Strim video dan foto ke Apple TV atau TV pintar secara wayarles daripada iPhone
Anda boleh menggunakan Apple TV atau TV pintar yang didayakan AirPlay 2 anda untuk menonton video dan melihat foto yang distrim daripada iPhone anda.
Nota: Untuk menstrim video atau foto ke Apple TV atau TV pintar daripada iPhone anda, kedua-dua peranti mesti berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama.
Mainkan video pada Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2
Semasa memainkan video dalam app Apple TV
atau app video lain yang disokong pada iPhone anda, ketik skrin untuk menunjukkan kawalan.
Ketik
, kemudian pilih Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.
Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPhone anda.
Untuk menukar destinasi main balik, pilih pilihan AirPlay berbeza pada skrin iPhone anda.
Tunjukkan foto pada Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2
Pergi ke app Foto
pada iPhone anda.
Ketik foto, kemudian ketik
.
Leret ke atas, ketik
, kemudian pilih Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.
Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPhone anda.
Untuk berhenti menstrim foto, ketik berhampiran bahagian atas skrin iPhone anda, kemudian ketik Nyahaktifkan AirPlay.
Aktifkan atau nyahaktifkan penstriman AirPlay automatik
Anda boleh membenarkan iPhone anda menemui dan bersambung secara automatik ke sebarang Apple TV atau TV pintar yang kerap digunakan semasa memainkan kandungan daripada app yang anda kerap gunakan dengan AirPlay.
Pergi ke Seting > Umum > AirPlay & Kesinambungan, kemudian pilih Automatik, Jangan, atau Tanya.
Cerminkan iPhone anda pada Apple TV atau TV pintar
Pada Apple TV atau TV pintar, anda boleh menunjukkan apa-apa sahaja yang kelihatan pada iPhone anda.
Buka Pusat Kawalan pada iPhone anda.
Ketik
, kemudian pilih Apple TV atau TV pintar didayakan AirPlay 2 anda sebagai destinasi main balik.
Jika kod laluan AirPlay kelihatan pada skrin TV, masukkan kod laluan pada iPhone anda.
Untuk bertukar semula ke iPhone, buka Pusat Kawalan, ketik , kemudian ketik Hentikan Pencerminan.
Nota: Untuk senarai TV pintar didayakan AirPlay 2, lihat Tapak web aksesori Rumah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menggunakan Apple TV, lihat Panduan Pengguna Apple TV.