Batu kecubung
Batu kecubung atau ametis ialah sebuah varieti kuarza berwarna lembayung seakan warna bunga kecubung yang memberi nama kepadanya; ia kerap digunakan sebagai perhiasan.
Batu kecubung Ametis |
|
---|---|
Gugusan batu kecubung dari Magaliesburg, Afrika Selatan. |
|
Maklumat am | |
Kategori | mineral oksida |
Formula kimia | Silika (silikon dioksida, SiO2) |
Pengecaman | |
Warna | Ungu, lembayung |
Tabii hablur | Prisma bersisi 6 berakhir dalam piramid bersisi 6 (biasa) |
Sistem hablur | Trigon |
Pengembaran | Hukum Dauphine, hukum Brazil, dan hukum Jepun |
Pembelahan | Tiada |
Fraktur | Konkoidal |
Kekerasan skala Mohs | 7–bawah dalam jenis tidak tulen |
Kilau | Kekaca/berkaca |
Indeks biasan | nω = 1.543–1.553 nε = 1.552–1.554 |
Sifat-sifat optik | Ekapaksi (+) |
Dwibiasan | +0.009 (selang B-G) |
Pleokroisme | Tiada |
Guris | Putih |
Graviti tentu | 2.65 malar; berubah dalam jenis tidak tulen |
Takat lebur | 1650±75 °C |
Keterlarutan | tidak larut dalam pelarut biasa |
Diafaneiti | Lut sinar ke lut cahaya |
Ciri-ciri lain | Piezoelektrik |
Batu permata ini pernah dianggap sama nilai tingginya dengan seberapa galian lain seperti berlian, nilam, rubi dan zamrud namun merosot dengan penemuan baru sumber batu yang agak banyak di lokasi-lokasi baharu seperti Brazil pada abad ke-18.[1]
Sifat
suntingKuarza (SiO2) ini memunculkan warna ungunya hasil penyinaran serta kehadiran surihan besi dan logam atau unsur lain mewujudkan binaan yang berkisi-kisi dalam hablur asas.[2][3][4] Batu ini adakala akan menampakkan satu atau dua rona sekunder seperti warna biru dan merah.[5]
Tahap keras batu ini sama dengan jenis-jenis kuarza umum yang lain.
Hubungan dengan manusia
suntingKepercayaan
suntingMasyarakat Yunani Purba percaya bahawa batu ini mampu menghalang kemabukan[6][7] sehinggakan bekas minuman sering diukir daripada ketulan-ketulan batu ini. Hal ini turut tercermin pada nama lain batu ini, "ametis" yang datang daripada bahasa Yunani Koine ἀμέθυστος amethystos menggabungkan ἀ- a-, "tidak" dan μεθύσκω methysko atau μεθύω methyo, "memabukkan".
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Geary, T.F.; Whalen, D. (2008). The Illustrated Bead Bible: Terms, Tips & Techniques. Sterling Pub. m/s. 69. ISBN 9781402723537. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 2015-07-19.
- ^ Greenwood, Norman N.; Earnshaw, Alan (1997). Chemistry of the Elements (ed. ke-2). Butterworth–Heinemann. ISBN 0080379419. Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). - ^ Fernando S. Lameiras; Eduardo H. M. Nunes; Wander L. Vasconcelos (2009). "Infrared and Chemical Characterization of Natural Amethysts and Prasiolites Colored by Irradiation". Materials Research. 12 (3): 315–320. doi:10.1590/S1516-14392009000300011.
- ^ O'Donoghue, Michael (2006). Gems (ed. ke-6). Butterworth-Heinemann. ISBN 978-0-7506-5856-0.
- ^ "Amethyst: The world's most popular purple gemstone". geology.com. Dicapai pada 2017-08-29.
- ^ Marcell N. Smith (1913), Diamonds, Pearls and Precious Stones Griffith Stillings Press, Boston, Mass., p. 74
- ^ domain awam: Rudler, Frederick William (1911). "Amethyst". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 852. Satu atau lebih ayat sebelumnya menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di