Kawal aksesori dengan Rumah pada iPhone
Gunakan app Rumah dan Pusat Kawalan untuk mengawal aksesori dalam rumah anda.

Kawal aksesori dalam app Rumah
Pada tab Rumah, ketik ikon aksesori di sebelah kiri jubin—contohnya, lampu—untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan aksesori dengan cepat. Ketik nama aksesori di sebelah kanan jubin untuk menunjukkan kawalan aksesori.
Kawalan yang tersedia bergantung pada jenis aksesori. Sebagai contoh, dengan sesetengah mentol lampu, terdapat kawalan untuk menukar warna. Dengan TV pintar, anda boleh memilih sumber input.
Tambah aksesori ke Pusat Kawalan
Anda boleh menambah suasana Rumah dan aksesori ke Pusat Kawalan untuk akses mudah kepada aksesori anda yang paling banyak digunakan.
Buka Pusat Kawalan pada iPhone anda.
Ketik
di bahagian kiri atas, kemudian ketik Tambah Kawalan di bahagian bawah skrin.
Ketik kawalan Suasana Rumah atau Aksesori.
Ketik Pilih Suasana atau Aksesori, kemudian pilih rumah dan peranti atau suasana yang anda mahu kawal.
Lihat kategori dan status rumah
Kategori Lampu, Iklim, Keselamatan, Speaker dan TV, serta Air membolehkan anda mengakses semua aksesori berkaitan yang disusun mengikut bilik dengan cepat.
Pergi ke app Rumah
pada iPhone anda.
Ketik tab Rumah.
Di bawah nama rumah anda, butang menunjukkan status aksesori yang berada dalam satu kategori—contohnya, kategori Lampu yang menunjukkan “3 hidup”.
Ketik salah satu daripada butang kategori untuk menunjukkan semua aksesori dalam kategori tersebut, disusun mengikut bilik.
Semasa melihat kategori, ketik ikon di sebelah kiri jubin aksesori untuk melaksanakan tindakan—hidupkan atau matikan lampu atau sekumpulan lampu, mula bermain muzik pada HomePod, atau kunci pintu depan.
Lihat Sejarah Aktiviti
Apabila anda mempunyai hab rumah yang menggunakan seni bina Rumah baharu dan perisian terkini, ahli rumah anda boleh melihat sejarah aktiviti untuk aksesori seperti pintu garaj, kunci dan sistem keselamatan. Sebagai contoh, anda boleh mengetahui masa pintu dibuka kunci dan orang yang membuka kuncinya.
Pergi ke app Rumah
pada iPhone anda.
Pada tab Rumah, ketik
, kemudian ketik Seting Rumah.
Pergi ke Keselamatan & Perlindungan > Sejarah Rumah, kemudian ketik Satu Bulan untuk melihat aktiviti hingga 30 hari.
Dalam tab Rumah, ketik kategori Keselamatan, kemudian ketik Aktiviti Rumah untuk menunjukkan Sejarah Aktiviti.
Aktifkan Pencahayaan Adaptif
Sesetengah lampu serasi HomeKit membolehkan anda melaraskan suhu warnanya, daripada biru sejuk kepada kuning panas. Anda boleh mengesetkan lampu disokong untuk melaraskan suhu warna secara automatik sepanjang hari. Bangun dengan warna panas, kekal aktif dan fokus pada waktu tengah hari dengan warna lebih sejuk dan masuk tidur pada waktu malam dengan mengeluarkan lampu biru. Untuk lampu yang menyokong Pencahayaan Adaptif, ikuti langkah ini:
Pergi ke app Rumah
pada iPhone anda.
Ketik jubin lampu untuk menunjukkan kawalan.
Anda juga boleh menyentuh dan menahan jubin dan kemudian pilih Seting Aksesori.
Ketik
, kemudian aktifkan Pencahayaan Adaptif.
Nota: Pencahayaan Adaptif memerlukan hab rumah—peranti seperti Apple TV (generasi ke-4 atau lebih baharu) atau speaker HomePod.
Edit aksesori rumah
Untuk mengedit seting aksesori, ketik bahagian kanan jubin aksesori, ketik , kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Namakan semula aksesori: Ketik
untuk memadamkan nama lama, kemudian taipkan nama baharu.
Tukar ikon aksesori: Ketik ikon bersebelahan nama aksesori, kemudian pilih ikon baharu. Jika anda tidak mendapat pilihan ikon lain, bermakna ikon untuk aksesori tidak boleh ditukar.
Himpun aksesori
Anda boleh mengawal berbilang aksesori dengan ketikan butang dengan menghimpunkannya.
Pergi ke app Rumah
pada iPhone anda.
Ketik bahagian kanan jubin aksesori, ketik
, kemudian ketik Himpunkan dengan Aksesori Lain.
Ketik aksesori yang anda mahu himpunkan dengan aksesori ini—contohnya, lampu lain dalam bilik.
Dalam medan Nama Kumpulan, taipkan nama untuk kumpulan tersebut.
Ketik Selesai.
Aktifkan Sertakan dalam Kegemaran untuk menyertakan kumpulan dalam Kegemaran pada tab Rumah.