Pergi ke kandungan

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim
Nama lama
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Ditubuhkan pada11 November 1997 (1997-11-11)
CanselorSultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
RektorHussin Salamon
Lokasi
Johor Bahru

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (singkatan KUIJSI) ialah sebuah kolej universiti di Johor, Malaysia. Ia mula ditubuhkan pada 11 November 1997 selepas pemeteraian perjanjian persefahaman antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan Universiti Al-Azhar. Dengan pemeteraian perjanjian tersebut, Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab Johor (disingkatkan menjadi MARSAH, dari Arab: مركز الدراسات الإسلامية و العربية, rumi: Markaz al-Dirasat al-Islamiah wa al-Arabiah) ditubuhkan.[1]

MARSAH telah dinaik taraf sebagai kolej universiti pada 8 Februari 2022.[2] Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Canselor pertama KUIJSI.[3]

  1. ^ "KUIJSI IPT Islam unggul di selatan Malaysia, ASEAN". BH. 27 Disember 2023. Dicapai pada 20 Jun 2024.
  2. ^ Hassim, Masuana (2022-04-26). "KOLEJ PENGAJIAN ISLAM JOHOR (MARSAH) DINAIK TARAF SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI)". Laman Web MKN. Dicapai pada 2024-06-19.
  3. ^ "Sultan Ibrahim proclaimed chancellor of KUIJSI". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-19.