Deng Xiaopeng
Deng Xiaoping 邓小平 | |
---|---|
Dalam jawatan 1956–1967 | |
Didahului oleh | Zhang Wentian |
Digantikan oleh | Hu Yaobang |
Dalam jawatan 1981–1989 | |
Didahului oleh | Hua Guofeng |
Digantikan oleh | Jiang Zemin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 200px 22 Ogos, 1904 Xixian di desa Paifang, perbandaran Xiexing, Kaunti Guang'an |
Mati | Beijing 19 Februari 1997 |
Tempat semadi | 200px |
Kewarganegaraan | China |
Parti politik | Parti Komunis China |
Pasangan | Zhuo Lin |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Deng Xiaoping (Cina Ringkas: 邓小平 ; Cina Tradisional: 鄧小平 ; pinyin: Dèng Xiǎopíng; Wade-Giles: Teng Hsiao-p'ing; 22 Ogos 1904 – 19 Februari, 1997) ialah salah seorang pemimpin dalam Parti Komunis China (CCP). Deng tidak pernah menjawat ketua negara atau ketua kerajaan, tetapi berkhidmat sebagai pemimpin de facto Republik Rakyat China dari tahun 1978 hingga tahun 1992.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan di desa Paifang di perbandaran Xiexing, Kaunti Guang'an, Provinsi Sichuan, Deng Xiaoping, seorang berloghat Hakka, dididik di Perancis, sebagaimana dengan banyak pemberontak Asia yang terkenal (seperti Ho Chi Minh dan Zhou Enlai). Di sana, beliau menemukan Marxisme-Leninisme.
Deng berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertamanya, Zhang Xiyuan, salah satu rakan sekolahnya dari Moscow, meninggal dunia ketika hanya berumur 24 tahun, beberapa hari selepas melahirkan anak pertama mereka, anak perempuan yang juga mati. Jin Weiying, isteri keduanya, meninggalkannya selepas Deng mengalami serangan politik pada tahun 1933, manakala isteri ketiganya, Zhuo Lin, adalah anak perempuan kepada seorang usahawan di Provinsi Yunnan. Zhuo Lin menjadi seorang ahli Parti Komunis pada tahun 1938 dan setahun kemudian, berkahwin dengan Deng di hadapan gua kediaman Mao di Yan'an. Mereka dikurniakan lima orang anak: tiga orang anak perempuan (Deng Lin, Deng Nan, dan Deng Rong) serta dua anak lelaki (Deng Pufang, dan Deng Zhifang).
Kerjaya awal
[sunting | sunting sumber]Pada musim panas tahun 1920, Deng Xiaoping tamat sekolah di Sekolah Persediaan Chongqing. Bersama-sama 80 orang rakan sekolah yang menyertai program kajian kerja untuk pelajar-pelajar Cina, beliau menaiki kapal ke Perancis (kelas dek yang murah) dan tiba di Marseilles pada bulan Oktober. Deng merupakan pelajar yang paling muda antara rakan-rakan sekolahnya dan baru-baru sahaja mencapai umur 16 tahun. [1] Beliau menghabiskan kebanyakan masanya di Perancis untuk bekerja, mula-mulanya di Kilang Besi dan Keluli Le Creusot di Perancis Tengah, dan kemudian berturut-turut bekerja sebagai pemasang di kilang Renault di subbandar Paris di Billancourt, ahli bomba di dalam lokomotif dan pembantu dapur di restoran-restoran. Walaupun demikian, beliau tidak mendapat gaji yang mencukupi untuk menyara diri. Di samping itu, Deng juga menyertai sekolah-sekolah menengah di Bayeux dan Chatillon. Di bawah pengaruh pelajar-pelajar yang lebih tua (Zhao Shiyan, dan Zhou Enlai, antara lain) di Perancis, Deng mula belajar Marxisme dan menjalankan kerja propaganda politik. Pada tahun 1922, beliau menyertai Liga Belia Komunis Cina di Eropah dan pada akhir tahun 1924, menyertai Parti Komunis China serta menjadi salah satu ahli yang utama dalam Cawangan Am Liga Belia di Eropah. Deng belajar di Moscow di bekas Kesatuan Soviet pada tahun 1926 dan kembali ke China pada awal tahun 1927.
Pada tahun 1929, Deng mengetuai Pemberontakan Baise di provinsi Guangxi terhadap kerajaan Kuomintang (KMT}. Pemberontakan itu gagal tidak lama kemudian dan Deng melarikan diri ke Kawasan Soveit Pusat di provinsi Jiangxi.
Deng adalah bekas perajurit Perjalanan Jauh yang berkhidmat sebagai Setiausaha Am Jawatankuasa Pusat Parti Komunis ketika itu. Semasa bertindak sebagai komisar politik kepada Liu Bocheng, beliau melaksanakan banyak kempen ketenteraan yang penting semasa berperang dengan Jepun, dan semasa Perang Saudara terhadap KMT. Pada akhir bulan November 1949, Deng mengetuai serangan yang terakhir terhadap angkatan tentera KMT yang diketuai secara langsung oleh Chiang Kai-shek di tempat asal Deng di Sichuan. Kota Chongqing jatuh kepada Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada 1 Disember, dan Deng dilantik dengan segera sebagai Datuk Bandar dan komisar politik. (Chiang Kai-shek yang telah memindahkan ibu sawatnya ke Chongqing pada pertengahan bulan November melarikan diri ke ibu kota provinsi di Chengdu. Kota Cina tanah besar yang terakhir ini yang dipegang oleh KMT jatuh pada 10 Disember dan Chiang melarikan diri ke Taiwan pada hari yang sama.) Apabila Republik Rakyat China diasaskan pada tahun 1949, Deng dihantar untuk menangani masalah-masalah di Kawasan Barat Daya dan bertindak sebagai Setiausaha Pertamanya. Beliau memainkan peranan yang utama dalam perundingan-perundingan dengan para pemimpin Tibet dan memastikan setakat sokongan terhadap pengilhakan Tibet yang kemudian.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Spence 1999, 310
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Deng Xiaopeng |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Deng Xiaopeng |
- Obituari, NY Times, 20 Februari 1997
- Karya-karya Pilihan Deng Xiaoping Diarkibkan 2004-08-10 di Wayback Machine
- Kehidupan Deng Xiaoping
- Bekas 'keluarga pertama' China (daripada CNN)
- Laman web CNN: China berkabung secara rasmi atas kematian Deng Xiaoping Diarkibkan 2002-11-19 di Wayback Machine
- Mimpi Buruk Pasaran Bebas Deng (kritikan Maoisme)
- China 2002: Membina sosialisme dengan ciri-ciri Cina Diarkibkan 2002-08-07 di Library of Congress Web Archives (Parti Komunis Amerika Syarikat)
- Biografi akhbar China Daily
- Laman web Chinese-Tools : Karikatur Deng Xiaoping Diarkibkan 2007-06-29 di Wayback Machine
- Video
- Filem Dokumentari 52': China di Pentas Peragaan
- Laman web SINA: Hari Ulang Tahun Kematian Deng Xiaoping yang Ke-10
Didahului oleh Zhang Wentian |
Setiausaha Am Parti Komunis China 1956–1967 |
Diikuti oleh: Hu Yaobang |
Didahului oleh Hua Guofeng |
Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat CCP 1981–1989 |
Diikuti oleh: Jiang Zemin |
Didahului oleh Tiada |
Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat PRC 1983–1990 |
Diikuti oleh: Jiang Zemin |