Kebebasan perhimpunan
Penampilan
Kebebasan perhimpunan ialah hak seseorang untuk berkumpul dengan orang atau kumpulan lain dan mengemukakan, menyampaikan dukungan, dan mempertahankan gagasan mereka.[1] Kebebasan perhimpunan telah diperakui sebagai hak asasi manusia yang berkenaan dengan hak awam dan politik. Hak ini dapat ditemui dalam instrumen-instrumen berikut:
- Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat – Perkara 20
- Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Awam dan Politik – Perkara 21
- Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia – Perkara 11
- Konvensyen Amerika mengenai Hak Asasi Manusia – Perkara 15
Istilah "kebebasan perhimpunan" biasanya digunakan dalam konteks hak untuk berhimpun. Sementara itu, "kebebasan bersekutu" merujuk kepada hak untuk bergabung dengan atau keluar dari kumpulan tertentu, dan biasanya hak ini digunakan dalam konteks bergabung dengan sekutu buruh.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jeremy McBride, Freedom of Association, in The Essentials of Human Rights, Hodder Arnold, London, 2005, hlm. 18–20