Kereta Api Sanriku
Kereta Api Sanriku atau Sanriku Raliway (三陸鉄道 , Sanriku Tetsudō) ialah sebuah syarikat keretapi di Wilayah Iwate di bahagian utara Jepun. Syarikat dan jalurnya sering disebut sebagai Santetsu (三鉄 ). Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1981, Sebagai laluan keretapi "pihak ketiga" (separa BUMD, separa swasta) di negara ini, di luar kumpulan khas seperti laluan kargo di sekitar pelabuhan. Laluannya sebelumnya dimiliki oleh Keretapi Kebangsaan Jepun (JNR), yang akan ditutup. Santetsu mengambil alih laluan tersebut pada tahun 1984. Syarikat juga mengoperasikan agen perjalanan dan perniagaan yang lain.
Laluan Kita-Rias
[sunting | sunting sumber]Laluan Kita-Rias | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | 北リアス線 |
Lokasi | Wilayah Iwate |
Terminal | Miyako Kuji |
Stesen | 16[dated info] |
Operasi | |
Pemilik | Kereta Api Sanriku |
Teknikal | |
Panjang aliran | 71.0 km (44.1 bt) |
Bilangan landasan | Jalur tunggal |
Tolok landasan | 1,067 mm (3 kaki 6 in) |
Pengelektrikan | Tiada |
Senarai stesen
[sunting | sunting sumber]Kesemua stesen terletak dalam wilayah Iwate.
Stesen | Bahasa Jepun | Jarak
|
Pemindahan | Lokasi |
---|---|---|---|---|
Miyako | 宮古 | 0.0 | ■ Laluan Yamada | Miyako |
Yamaguchi Danchi | 山口団地 | 1.6 | ||
Ichinowatari | 一の渡 | 6.2 | ||
Sabane | 佐羽根 | 9.1 | ||
Tarō | 田老 | 12.7 | ||
Settai | 摂待 | 21.5 | ||
Iwaizumi-Omoto | 岩泉小本 | 25.1 | Iwaizumi | |
Shimanokoshi | 島越 | 33.4 | Tanohata | |
Tanohata | 田野畑 | 35.6 | ||
Fudai | 普代 | 44.9 | Fudai | |
Shiraikaigan | 白井海岸 | 48.3 | ||
Horinai | 堀内 | 51.4 | ||
Noda-Tamagawa | 野田玉川 | 55.9 | Noda | |
Tofugaura-Kaigan | 十府ヶ浦海岸 | 57.6 | ||
Rikuchū-Noda | 陸中野田 | 59.9 | ||
Rikuchū-Ube | 陸中宇部 | 63.3 | Kuji | |
Kuji | 久慈 | 71.0 |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Keretapi Kebangsaan Jepun (JNR) membuka bahagian Miyako menghala Taro pada tahun 1972 dan bahagian Kuji menghala Fudai pada tahun 1975. Syarikat ini membina bahagian Taro menghala Fudai, dan menyerahkan seluruh laluan tersebut kepada Sanriku pada hari pembukaan tahun 1984. Laluan ini mempunyai 42 terowong, termasuk terowong Masaki (6.532 m) dan Omoto (5.174 m) yang dibuka pada tahun 1984.
Laluan Minami-Rias
[sunting | sunting sumber]Laluan Minami-Rias | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | 南リアス線 |
Lokasi | Wilayah Iwate |
Terminal | Sakari Kamaishi |
Stesen | 10 |
Operasi | |
Pemilik | Kereta Api Sanriku |
Teknikal | |
Panjang aliran | 366 km (227 bt) |
Bilangan landasan | Jalur tunggal |
Tolok landasan | 1,067 mm (3 kaki 6 in) |
Pengelektrikan | Belum |
Kesemua stesen terletak di wilayah Iwate.
Stesen | Bahasa Jepun | Jarak
|
Pemindahan | Lokasi |
---|---|---|---|---|
Sakari | 盛 | 0.0 | Ōfunato | |
Rikuzen-Akasaki | 陸前赤崎 | 3.7 | ||
Ryōri | 綾里 | 9.1 | ||
Koishihama | 恋し浜 | 12.0 | ||
Horei | 甫嶺 | 14.3 | ||
Sanriku | 三陸 | 17.0 | ||
Yoshihama | 吉浜 | 21.6 | ||
Tōni | 唐丹 | 27.7 | ||
Heita | 平田 | 33.1 |
|
Kamaishi |
Kamaishi | 釜石 | 36.6 |
JNR membuka bahagian Sakari menghala Ryori pada tahun 1970, dan memanjangkan laluan sehingga Yoshihama pada tahun 1973. Syarikat ini meneruskan pembangunan hingga ke Kamaishi dan memindahkan seluruh laluan ke Sanriku pada hari pembukaannya pada tahun 1984. Laluan ini terdiri daripada 20 terowong.
Kerosakan gempa bumi dan tsunami 2011
[sunting | sunting sumber]Kedua laluan mengalami kerosakan teruk akibat gempa bumi dan tsunami Sendai 2011.[1] Kedua laluan mengalami kerosakan pada 300 titik, termasuk jambatan dan bangunan stesen. Tsunami juga menenggelamkan 5.8 km laluan keretapi. Perkhidmatan baru boleh pulih pada bulan April 2014.[2]
Kereta rel diesel yang akibat gempa bumi dan tsunami digantikan dengan tiga rangkaian kereta rel diesel baru yang dibiayai oleh Kuwait. Kereta baru tersebut diperkenalkan pada Januari 2014.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ [1] [pautan mati]
- ^ "Tsunami-hit Sanriku line fully operational". The Japan Times. 5 April 2014. Dicapai pada 16 June 2014.
- ^ 三陸鉄道、新車両3両投入へ [Sanriku Railway to introduce 3 new cars]. Tetsudo.com (dalam bahasa Japanese). Japan: Asahi Interactive. 22 June 2012. Dicapai pada 22 June 2012.CS1 maint: unrecognized language (link) Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak diketahui (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tapak web rasmi (Jepun)
- Media berkenaan Kereta Api Sanriku di Wikimedia Commons