Reichsleiter
Penampilan
Pemimpin Nasional Reichsleiter | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman Nazi | ||||||
Cabang perkhidmatan | Parti Nazi | ||||||
Singkatan | RL | ||||||
Pangkat | Pangkat separa tentera | ||||||
Diperkenalkan | 1922 | ||||||
Dimansuhkan | 1945 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Reichsführer-SS |
Reichsleiter (Pemimpin Nasional atau Pemimpin Reich) merupakan pangkat politik kedua tertinggi Parti Nazi (NSDAP), iaitu selepas jawatan Führer. Reichsleiter juga dijadikan sebagai satu pangkat separa tentera dalam Parti dan merupakan posisi tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana organisasi Nazi.
Reichsleiter melapor terus kepada Adolf Hitler. Reichsleiter membentuk sebahagian daripada Reichsleitung NSDAP yang mana pada asalnya beribu pejabat di "Brown House", Munich.
Senarai Reichsleiter
[sunting | sunting sumber]Ini adalah senarai Reichsleiter NSDAP yang ditetapkan dalam buku tahunan Sosialis Nasional:[perlu rujukan]
- Max Amann, Reichsleiter bagi Media.
- Martin Bormann, Ketua Canseleri Parti.
- Philipp Bouhler, Ketua Canseleri Führer NSDAP.
- Walter Buch, Ketua Oberstes Parteigericht.
- Richard Walther Darré, Menteri Reich
- Otto Dietrich, Ketua Media Reich NSDAP.
- Franz Ritter von Epp, Ketua Kolonialpolitischen Amtes.
- Karl Fiehler, Ketua ibupejabat bagi Politik Perbandaran.
- Hans Frank, Menteri Reich
- Wilhelm Frick, Pemimpin "pakatan" Sosialis Nasional dalam Reichstag.
- Dr. Joseph Goebbels, Pemimpin Propaganda Reich NSDAP.
- Konstantin Hierl, Pemimpin Buruh Reich.
- Heinrich Himmler, Reichsführer-SS dan Ketua Polis Jerman.
- Dr. Robert Ley, Pemimpin Organisasi Reich NSDAP.
- Viktor Lutze, Ketua Turus SA.
- Alfred Rosenberg, Wakil Führer
- Baldur von Schirach, Pemimpin Reich bagi Pendidikan Belia NSDAP.
- Franz Xaver Schwarz, Bendahari Reich NSDAP