Ghusl
Penampilan
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
Suatu disiplin kajian Islam |
- Artikel ini mengenai Kebersihan dalam Islam.
Ghusl (غسل) adalah perkataan Arab merujukkan kepada mandi. Mandi pada bahasa adalah mengalirkan air pada seluruh badan. Pada syarak pula, mandi bermaksud mengalirkan air pada seluruh badan dengan niat tertentu.
Untuk memasuki keadaan suci sebelum Solat, seorang Muslim biasanya mengangkat hadas kecil, atau wuduk. Pada sesetengah keadaan, seperti pada hari Jumaat, ia "mustahab" (iaitu disunatkan) mengambil "ghusl" atau mandi sunat. Dalam keadaan yang lainnya, "ghusl" wajib dikerjakan.
Lihat juga: Mandi wajib dan cara-cara mandi
Mandi-mandi sunat dan waktunya
[sunting | sunting sumber]- Mandi hari Jumaat bagi mereka yang hendak menunaikan solat fardhu Jumaat dan waktunya adalah dari waktu Subuh.
- Mandi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan waktunya bermula sejak tengah malam.
- Mandi minta hujan
- Mandi kerana gerhana matahari
- Mandi kerana gerhana bulan
- Mandi kerana memandikan mayat
- Mandi kerana masuk Islam
- Mandi bagi orang gila yang telah hilang gilanya
- Mandi bagi orang pitam yang telah hilang pitamnya
- Mandi ketika hendak ihram
- Mandi kerana memasuki Makkah
- Mandi kerana wukuf di Arafah
- Mandi kerana bermalam di Muzdalifah
- Mandi kerana melontar jamrah yang di Mina
- Mandi kerana tawaf
- Mandi kerana sa'ie
- Mandi kerana memasuki Madinah
- Orang yang gila atau pitam yang sedar dan diketahui berhadas besar, maka wajiblah baginya mandi.
- Hukum bagi mandi ketika hendak ihram sama bagi yang baligh, belum baligh, gila ataupun haid.
- Mandi kerana memasuki Makkah itu sama hukumnya bagi orang yang ihram kerana haji atau umrah.
- Mandi kerana melontar jamrah disunatkan pada tiap-tiap hari melontar.