Gunakan dan sesuaikan butang Tindakan pada iPhone
Pada model disokong, iPhone mempunyai butang Tindakan di tempat suis Dering/Senyap. Anda boleh memilih fungsi yang anda mahu butang Tindakan lakukan apabila anda menekannya. Disebabkan butang mudah diakses, ia berguna untuk tindakan yang anda lakukan dengan kerap. (Lokasi butang Tindakan ditunjukkan di bawah.) Mudah untuk menukar butang Tindakan bagi melakukan fungsi yang berbeza.

Sesuaikan butang Tindakan
Pada model disokong, pergi ke Seting
> Butang Tindakan.
Imej bahagian sisi iPhone kelihatan dengan ikon mewakili tindakan yang anda boleh tetapkan kepada butang Tindakan.
Untuk memilih tindakan, leret ke tindakan yang anda mahu gunakan—namanya kelihatan di bawah titik.
Petua: Bagi menyesuaikan butang Tindakan untuk meletakkan iPhone dalam mod Senyap, leret ke
. Untuk memilih tindakan lain, leret ke tindakan.
Jika terdapat pilihan tambahan untuk tindakan dipilih,
kelihatan di bawah tindakan; ketiknya untuk melihat senarai pilihan.
Untuk tindakan Kawalan, Pintasan dan Kebolehcapaian, anda perlu mengetik butang di bawah tindakan dan memilih pilihan khusus—jika tidak, butang Tindakan tidak melakukan apa-apa.
Ikon
Tindakan
Mod Senyap Bertukar antara Senyap dan Dering untuk panggilan dan isyarat.
Fokus: Aktifkan Fokus untuk menyenyapkan pemberitahuan dan menapis gangguan.
Kamera: Buka app Kamera untuk menangkap detik.
Kecerdasan Visual: Gunakan kecerdasan visual untuk mengetahui lebih lanjut tentang tempat dan objek di sekeliling anda (tersedia pada iPhone 16e dan memerlukan Apple Intelligence).
Lampu suluh: Aktifkan cahaya tambahan apabila anda memerlukannya.
Memo Suara: Rakam nota peribadi, idea muzikal dan banyak lagi.
Cam Muzik: Cari lagu yang dimainkan berdekatan atau pada iPhone anda dengan Shazam.
Terjemah: Terjemahkan frasa atau berbual dengan seseorang dalam bahasa lain.
Kanta Pembesar: Tukarkan iPhone anda menjadi kanta pembesar untuk mengezum masuk dan mengesan objek berdekatan anda.
Kawalan: Akses kawal kegemaran anda dengan cepat.
Pintasan: Buka app atau jalankan pintasan kegemaran anda.
Kebolehcapaian: Gunakan ciri kebolehcapaian dengan cepat.
Tiada Tindakan
Tidak melakukan apa-apa.
Gunakan butang Tindakan
Untuk melakukan tugasan yang ditetapkan kepada butang Tindakan, tekan dan tahan butang Tindakan.
Untuk kebanyakan fungsi, butang Tindakan boleh digunakan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan seting. Sebagai contoh, jika tindakan yang dipilih ialah Mod Senyap, anda boleh menekan dan menahan butang Tindakan untuk menetapkan iPhone dalam mod Senyap . Jika anda menekan dan menahan butang Tindakan lagi, ia akan menyahaktifkan mod Senyap.
Tambah kawalan ke butang Tindakan
Anda boleh menetapkan kawalan Pusat Kawalan ke butang Tindakan dan aktifkan atau nyahaktifkan kawalan dengan hanya menggunakan butang Tindakan.
Pergi ke Seting
> Butang Tindakan.
Leret ke tindakan Kawalan, kemudian ketik Pilih Kawalan.
Skrol menerusi kawalan atau cari kawalan yang anda mahu dengan memasukkannya dalam medan carian di atas kawalan.
Ketik kawal yang anda mahu tambah.
Sebagai contoh, anda boleh menetapkan Mod Gelap ke butang Tindakan dengan mengetik
. Kemudian anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Mod Gelap dengan menekan dan menahan butang Tindakan.
Gunakan kecerdasan visual dengan butang Tindakan
Pada iPhone 16e dengan iOS 18.3 atau lebih baharu, anda boleh menggunakan kecerdasan visual dengan butang Tindakan. Kecerdasan visual membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang tempat, objek dan teks di sekeliling anda.
Pergi ke Seting
> Butang Tindakan.
Imej bahagian sisi iPhone kelihatan dengan ikon mewakili tindakan yang anda boleh tetapkan kepada butang Tindakan.
Leret kiri atau kanan sehingga pilihan Kecerdasan Visual kelihatan atas skrin.
Selepas anda menyelesaikan langkah 1 dan 2, anda tidak perlu mengulangnya untuk menggunakan kecerdasan visual.
Halakan kamera iPhone anda ke arah objek di hadapan anda, kemudian tekan dan tahan Butang Tindakan.
Ketik mana-mana pilihan atas skrin untuk mengetahui lebih lanjut (pilihan berbeza; lihat Gunakan kecerdasan visual pada iPhone).
Ketik
untuk menutup hasil kecerdasan visual, kemudian leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk menutup kecerdasan visual.