Pergi ke kandungan

Durian belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Durian belanda
Sebiji durian belanda
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. muricata
Nama binomial
Annona muricata
Sinonim

Annona macrocarpa Wercklé
Annona crassiflora Mart.[1]
Guanabanus muricatus M.Gómez
Guanabanus muricatus (L.) M.Gómez[2]
Annona bonplandiana Kunth
Annona cearensis Barb. Rodr.
Annona muricata Vell.[3]

Durian belanda (Jawi: دورين بلندا) atau sirsak (Jawi: سيرسق‎;[4] nama saintifik: Annona muricata L.) adalah spesies buah dalam keluarga Annonaceae genus Annona serumpun dengan buah nona.[5] Ia bertaburan asal di kawasan-kawasan tropika merangkumi selatan Mexico melalui Caribbean sampai ke utara Amerika Selatan,[5] ia merupakan antara tumbuhan terawal disebarkan pelayar Barat dari dunia Baru bertapak di Asia Tenggara.

Buah ini dinamakan kerana rupanya yang berduri agak mirip durian tetapi bersifat asing atau "belanda".[6][7] Perkaitan sifat "belanda" ini dengan rupa mirip buah setempat tercermin pada bahasa-bahasa serumpun Nusantara termasuk:

Nama sirsak menyerap kata Belanda: zuurzak; ia mungkin kata gabung bermaksud "kantung masam" mahupun meminjam kata bahasa Papiamentu sorsaka atau kata bahasa Tamil síru-sákkei dua-dua bermaksud "kulur kecil".[9]

Pokok buah ini jenis malar hijau.[5][10] Ia boleh tumbuh mencapai setinggi 9.1 meter. [10][5][11][12] Batang-batangnya mempunyai bulu halus semasa muda.[12] Dedaunnya berbentuk bujur dengan panjang 8-16 sm dan 3-7 sm lebar berkulit licin di atas[12] dari tangkai panjang antara 4-13 mm.[12]

Bunga pokok muncul setentang daun atau dari ketiak daun pokok sendiri dua atau tiga kuntum setangkai berkayu antara 2-5 mm panjang;[12] kelopak-kelopaknya tebal berbentuk bujur meruncing di pangkal dan berwarna kekuningan.[12] Buah hasil senyawaan bunga-bunga tersebut membesar sehingga 30 sm panjang[12] dengan kulit tegap[13] berduri mirip durian sedikit tumpul. Isinya keputihan dan ranum[13] mengeluarkan wangian sendiri[12] serta memiliki banyak biji. Isi buah ini boleh mempunyai rasa manis dengan kandungan gula semulajadi setinggi 68% mahupun rasa masam.[8]

Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.

Isi buah sering dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

  1. ^ a b "Annona muricata". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 18 April 2008.
  2. ^ "Plant Name Details Annonaceae Aluguntugui L." International Plant Names Index. International Organization for Plant Information (IOPI). Dicapai pada 18 April 2008.
  3. ^ W3TROPICOS. "Annona muricata L." Missouri Botanical Garden Press. Dicapai pada 18 April 2008.
  4. ^ "sirsak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ a b c d Julia F. Morton (1987). "Soursop, Annona muricata". West Lafayette, IN: New Crop Resource Online Program, Center for New Crops & Plant Products, Department of Horticulture and Landscape Architecture, Purdue University. Dicapai pada 25 May 2018.
  6. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "belanda". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 112. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  7. ^ Allen, Betty Molesworth (1967). Malayan Fruits: An Introduction to the Cultivated Species. D. Moore Press. m/s. 29. The word Belanda (meaning Hollander) was used to inidicate something which was foreign and made known by the Dutch, and the spiny fruit of this plant must have suggested that of the native Durian...
  8. ^ a b Sunarjono, Hendro (2005). Sirsak & Srikaya. Bogor: Niaga Swadaya. m/s. 18, 20. ISBN 979-4899-03-8.
  9. ^ "zuurzak". EtymologieBank., memetik:
    • van der Sijs, Nicoline (2010). "zuurzak". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "zuurzak". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  10. ^ a b "Annona muricata (soursop)". CABI. 3 January 2018. Dicapai pada 25 May 2018.
  11. ^ "Annona muricata L." Ecology & Evolutionary Biology Greenhouses, University of Connecticut. Ecology & Evolutionary Biology Greenhouses. 10 April 2008. Dicapai pada 18 April 2008. crfg
  12. ^ a b c d e f g h "Annona muricata L." eFloras.org. Dicapai pada 18 April 2008.
  13. ^ a b "Annona muricata L., Annonaceae". Institute of Pacific Islands Forestry: Pacific Island Ecosystems at Risk (PIER). 5 Januari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2008. Dicapai pada 18 April 2008.