Pergi ke kandungan

Lee Myung-bak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Myung-bak
이명박
李明博
Potret rasmi, 2008
Dalam jawatan
25 Februari 2008 – 24 Februari 2013
Perdana MenteriHan Seung-soo
Chung Un-chan
Kim Hwang-sik
Didahului olehRoh Moo-hyun
Digantikan olehPark Geun-hye
Datuk Bandar Seoul ke-32
Dalam jawatan
1 Julai 2002 – 30 Jun 2006
Didahului olehGoh Kun
Digantikan olehOh Se-hoon
Maklumat peribadi
Lahir (1941-12-19) 19 Disember 1941 (umur 82)
Hirano, Osaka, Japan
Parti politikGNP
PasanganKim Yoon-ok (k. 1970)

Lee Myung-bak (i.mʲʌŋ.bak̚) (lahir 19 Disember 1941) ialah ahli politik Korea Selatan yang berkhidmat sebagai presiden Korea Selatan ke-10 dari 2008 hingga 2013. Sebelum kepresidenannya, beliau merupakan datuk bandar Seoul dari 2002 hingga 2006.[1]

Dengan 49% undi, beliau menewaskan pihak lawan Chung Dong-young (26%) dan Lee Hoi-chang (15%).[2]

Pada 29 Oktober 2020, Lee diperintahkan untuk mula menjalani hukuman penjara selama 17 tahun oleh Mahkamah Agung atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.[3] Pada 27 Disember 2022, beliau menerima pengampunan Presiden.[4]

Lee Myung-bak bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Rumah Putih, 16 Jun 2009

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]
Lee di Thailand

Lee dilahirkan di Hirano-ku, Osaka, Jepun di mana ayahnya bekerja di ladang lembu. Keluarga beliau pulang ke Korea sejurus Perang Dunia Kedua tamat. Beliau merupakan anak ke-ima dan membesar di Pohang, Gyeongsangbuk-do. Lee menghabiskan masa kanak-kanaknya dengan membantu ibunya menjual aiskrim, kek, pakaian, buah, mancis, dan gula-gula.

Beliau berpendidikan awal di Sekolah Tinggi Komersil Dongji. Seterusnya beliau ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Lee Myung-bak dalam Perbicaraan

Lee pernah memenangi jawatan ketua majlis pelajar, juga menceburi politik jalanan. Pada 1964, beliau menyertai demonstrasi pelajar membantah pemulihan hubungan Korea-Jepun dan telah dipenjarakan selama enam bulan.

Latar belakang ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Lee menulis kepada bekas Presiden Park Chung-hee mengkritik pengamalan mengharamkan penunjuk perasaaan pelajar masuk ke persatuan utama, polisi yang diubah yang menghalang beliau mendapat kerja. Pada 1965, beliau menyertai Hyundai Engineering and Construction.

Semasa bekerja, beliau menemui mentor kepada beliau dan pengasas Hyundai, Chung Ju-Yung. Syarikat ini yang hanya mempunyai 90 pekerja berjaya meluaskan pasaran ke Timur Tengah semasa kerancakan ekonomi Korea pada tahun 1960-an dan 1970-an.Dalam masa 5 tahun, beliau menjadi eksekutif dan menjadi pengarah pada tahun 1977 . Ketika 3 dekad bersama Hyundai Group Lee mendapat gelaran "Bulldozer" untuk usaha merempuh cabaran.[5] Pada 1970-an, Lee terlibat dalam projek jambatan besar di Malaysia dan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad.[6][7]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Lee mengahwini Kim Yun-ok pada tahun 1947 dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Lee juga membuat keputusan untuk memeluk Kristian dan menjadi Bapa pembaptisan di Gereja Presbyterian Somang di Seoul.Dia dikecualikan daripada latihan ketenteraan kerana selalu mengalami sesak nafas.

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]
Lee Myung-bak bertemu Presiden Amerika Syarikat George W. Bush di Camp David, Maryland, 18 April 2008
Lee Myung-bak bertemu Presiden Hungary László Sólyom di Rumah Biru, 1 Disember 2009

Sekatan ke atas kebebasan bersuara

[sunting | sunting sumber]

Semasa Lee Myung-bak menjadi Presiden, beliau dikritik oleh pihak pembangkang kerana menjejaskan piawaian kebebasan bersuara.[8][9][10]

Caj rasuah

[sunting | sunting sumber]

Lee Myung-bak pertama kali disabitkan atas tuduhan penyelewengan dan menerima rasuah pada 5 Oktober 2018 dan dipenjara selama 15 tahun.[11][12] Beliau didapati bersalah menerima dana haram AS$10 juta (RM40.9 juta) dan menerima rasuah daripada Samsung Electronics sebagai pertukaran untuk membebaskan pengerusinya, Lee Kun-hee yang dipenjara atas kesalahan mengelak cukai.[13] Mahkamah Rayuan kemudian meningkatkan hukumannya kepada penjara 17 tahun[14] tetapi membenarkan beliau dijamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Agung.[15]

Pada 29 Oktober 2020, Lee diperintahkan untuk mula menjalani hukuman penjara selama 17 tahun oleh Mahkamah Agung atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.[16][17]

Pada 28 Jun 2022, beliau diberikan pembebasan sementara dari penjara kerana usia dan kesihatannya yang semakin merosot.[18][19]

Pada 27 Disember 2022, Lee menerima pengampunan Presiden. Menteri Kehakiman, Han Dong-hoon, berkata pengampunan itu sekali gus memendekkan hukuman penjara selama 17 tahun yang dikenakan ke atasnya, atas tuduhan rasuah..[4][20][21]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ The Korea Times, President-Elect Vows Creative Diplomacy
  2. ^ "Lee Myung-Bak won SKorea poll with 48.7 percent of vote - election commission". Thomson Financial News / Forbes.com. 2007-12-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-21. Dicapai pada 2007-12-20.
  3. ^ "Bekas presiden Korea Selatan diperintah ke penjara". Berita Harian. 2020-10-29.
  4. ^ a b "Bekas Presiden Korea Selatan diberi pengampunan". Berita Harian. 2022-12-27.
  5. ^ New South Korean president — the right man at the right time By Blaine Harden, The Washington Post [1]
  6. ^ Finch, Steve; Mullins, Jeremy (2009-10-22). "South Korean president visits today for signings". phnompenhpost.com (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "말레이시아의 '國父' 마하티르 전 총리". m.monthly.chosun.com (dalam bahasa Korea). 2011-05-18.
  8. ^ Harlan, Chico (2011-12-22). "In S. Korea, a shrinking space for speech". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0190-8286.
  9. ^ Robertson, Adi (2012-08-13). "As South Korean government fetters online speech, critics fear chilling effects". The Verge (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ Haggard, Stephan (2013-08-27). "Freedom of Expression: The South Korean Case Continued". www.piie.com (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ "Lee Myung-bak, S Korea ex-president, jailed for 15 years". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-05.
  12. ^ "South Korea jails former president Lee for 15 years on corruption charges". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2018-10-05.
  13. ^ "Bekas Presiden Korea Selatan dibenar ikat jamin". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2019-03-06.
  14. ^ Chang-won, Lim (2020-02-19). "Ex-president Lee Myung-bak back into prison with higher jail term". www.ajudaily.com.
  15. ^ Chang-won, Lim (2020-02-26). "Ex-president Lee Myung-bak released on bail again". www.ajudaily.com.
  16. ^ "South Korean ex-president Lee ordered back to prison for 17 years". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-29.
  17. ^ Sang-Hun, Choe (2020-10-29). "Former South Korean President Ordered Back to Prison for Bribery". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331.
  18. ^ "S. Korean prosecutors grant ex-president temporary release". AP News (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-28.
  19. ^ "Lee Myung-bak's prison sentence suspended for 3 months". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-06-28.
  20. ^ Jung-a, Song (2022-12-27). "South Korea's former president Lee Myung-bak to be pardoned". Financial Times.
  21. ^ "South Korea Pardons Jailed Ex-President Lee". VOA (dalam bahasa Inggeris). 2022-12-27.