Strim kandungan dan kawal main balik dalam app Apple TV pada iPhone anda
Dalam app Apple TV, anda boleh menstrim rancangan TV, filem, sukan dan banyak lagi. Anda juga boleh memuat turun filem dan episod rancangan TV. Dalam iOS 18.2 atau lebih baharu, anda boleh memuat turun musim penuh rancangan TV.
Kandungan daripada Apple TV+ dan saluran Apple TV dimainkan dalam app Apple TV, sementara kandungan daripada penyedia lain dimainkan dalam app video mereka. Gunakan kawalan main balik untuk memainkan atau menjeda perkara yang anda tonton, langkau ke belakang atau ke depan dan banyak lagi.
Apabila anda menonton dengan rakan anda menggunakan SharePlay, kawalan main balik dikongsi oleh semua orang pada panggilan FaceTime. Untuk mengetahui lanjut tentang menggunakan SharePlay dalam app Apple TV, lihat Gunakan SharePlay untuk menonton, mendengar dan memainkan bersama-sama dalam FaceTime.
Strim kandungan

Pergi ke app Apple TV
pada iPhone anda.
Ketik item untuk melihat butirannya.
Pilih mana-mana pilihan berikut (bukan semua pilihan tersedia untuk semua tajuk):
Tonton Apple TV+ atau saluran Apple TV: Ketik Main. Jika anda bukan pelanggan semasa, ketik Cuba Secara Percuma (tersedia untuk Akaun Apple yang layak) atau Langgan.
Pilih app video yang berlainan. Jika tajuk tersedia daripada berbilang app, skrol ke bawah untuk Cara Menonton, kemudian pilih app.
Muat turun kandungan

Dalam app Apple TV, anda boleh memuat turun filem dan episod rancangan TV. Dalam iOS 18.2 atau lebih baharu, anda boleh memuat turun musim penuh rancangan TV.
Pergi ke app Apple TV
pada iPhone anda.
Ketik item untuk melihat butirannya.
Pilih mana-mana pilihan berikut (bukan semua pilihan tersedia untuk semua tajuk):
Muat turun filem: Ketik
.
Muat turun episod rancangan TV: Ketik
, ketik musim, kemudian ketik
bersebelahan episod yang anda mahu muat turun.
Muat turun musim penuh rancangan TV: Ketik
,ketik musim, kemudian ketik butang musim di bahagian atas skrin.
Anda boleh mencari item dimuat turun dalam pustaka anda dan menontonnya walaupun apabila iPhone tidak disambungkan ke internet.
Tonton filem yang anda sewa
Pergi ke app Apple TV
pada iPhone anda.
Ketik Pustaka, ketik Sewaan, kemudian ketik filem.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan filem: Ketik
. Masa yang tinggal dalam tempoh sewaan ditunjukkan.
Muat turun filem: Ketik
untuk menonton item kemudian semasa iPhone tidak disambungkan ke internett.
Gunakan kawalan main balik
Semasa main balik, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan.

Kawalan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | Main | ||||||||||
![]() | Jeda | ||||||||||
![]() | Langkau ke belakang 10 saat; sentuh dan tahan untuk putar balik | ||||||||||
![]() | Langkau ke hadapan 10 saat; sentuh dan tahan untuk maju pantas | ||||||||||
![]() | Tukar kelajuan main balik | ||||||||||
![]() | Tukar trek audio dan tingkatkan dialog | ||||||||||
![]() | |||||||||||
![]() | Kongsi episod, filem, treler atau acara sukan | ||||||||||
![]() | |||||||||||
![]() | Mulakan Gambar dalam Gambar—anda boleh terus menonton video semasa anda menggunakan app lain | ||||||||||
![]() | Hentikan main balik |
Apabila audio disenyapkan, sari kata kelihatan secara automatik. Juga jika anda melangkau ke belakang 10 saat, sari kata kelihatan. Untuk menyahaktifkan sari kata, ketik , kemudian ketik Tak Aktif.
Tukar pilihan audio semasa main balik
Semasa main balik, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan main balik.
Ketik
, kemudian ketik Tingkatkan Dialog.
Ketik satu daripada berikut:
Tingkatkan Lagi: Menjadikan dialog sangat menonjol dalam campuran.
Tingkatkan: Menjadikan dialog lebih menonjol dalam campuran.
Tidak aktif: Menyahaktifkan Tingkatkan Dialog.
Dapatkan maklumat tentang rancangan, watak, pelakon dan muzik
Semasa main balik, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang filem atau rancangan TV yang anda sedang tonton atau pergi terus ke Teruskan Menonton.
Dengan Pengetahuan, anda boleh mendapatkan maklumat masa nyata tentang pelakon, watak dan muzik yang sedang berada pada skrin semasa anda menonton filem atau rancangan TV Apple TV+ (langganan Apple TV+ diperlukan). Anda boleh mengetik pelakon untuk melihat latar belakang dan halaman filemografi mereka, atau melihat lagu yang dimainkan dalam latar belakang dengan cepat dan menambahnya ke senarai main Apple Music (langganan Apple Music diperlukan).
Semasa main balik, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan main balik.
Ketik mana-mana pilihan berikut:
Info: Lihat maklumat lanjut tentang perkara yang anda tonton.
Pengetahuan: Ketik pelakon atau watak untuk melihat lebih banyak info. Jika maklumat muziknya kelihatan, ketik lagu untuk menambahnya ke senarai main dalam app Muzik
(langganan Apple TV+ dan Apple Music diperlukan).
Teruskan Menonton. Pergi terus ke Teruskan Menonton, kemudian ketik item untuk mula menontonnya.
Sukan Langsung: Lihat peristiwa sukan langsung dan akan datang.