Pegaga
Pegaga | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Asterid |
Order: | Apiales |
Keluarga: | Apiaceae |
Genus: | Centella |
Spesies: | C. asiatica
|
Nama binomial | |
Centella asiatica | |
Sinonim[2] | |
Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (Inggeris: Indian pennywort), dengan daun hijau bentuk ginjal kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya Centella asiatica (sin. Hydrocotyle asiatica).[3]
Jenis-jenis pegaga
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
- Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
- Pokok Pegaga Daun Lebar,
- Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
- Pokok Pegaga Kelantan,
- Pokok Pegaga Renek
- Pokok Pegaga Salad
- Pokok Pegaga Gajah
- Pokok Pegaga Brunei
Ciri morfologi
[sunting | sunting sumber]Pegaga adalah tumbuhan herba sukulen, malar hijau, tumbuhan saka yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah, dan umbel punya dua hingga ke lima buah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika".
Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai di Afrika Timur dan timur Madagaskar.
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.
Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap dimakan dengan sambal belacan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.[4]
Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam.
— Herbs: The Green Pharmacy of Malaysia,[5][6]
Khasiat
[sunting | sunting sumber]Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.[perlu rujukan]
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[7]
Antara khasiat lain pegaga adalah:[perlu rujukan]
- penawar alahan
- merawat asthma dan sesak nafas
- merawat jangkitan paru-paru
- merawat kegusaran dan kegigilan
- anti kanser
- melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
- penawar batu karang
- penawar kencing berdarah
- penawar ulser
- merangsang peredaran darah
- merawat cirit birit dan gastrik
- menurunkan tekanan darah
Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti kari, mi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu. Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. Masyarakat India pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.
Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.
Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda.[8]
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ Lansdown, R.V. (2019). "Centella asiatica". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T168725A88308182. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-2.RLTS.T168725A88308182.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamacabi
- ^ Traditional Malay Medicinal Plants, By Muhamad Zakaria & Mustafa Ali Mohd
- ^ http://www.paulpenders.com/ppblog/?p=8799 The flora of Paul Penders – Today: Pegaga
- ^ Kesihatan: Pegaga dalam perubatan tradisional
- ^ http://www.paulpenders.com/ppblog/?p=8799
- ^ Centella asiatica (pegaga)
- ^ http://www.paulpenders.com/ppblog/?p=8799 The flora of Paul Penders – Today: Pegaga
== Rujukan ==panou
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Senarai pokok | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |