ayak Saiz Ayak 40 ke 5 mm Saiz batu yang telah digredkan 20 ke 5 mm 14 ke 5 mm
50 mm
100
37.5 mm
90 100
100
20
35 70
90 100
100
14
90 100
40
10
10 40
30 - 60
50 85
3.4.2
Ayak kosong ditimbang satu persatu. Kemudian pasir kering dimasukkan ke dalam ayak dan digetarkan selama 2 hingga 3 minit. Ayak yang berisi pasir akan ditimbang semula untuk mendapatkan jisim yang tertahan pada ayak.
3.5
Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibuat itu cukup kuat. Langkah-langkah untuk memasang acuan rasuk adalah seperti berikut : 1. Memilih tempat yang sesuai untuk menempatkan semua kepingan acuan yang belum dipasang. 2. Membuat acuan mengikut saiz yang sudah dirancangkan. 3. Kemudian menyapu minyak pada setiap kepingan acuani. 4. Memastikan acuan dalam keadaan sedia untuk dituang bancuhan konkrit.
41
3.6
Semua jenis konkrit mengandungi komponen bahan-bahan seperti simen, batu baur dan air. Konkrit yang kurang bermutu adalah berpunca daripada sukatan bahan-bahan yang tidak dibuat dengan tepat serta nisbah bancuhan yang berbezabeza. Oleh itu, setiap bancuhan hendaklah dibuat kesemua sukatan dengan betul bagi mendapatkan hasil bancuhan yang baik.
Proses menggaul konkrit adalah satu proses yang bertujuan untuk mendapatkan gaulan yang rata dan kesemua bahan-bahannya sekata pada warna dan percampurannya dimana simen yang bercampur dengan air akan menjadi sebati sehingga meliputi keseluruhan batu baur. Kerja penggaulan merupakan faktor utama kepada penghasilan konkrit yang bermutu dan mudah dikerjakan bagi konkrit segar. Dalam kajian ini, kami menggunakan kaedah manual iaitu tanpa bantuan mesin pembancuh. Diantara langkah-langkah untuk mendapatkan bancuhan yang baik
adalah seperti berikut : a) Membuat pengiraan kuantiti bahan yang akan digunakan berdasarkan nisbah telah dipilih. Antara bahan yang perlu dibuat pengiraan adalah simen, batu baur dan air. Ketumpatan simen = 2400 kg/m =M/V 2400 = M / 0.1 0.1 0.5 M = 5 10 2400 M = 12 kg Untuk satu papak beratnya adalah 12 kg
42
Nisbah bancuhan yang digunakan ialah : 1:2:4 Jumlah jisim untuk 24 papak : = 24 12 = 288 Simen, 1 / 7 288 = 41.14 kg Pasir , 2 / 7 288 = 82.28 kg Batu baur, 4 / 7 288 = 164.57 kg Air , 0.5 / 7 288 = 20.57 kg
Menyediakan
peralatan yang akan digunakan seperti tray concrete, penyodok dan pelantak dan bahan-bahan yang hendak digunakan seperti simen, batu baur ,habuk kayu dan batu,dan air yang telah ditimbang mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. c) Memulakan bancuhan dengan meletakkan simen, batu baur halus dan kasar dan bahan gantian ke dalam tray concerte, kemudian memasukkan air sikit demi sedikit. Gaul sehingga rata bancuhan tersebut. d) Acuan papak yang telah dipasang ditempat yang sesuai, kemudian memasukkan bancuhan konkrit kedalamnya. Bancuhan konkrit yang dimasukkan kedalam acuan tersebut mempunyai tiga lapisan. Setiap lapisan mempunyai 25 kali hentaman menggunakan rod hentaman. e) Setelah memasukkan bancuhan konkrit kedalam kesemua acuan, konkrit dibiarkan mengeras selama 2 hari.
43
3.7
Pengukuran kebolehkerjaan sesuatu bancuhan konkrit penting sebelum kerja-kerja pengkonkritan dijalankan. Ujian kebolehkerjaan boleh digunakan sebagai semakan keatas kandungan air dan nisbah air/simen. Ujian runtuhan merupakan kebolehkerjaan yang paling biasa digunakan. Berikut merupakan prosedur untuk menjalankan ujian runtuhan :
i.
Bahagian dalam acuan berbentuk kon mestilah bersih dan lembap sebelum acuan diletakkan dipermukaan rata dan licin.
ii.
Konkrit dimasukkan kedalam acuan sebanyak 3 lapisan. Setiap lapisan dihentak sebanyak 25 kali dengan rod keluli.
iii.
Konkrit mestilah ditimbunkan dipermukaan atas acuan sebelum lapisan teratas dihentak dan selepas itu permukaan konkrit diratakan.
iv. v.
Acauan diangkat perlahan-lahan secara menegak. Perbezaan antara tinggi acuan dengan runtuhan konkrit direkodkan.
3.8
Pengawetan
Setelah konkrit mengeras, konkrit akan dikeluarkan daripada acuan untuk tujuan pengawetan (merendam konkrit). Pengawetan penting untuk tujuan penggalakan penghidratan simen secara berterusan dengan mengawal suhu pergerakkan keluar masuk lembapan dalam konkrit. Konkrit diawet selama 7 dan 28 hari.
45
3.9
Ujian mampatan dijalankan bagi mengetahui kekuatan suatu bancuhan komkrit. Ujian mampatan kiub ini adalah berdasarkan kepada BS 1881 : Part 116 (1983). Mesin yang digunakan adalah dari jenis Tonipact yang berupaya menguji kekuatan mampatan kiub. Mesin ini memenuhi spesifikasi ujian mampatan kiun BS 1881 : Part 116.
Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diikuti bagi memenuhi piawaian dalam prosedur menguji kekuatan mampatan konkrit :
i.
Rasuk konkrit diawet dengan merendamkan dalam air untuk tempoh 7 dan 28 hari yang diperlukan dalam ujikaji ini.
ii.
Permukaan galas mesin mampatan mesti disapu bersih dan kiub mesti diletakkan pada mesin dengan cara beban dikenakan ke atas permukaan kiub. Kiub mesti diletakkan betul-betul ditengah palt bawah.
iii.
Beban dikenakan secara perlahan-lahan dan dinaikkan secara berterusan pada kadar 0.3 KN/Saat sehingga rasuk ini tidak mampu lagi menanggung beban atau gagal. Beban maksimum yang mampu ditanggung oleh kiub direkodkan. Sebarang bentuk kegagalan atau keretakan pada rasuk juga direkodkan.
iv.
Untuk proses ini, rasuk konkrit akan diuji kekuatan mampatannya pada umur 7 dan 28 hari.
Kegagalan sampel yang diuji boleh dikategorikan sebagai kegagalan memuaskan dan kegagalan tidak memuaskan. Kegagalan memuaskan terjadi apabila kegagalan spesimen yang diperolehi menepati ciri-ciri yang dikehendaki manakala
46
kegagalan tidak memuaskan adalah kegagalan yang disebabkan oleh kurang perhatian secukupnya terhadap sampel yang dibuat. Kegagalan tidak memuaskan ini disebabkan oleh penyediaan rasuk yang kurang sempurna, acuan yang tidak sesuai dengan spesifikasi dan prosedur yang salah dalam ujian mampatan.
Kekuatan mampatan rasuk konkrit ini dapat dikira dengan menggunakan persamaan seperti berikut :
Dimana,
3.10
Dalam ujikaji ini, kaedah beban empat titik digunakan. Kekuatan lenturan rasuk boleh ditentukan apabila kegagalan berlaku pada bahagian tegangan. Berikut adalah langkah-langkah ujikaji kekuatan lenturan : i. Sampel ditandakan dengan kapur pada kedua-dua hujang sampel dengan jarak 50mm daripada setiap hujung. ii. Beban 2 titik dikenakan keatas sampel secara perlahan-lahan sehingga sampel gagal. Kadar beban yang dikenakan adalah sebanyak 0.5KN/Saat. iii. iv. Selepas sampel gagal, beban maksimum dicatat. Pengukuran dibuat keatas sampel yang diuji.
47
Jika kegagalan berlaku pada 1/3 daripada bahagian tengah sampel, maka kekuatan tegangan maksimum dikira menggunakan formula :
Tegangan maksimum = PL/bd2 Dimana : P = Beban maksimum (N) L = Jarak antara penyokong (mm) b = Lebar prima (mm) d = Tinggi prisma (mm)
48