Khilafah Fatimiyah
Dinasti Fatimiah الدولة الفاطمية ad-Dawlah al-Fāṭimiyya | |||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
909–1171 | |||||||||||||||||||||||||
Bendera | |||||||||||||||||||||||||
Ibu negara |
| ||||||||||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Arab (bahasa dominan dan pertuturan) Judeo-Arab (bahasa Arab dengan tulisan Hebrew) Berber Latin Afrika | ||||||||||||||||||||||||
Agama | Syiah Ismailiyah | ||||||||||||||||||||||||
Kerajaan | Khilafah | ||||||||||||||||||||||||
Khalifah | |||||||||||||||||||||||||
• 909–934 (pertama) | al-Mahdi Billah | ||||||||||||||||||||||||
• 1160–1171 (terkhir) | al-'Āḍid | ||||||||||||||||||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan Awal | ||||||||||||||||||||||||
• Didirikan | 5 Januari 909 | ||||||||||||||||||||||||
• Pengasasan Kaherah | 8 Ogos 969 | ||||||||||||||||||||||||
• Dibubarkan | 1171 | ||||||||||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||||||||||
969[1][2] | 4,100,000 km2 (1,600,000 bt2) | ||||||||||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||||||||||
• | 6,200,000 | ||||||||||||||||||||||||
Mata wang | Dinar | ||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Negara kini |
Kerajaan Fatimiyah atau al-Fātimiyyūn (Arab: الفاطميون ) merupakan sebuah kerajaan khilafah Islam bermazhab Syiah yang memerintah kawasan Afrika Utara, Mesir dan Syam bermula dari 5 Januari 910 sehingga 1171. Dinasti ini berdiri setelah jatuhnya Dinasti Aghlabiyah dan bermula di Qairawan. Golongan elit pemerintah kerajaan ini merupakan penganut mazhab Ismailiyah dari mazhab Syiah. Pemimpin kerajaan ini juga merupakan Imam Syiah Ismailiyyah, dan oleh yang demikian, mempunyai kepentingan keagamaan kepada Syiah Ismailiyyah. Mereka juga merupakan sebahagian dari rantai pemegang jawatan khalifah, yang diakui kebanyakan Muslim. Ini merupakan satu-satunya zaman di mana Imam Syiah dan khilafah Islam bersatu selepas pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
Kerajaan Fatimiyyah dikatakan amat bertoleransi dengan orang Yahudi dan Kristian Qibti di samping orang Islam aliran lain.
Pada zaman 'Ubaydullah al-Mahdi pucuk pimpinannya ialah al-Mahdi sendiri sebagai khalifah yang mengaku berketurunan Ismail (imam yang diakui Ismailiyah sebagai penerus Ja'afar As-Sadiq). Pada zaman anak beliau, al-Qa'im sehingga al-Mu'iz, kuasa khalifah berada adalah di tangan para wazirnya yang berketurunan Barbar. Pada zaman al-'Aziz pula pengaruh Turki mula masuk. Pada waktu ini juga berlaku persaingan antara orang Turki dengan orang Barbar.
Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Kerajaan ini berakar hasil suatu pergerakan Syiah Ismailiyah yang wujud pada abad ke-9 oleh Imam Ismailiyah ke-8, Abd Allah al-Akbar[3] di Salamiyah, Syria; beliau menyatakan diri mempunyai pertalian dengan susur galur keturunan Nabi Muhammad melalui puteri baginda Fatimah al-Zahra dan suaminya Ali bin Abi Talib.[4] Pergerakan ini dianggap menyeleweng oleh Kerajaan Abbasiyah; maka Abdullah dan anaknya Abdullāh al-Mahdī Billah melarikan diri ke Sijilmasa[3] (kini di Maghribi).
Kerajaan ini didirikan pada 909 oleh Abdullah al-Mahdi di kawasan Ifriqiya (kini Tunisia); beliau mengesahkan kekuasaannya dengan Dengan cepat kendali Abdullāh al-Mahdi meluas ke seluruh Maghreb, sebuah wilayah merangkumi negara-negara moden Maghribi, Aljazair, Tunisia dan Libya yang diperintah dari ibu kota Mahdiyah.
Peluasan kuasa
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 972, angkatan pimpinan Jawhar aṣ-Ṣiqillī Al-Mu'izz id-Dinillah menewaskan dinasti Ikhsyidiyah yang bertempat di sana. Pihak Fatimiyah menawan kota Fustat lalu membangunkan suatu kota baharu bernama Kaherah (القـــاهــرة al-Qāhirat "Sang Penunduk").[5] Mereka turut mara menakluk wilayah-wilayah sekitarnya hingga mereka berkuasa dari Tunisia ke Suriah dan malahan menyeberang ke Sicilia dan Italia selatan.
Mesir menjadi pusat kekuasaan kerajaan ini yang mencakupi Afrika Utara, Sisilia, pesisir Laut Merah Afrika, Palestin, Suriah, Yaman, dan Hijaz;[6][7] pusat perdagangan ia meliput luas kedua-dua Laut Tengah dan Lautan Hindi.
Kerajaan Fatimiyah dilihat jauh lebih cekap dalam urusan pentadbiran mereka berbanding kerajaan sezamannya di Eropah kerana penumpuan pelantikan pegawai-pegawai ia yang lebih berdasarkan kecekapan berbanding keturunan. Anggota cabang lain dalam Islām, seperti Sunni, sepertinya diangkat ke kedudukan pemerintahan sebagaimana Syi'ah. Toleransi dikembangkan kepada non-Muslim seperti para penganut Kristian dan Yahudi yang mendapatkan kedudukan tinggi dalam pemerintahan berdasarkan kepada kemampuan (pengecualian pada sikap umum toleransi ini termasuk "Mad Caliph" Al-Hakim bi-Amrillah).
Kejatuhan
[sunting | sunting sumber]Pada 1040-an, Ziriyah (gabenor Afrika Utara pada masa Fatimiyah) memerdekakan diri dari kerajaan Fatimiyah dan berpindahnya mereka ke Islām Sunnī, yang menimbulkan serangan Banū Hilal yang menghancurkan. Setelah 1070, Fatimiyah mengendalikan pesisir Syam dan bagian Suriah terkena serangan bangsa Turki, kemudian Pasukan Salib, sehingga wilayah Fatimiyah menyempit sampai hanya meliputi Mesir.
Zengid Nūr ad-Dīn memerintahkan panglimanya Salahuddin Ayyubi menakluk Mesir pada 1169, membentuk Dinasti Ayubiyyah Sunni.
Senarai penguasa atau imām yang memerintah
[sunting | sunting sumber]Kata "Imām" sebagaimana yang digunakan dalam Islām Shīˤa berarti pemimpin pengganti dalam komunitas muslim dari keturunan langsung Ali bin Abi Talib.
- Abū Muḥammad Abdu l-Lāh (Ubaydu l-Lāh) al-Mahdī bi'llāh (910-934) pendiri Fatimiyah
- Abū l-Qāsim Muḥammad al-Qā'im bi-Amr Allāh bin al-Mahdi Ubaidillah(934-946)
- Abū Ṭāhir Ismā'il al-Manṣūr bi-llāh (946-953)
- Abū Tamīm Ma'add al-Mu'izz li-Dīn Allāh (953-975) Mesir ditaklukkan semasa pemerintahannya
- Abū Manṣūr Nizār al-'Azīz bi-llāh (975-996)
- Abū 'Alī al-Manṣūr al-Ḥākim bi-Amr Allāh (996-1021)
- Abū'l-Ḥasan 'Alī al-Ẓāhir li-I'zāz Dīn Allāh (1021-1036)
- Abū Tamīm Ma'add al-Mustanṣir bi-llāh (1036-1094)
- al-Musta'lī bi-llāh (1094-1101)
- al-Āmir bi-Aḥkām Allāh (1101-1130)
- 'Abd al-Majīd al-Ḥāfiẓ (1130-1149)
- al-Ẓāfir (1149-1154)
- al-Fā'iz (1154-1160)
- al-'Āḍid (1160-1171)
Warisan Fatimiyyah
[sunting | sunting sumber]Selepas khalifah al-'Āḍid, pemerintah Fatimiyyah diturunkan dari takhta pemerintahan di Mesir oleh Ayyubiyyah. Satu kejadian di mana sebuah keluarga yang berasal daripada Fas mendakwa pewaris Fatimiyyah melalui Idris yang mana telah mengahwini wanita Berber, terutamanya keluarga Idrisid dan Rbati dari Maghribi. [perlu rujukan] Kebanyakan kumpulan-kumpulan "Tayyibi" (Alavi, Hebtiahs, Atbai Malak, Dawoodi) juga mendakwa mereka adalah pewaris kepada Fatimiyyah. Puak Taiyabi (Dawoodi Bohra yang mana merupakan kumpulan majoriti) mendakwa para Da`i mereka (lihat senarai Dai dari Dawoodi Bohra) adalah pewaris sebenar ke-21 Imam Taiyab abi al-Qasim, anak lelaki kepada Imam ke-20, Imam Mansur al-Āmir bi-Aḥkām Allāh (khalifah ke-10 Fatimiyyah) (gelaran Da`i diasaskan oleh Ratu Yaman Sulayhid (Arwa al-Sulayhi). Dai terkini bagi masyarakat Dawoodi Bohra adalah Dr. Syedna Mufaddal Saifuddin.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Turchin, Peter; Adams, Jonathan M.; Hall, Thomas D (December 2006). "East-West Orientation of Historical Empires". Journal of world-systems research. 12 (2): 222. ISSN 1076-156X. Dicapai pada 12 September 2016.
- ^ Rein Taagepera (September 1997). "Expansion and Contraction Patterns of Large Polities: Context for Russia". International Studies Quarterly. 41 (3): 495. doi:10.1111/0020-8833.00053. Dicapai pada 12 September 2016.
- ^ a b Yeomans 2006, m/s. 43.
- ^ Goldschmidt 84–86
- ^ Beeson, Irene (September–Oktober 1969). "Cairo, a Millennial". Saudi Aramco World: 24, 26–30. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2007. Dicapai pada 9 Ogos 2007. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Kenneth M. Setton; Marshall W. Baldwin (1969). A History of the Crusades: The First Hundred Years. Univ of Wisconsin Press. m/s. 104. ISBN 978-0-299-04834-1. Dicapai pada 26 February 2019.
The Fatimid caliphate at its height included Egypt, Syria, the Hejaz, the Yemen, North Africa, and Sicily, and commanded the allegiance of countless followers in the eastern lands still subject to the Abbasids of Baghdad.
- ^ Allan Trawinski (25 June 2017). The Clash of Civilizations. Page Publishing Inc. m/s. 185. ISBN 978-1-63568-712-5. Dicapai pada 26 February 2019.
Originally based in Tunisia, the Fatimid Dynasty extended their rule across the Mediterranean coast of Africa and ultimately made Egypt the center of their caliphate. At its height, in addition to Egypt, the caliphate included varying areas of the Maghreb, Sicily, the Levant, and the Hijaz.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Fatimids entry in the Encyclopaedia of the Orient.
- Institute of Ismaili Studies London.
- Yang Merupakan Fatimids?
http://wawasansejarah.com/dinasti-fatimiyah/