Pergi ke kandungan

Modulasi Lapan-Hingga-Empat Belas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Modulasi Lapan-Hingga-Empat Belas (bahasa Inggeris: Eight-to-Fourteen Modulation, singkatan: EFM) merupakan satu teknik pengekodan data yang telah digunakan oleh CD dan MiniDisc pra-Hi-MD. EFM dan EFMPlus telah dicipta oleh Kees A. Schouhamer Immink.

Pengelasan teknologi

[sunting | sunting sumber]

EFM tergolong dalam kelas kod-kod bebas DC Had Kepanjangan Larian Run (RLL); mereka ini mempunyai dua sifat:-

  • spektrum (Fungsi ketumpatan kuasa) urutan yang dikodkan menghilang pada frekuensi rendah dan
  • kedua-dua bilangan minimum dan maksimum bit-bit yang berulangan sejenis adalah di dalam sempadan yang spesifik.