Tukar seting Peringatan anda pada iPhone
Anda boleh menyesuaikan keutamaan anda untuk app Peringatan dalam Seting. Pilih senarai lalai untuk item baharu, laraskan pemberitahuan dan banyak lagi.
Sesuaikan seting Peringatan anda
Pergi ke Seting
> App > Peringatan.
Laraskan mana-mana daripada berikut:
Siri & Carian: Benarkan Siri untuk membuat cadangan merentas app berdasarkan cara anda menggunakan Peringatan. Anda juga boleh membenarkan cadangan dan kandungan daripada Peringatan untuk kelihatan dalam Carian dan widget.
Pemberitahuan: Tukar seting pemberitahuan.
Bahasa: Pilih bahasa pilihan anda.
Senarai Lalai: Pilih senarai untuk peringatan baharu yang anda cipta di luar senarai tertentu, seperti peringatan yang anda cipta menggunakan Siri.
Peringatan Hari Ini: Setkan masa untuk melihat pemberitahuan bagi peringatan seharian yang telah ditetapkan tarikh tanpa masa.
Tunjukkan sebagai Lewat: Tarikh yang dijadualkan bertukar merah untuk peringatan seharian yang terlewat.
Termasuk Dijangka Hari Ini: Kiraan lencana termasuk item lewat dan item dijangka hari ini.
Senyapkan Pemberitahuan: Nyahaktifkan pemberitahuan untuk peringatan ditetapkan.
Tunjukkan Cadangan: Jika anda menaipkan teks yang sepadan dengan peringatan yang diselesaikan sebelum ini, peringatan tersebut kelihatan sebagai cadangan.
Tambah Bahasa: Setkan bahasa tambahan yang Peringatan gunakan untuk meletakkan item barang runcit ke dalam kategori secara automatik.
Kosongkan Sejarah Pengkategorian: Mengosongkan pengkategorian yang dipelajari semasa anda mengalihkan item ke dalam senarai barang runcit secara manual; ini digunakan pada semua peranti dan senarai barang runcit anda yang anda telah kongsikan. Item sedia ada tidak terkesan.