Ogos 2010
Penampilan
Ogos 2010 ialah bulan kelapan untuk 2010 dan 2010-an. Ia bermula pada hari Ahad dan berakhir selepas 31 hari pada hari Selasa.
Portal:Hal semasa
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan peristiwa yang berlaku pada bulan ini, diambil daripada arkib Portal:Hal semasa.
- 30 Ogos - Gunung Sinabung (gambar) di Sumatera, Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.
- 22 Ogos - Pelari Kenya David Lekuta Rudisha memecahkan rekod dunia 13 tahun dalam 800 meter di kejohanan IAAF di Berlin.
- 14 Ogos - Sukan Olimpik Belia pertama, Olimpik Belia Singapura 2010 bermula di Singapura.
- 11 Ogos - Colombia dan Venezuela menyambung kembali hubungan diplomatik selepas Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia.
- 9 Ogos - Paul Kagame terpilih semula sebagai Presiden Rwanda.
- 7 Ogos - Tanah runtuh di wilayah Gansu mengorbankan 700 orang, menambah korban banjir di China kepada lebih 1,700 orang.
- 5 Ogos - Lebih 1,600 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan.
- 4 Ogos - Lebih 50 orang disahkan maut dan ribuan lagi terpaksa berpindah akibat kebakaran liar di Daerah Persekutuan Pusat Rusia (gambar asap).
- 3 Ogos - 63 orang terbunuh dan lebih 200 cedera dalam rusuhan di Karachi, Pakistan.
- 2 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Nigel, Johannesburg, Afrika Selatan mengorbankan 22 orang.