Aktifkan atau nyahaktifkan resit dibaca dalam Mesej pada iPhone
Anda boleh menggunakan resit dibaca untuk memaklumkan seseorang secara automatik apabila anda melihat mesej teks mereka.
Apabila resit dibaca diaktifkan, pengirim melihat perkataan “Dibaca” di bawah mesej yang mereka hantar kepada anda, yang menandakan anda telah membaca mesej mereka. Jika anda belum mebaca mesej mereka, pengirim melihat “Dibaca”.
Anda boleh mengaktifkan resit dibaca untuk semua orang atau untuk kenalan individu.
Nota: Untuk menggunakan resit dibaca, anda dan penerima anda mesti mengaktifkan iMessage.
Aktifkan resit dibaca
Anda boleh mengaktifkan resit dibaca untuk memaklumkan semua orang bahawa anda telah membuka mesej mereka.
Pergi ke Seting
> App > Mesej.
Aktifkan Hantar Resit Dibaca.
Nota: Jika anda menyahaktifkan resit dibaca untuk kenalan tertentu, anda perlu mengaktifkan semula seting untuk kenalan tersebut secara individu. (Lihat Aktifkan resit dibaca untuk satu orang, di bawah.)
Nyahaktifkan resit dibaca
Jika anda tidak mahu orang lain tahu bahawa anda telah membuka mesej mereka, anda boleh menyahaktifkan resit dibaca.
Pergi ke Seting
> App > Mesej.
Nyahaktifkan Hantar Resit Dibaca.
Nota: Tindakan ini hanya memberi kesan kepada perbualan dengan kenalan dengan resit dibaca yang anda tidak pernah aktifkan secara individu. (Lihat Nyahaktifkan resit dibaca untuk satu orang, di bawah.)
Aktifkan resit dibaca untuk satu orang
Anda boleh mengaktifkan resit dibaca dalam perbualan untuk memaklumkan seorang penerima tersebut apabila anda melihat mesej masuk mereka, walaupun jika anda menyahaktifkan resit dibaca secara umumnya.
Pergi ke app Mesej
pada iPhone anda.
Ketik perbualan, kemudian ketik nombor atau nama orang yang anda berkomunikasi di bahagian atas perbualan.
Aktifkan Hantar Resit Dibaca.
Nyahaktifkan resit dibaca untuk satu orang
Jika anda mengaktifkan resit dibaca untuk seorang individu tetapi anda mahu mereka berhenti menerima resit dibaca, anda boleh menyahaktifkan seting ini untuk kenalan tersebut.
Pergi ke app Mesej
pada iPhone anda.
Ketik perbualan, kemudian ketik nombor atau nama orang yang anda berkomunikasi di bahagian atas perbualan.
Nyahaktifkan Hantar Resit Dibaca.
Dapatkan resit dibaca apabila orang lain melihat mesej anda
Anda tidak boleh mengaktifkan resit dibaca untuk sesiapa kecuali anda sendiri. Untuk menerima resit dibaca apabila mesej anda dibuka, minta penerima untuk mengaktifkannya. Lihat Aktifkan resit dibaca untuk satu orang, di atas.