Ofensif (ketenteraan)
Ofensif atau penyerangan adalah satu operasi ketenteraan yang agresif dengan menggunakan pasukan bersenjata untuk menduduki sesuatu kawasan, memperoleh objektif atau mencapai matlamat strategik, operasi, atau taktikal yang lebih besar. Istilah lain bagi ofensif yang selalu digunakan oleh media ialah 'penyerbuan', atau lebih umum 'serangan'.
Ofensif dianggap sebagai satu cara yang nyata untuk menghasilkan kemenangan, walaupun dengan pengiktirafan fasa defensif di beberapa peringkat perlaksanaan.[1]
Panduan ringkas untuk saiz atau skop ofensif adalah mempertimbangkan bilangan askar yang terlibat di pihak yang memulakan serangan.
Penyerangan lazimnya dijalankan sebagai satu cara untuk mendapatkan inisiatif dalam konfrontasi antara lawan. Ia boleh dilancarkan di darat, di laut[2] atau di udara.
Ofensif laut, seperti serangan Pearl Harbor Jepun, dapat memberi implikasi yang luas untuk strategi nasional, dan memerlukan komitmen logistik yang signifikan untuk memusnahkan keupayaan tentera laut musuh. Ia juga boleh digunakan untuk mencegah perkapalan musuh, seperti Pertempuran Atlantik. Penyerangan laut juga boleh bersifat taktikal, seperti Operasi Coronado IX[3] yang dijalankan oleh Pasukan Mobile Sungai Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam.
Ofensif udara adalah operasi yang boleh menggambarkan beberapa jenis operasi yang berbeza, biasanya terhad kepada jenis pesawat tertentu. Serangan yang dilakukan oleh pesawat pejuang kebanyakannya dapat mewujudkan penguasaan udara di ruang udara tertentu, atau di atas kawasan tertentu. Penyerangan pesawat pengebom kadangkala juga dikenali sebagai serangan pengeboman strategik dan telah digunakan secara meluas oleh pihak Bersekutu pada skala besar semasa Perang Dunia II.[4] Penggunaan pesawat serangan darat untuk menyokong serangan darat boleh disebut sebagai ofensif udara, seperti yang dilakukan pada fasa pembukaan Operasi-operasi Kutuzov dan Rumyantsev Tentera Merah, apabila ratusan buah pesawat Ilyushin Il-2 digunakan secara besar-besaran untuk menewaskan pasukan darat Wehrmacht.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Glantz, David M., Soviet military operational art: in pursuit of deep battle, Frank Cass, London, 1991 ISBN 0-7146-4077-8
- Glantz, David M., The Soviet strategic offensive in Manchuria, 1945: August storm, Frank Cass, London, 2003
- Fulton, William B., Major General, VIETNAM STUDIES RIVERINE OPERATIONS 1966-1969, DEPARTMENT OF THE ARMY, U.S. Government Printing Office, WASHINGTON, D. C., 1985
- Longmate, Norman. The Bombers. Hutchins & Co, 1983. ISBN 0-09-151580-7.
- Isby, David C., Weapons and tactics of the Soviet Army, Jane's Publishing Company Limited, London, 1981